Isnin, 2009 November 09

Penyokong bola dan penyokong parti

Semasa menonton Kelantan lawan NS, perlawanan akhir Piala Malaysia, secara sinis datang gangguan membisikkan ke telinga tentang karenah penyokong. Penyokong sepatutnya menyokong sehingga kasaat akhir perjuangan. Apa yang dapat di lihat dalam perlawanan akhir hari itu ada penyokong (yang ketara sangat penyokong Kelantan) bertindak liar membaling batu, botol air, mercun dan barangan lain hingga mengenai penonton lain, bahkan jurukamera RTM terpaksa dihantar ke kelinik kerana luka di kepala terkena batu. Kerja liar ini tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang waras dan beriman. Adalah mendukacitakan bila penyokong mengecam wakil mereka sendiri bila perlawanan kalah, memaki hamun bahkan mengejek. Penyokong sepatutnya terus memberi rangsangan dan jeritan motivasi supaya wakil mereka terus bersemangat berlawan hingga ke wisel terakhir. Jika masih kalah juga bukanlah maki hamun terhadap pemain yang mewakili mereka tetapi kata-kata semangat supaya akan terus mencuba dan memperbaiki kelemahan di dalam perlawanan akan datang. Mereka yang sampai ke garisan akhir adalah mereka yang hebat, cuma adat permainan mesti ada yang kalah. Kalah bukan sebab tidak baik tetapi masih belum berpeluang.
Berbalik ke parti, kita sangat sadar selepas kekalahan pertama PR dalam PRK, parti menjadi haru hijau, sehingga ada suara-suara nakal menyalahkan barisan kepimpinan hingga kepada presiden. Kita sebuah parti yang berdisiplin, ada AJK, ada cawangan, ada kawasan dan ada AJK pusat. Kita dikawal selia oleh Dewan Ulamak, jadi janganlah melalut tak tak tentu pasal. Pemimpin PAS boleh ditegur, tak ada kekebalan tetapi beradaplah, jangan membocorkan kapal kerana geram kepada kapten. Orang luar yang profesonal boleh menegur parti macam mana carapun semeka orang luar. Kita pasti orang luar yang menegur adalah ikhlas dan demi kebaikan parti maka take it positively, lihat semula cermin dan perbaiki segera.

Sabtu, 2009 November 07

Belum habis lagi hal Dr Asri-Apa kata Mufti TS Haruss pulak

Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa JAIS tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan.
Tindakan menangkap dan menghadapkan beliau ke mahkamah adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.
Berdasarkan sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti JAIS menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.
"Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu. Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan,".
Semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.
Enakmen tersebut sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.
"Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen," katanya.

Rabu, 2009 November 04

Kes Dr Asri ditangkap, masyarakat masih keliru

Bermacam versi keluar dalam media berkaitan penangkapan Dr MAZA minggu lepas. Sehinga kini masyarakat masih lagi keliru, apa sebenarnya yang berlaku. Ada yang kata sebab menyebar fahaman Wahabbi, ada yang kata perancangan untuk sabotaj Dr Hasan Ali, ada yang kata perancangan Ustaz Nakhaie, ada yang kata atas dakwaan Persatuan Peguam Muslim, dan macam-maca versi. Dalam blog ini juga ada pembaca membuat versi sendiri, "padan muka Asri dia ingat dia teror sangat".
Semalam MB Kelantan ada versi lain pulak. TG Nik Abdul Aziz dukacita di atas penangkapan tersebut ke atas bekas Mufti Perlis. Menurut Harakahdaily TG Nik Aziz merasakan tindakan JAIS amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan. Beliau menganggap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti. Selain tidak masuk akal, TG Nik Abdul Aziz berkata masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa ditangkap seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. TG Nik Aziz juga berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

????

Isnin, 2009 November 02

Apa hal Dr Asri (Dr MAZA) di tangkap?

Lama tak kemaskini blog, sibuk la tu, nak baca berita dan blog kawan-kawan pun tak sempat. Maklumlah masih bekerja dengan majikan, lainlah ALBrangi, blogger sepenuh masa, begitu juga Prof Hamirdin, walaupun sibuk kenduri walimah anak perempuannya semalam masih ada masa menjenguk ke dalam blog. Malam ini bila kesempatan tiba, mula-mula jenguk Harakahdaily, alih-alih tajuk utamanya, terbaca "Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap". Terkejut dibuatnya apa hal pulak DR MAZA ditangkap polis dan turut bersama pegawai JAIS pada jam 12.15 tengah malam tadi. Apa-apa pun tunggu berita esok, apa yang sebenarnya berlaku.

Rabu, 2009 Oktober 28

Pelbagai

UBN sedang seronok sekarang ini dapat kucar-kacirkan puak-puak PAS, nanti media pro UBN akan dapat bonus hujung tahun. Blogger PAS pun terikut-ikut rentak melodi media UBN. Sampai lupa disiplin berparti terhadap kepimpinan. Kelamkalibutnya rakyat dek cerita perpecahan dalam PAS hingga terlupa isu sebenarnya yang ingin ditutup oleh UBN.

Muliakan pemimpin kita jangan terlalu ikut emosi, perjuangan mereka tiada tolok bandingnya dengan kita, selagi tidak jelas duduk perkara jangan menuduh sebarangan. Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, dilantik oleh perwakilan, wajib memberi walak. Mengutuk Mursyidul Am..sangat tidak beradab, mengutuk Presiden...memang tak beradab, mengutuk Timbalan Presiden...juga tiada adab. memanglah dalam PAS telus, 2 hala, ahli boleh mengkritik pemimpin, tetapi belajarlah beradab dengan pemimpin.

Perhimpunan blogger di rumah Datuk Dr Hasan Ali, tak perlu di isukan, siapa kita mempertikai kesetiaan dan pengorbanan Dr Hasan Ali terhadap PAS. Memang kita tahu asal usul beliau, itu perkara lama, tak perlu diungkit. Beliau habis harta benda memperjuangkan PAS, kita korbankan apa?, usrah pun tak datang, puas sahabat sms minta datang usrah, sibuk memanjang. Memang kita masih terasa pahit atas tindakan presiden PAS gemulah Datuk Asri, Ustaz Nakhaie dan sewaktu dengannya yang belot, tetapi adilkah kita samakan dengan situasi sekarang.

Bagan Pinang usah dikesalkan, begitulah keadaanya di Negeri Sembilan kesuluruhannya. Nak cari 3 cawangan satu DUN pun susah, masing-masing takut nak ke depan takut dipulau atau takut dipecat kerja gomen. Orang kampong takut tak dapat jalan tar, jambatan, subsidi, projek ternak kambing dan berbagai ketakutan lagi. Sebab itu dipedalaman NS dibiarkan mundur, baru sentiasa ada modal mengugut rakyat. Perjuangan tetap pejuangan skat yang terdaya. Sebenarnya peringkat Kawasan dan DUN PAS Negeri Sembilan tiada "leaders", kalau nak menang di NS ni kena klon Hj Zul, YB Hj Taufik dan ekspot ke seluruh negeri. Dr Rosli juga kena panggil balik buat kelas motivasi.

AHLI PAS KENA BIJAK MENGHADAPI FITNAH MEDIA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini. PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah. Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan. Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi. Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan. PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini. Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun. PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga. PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti. Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, 2009 Oktober 25

Pelan Tindakan sebelum PRU ke 13

PAS perlu segera membuat persiapan menjelang PRU ke 13 mungkin 2012. Segala kemelut, kepincangan, kelemahan, ketidak cekapan perlu di atasi segera. Untuk menjadi pilihan utama rakyat nanti bersama ahli PR yang lain bukan semudah ABC. PR mesti bersatu dan kelihatan bersatu. PAS sendiri sebagai komponen utama yang paling tua atau abang long mesti bersatu dan kelihatan bersatu. Remeh-remeh titik bengit perlu dibuang jauh-jauh. Media kini sedang menunggu untuk membaham Pakatan Rakyat jika tersilap perkiraan. Para blogger yang menjadi agen PR kena hati hati dari menulis sesuatu yang menjadi "private"bagi parti. Berbincang, bergaduh dalam kain tak apa, jangan diluahkan diluar, yang penuh dengan singa lapar. Saling menjerit melalui media sangat tidak membantu parti supaya kelihatan padu pada pandangan pengundi, bahkan ahli sendiri pening.... Kena kembali kepada musyawarah...

Khamis, 2009 Oktober 22

Minta perhatian pihak yang berkenaan

Komen pembaca GMU

aslmkm..
cuba buat statistik rumah2 di Bangi yang kena pecah masuk/dirompak.. beberapa kali saya komen kat laman YB nampak macam takde tindakan ape2. baru2 ni jiran saye kena lagi.
nak kena brp byk kes jadi baru nak ambil tindakan? bg la kami rasa lega sikit.

t/kaceh!

Fatihah

Ahad, 2009 Oktober 18

Teknologi terkini - Kamera Digital Nikon S1000pj

Teknologi kreatif dari Nikon ini memang sesuai kepada pekerja politik bagi memudahkan tugas-tugas penerangan dengan lebih "portable". Kamera digital ini satu-satunya wujud dengan dipelopori oleh Nikon pembuat kamera tersohor didunia mengiringi Canon. Dengan teknologi simpanan data dalam bentuk letronik seperti kad memori SD, CF, xD, MS dan sebagainya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memindahkan data dari mana-mana jua kedalam penyimpan data sekecil duit syiling 5 sen. Kalau dulu video 1 jam disimpan dalam tape yang gedabak kini hanya boleh dimuatkan ke dalam memori kad yang nipis ini dan dengan mudah dimainkan semula menggunakan perojektor yang boleh di simpan dalam poket baju. Setakat ini kamera ini hanya bertujuan untuk projek video dan foto sahaja, mungkin dalam masa akan datang ianya akan menyokong software lain seperti MS power point untuk tujuan pembentangan. Lens projektor ini dapat dilihat jelas berada di bawah sedikit flash kamera tersebut. Ianya satu LED yang direka untuk membuat projeksyen dari 5 hingga 40 inci (bergantung kepada jarak dari kamera ke permukaan skrin) ke atas permukan yang putih. Satu slider dilekapkan di bahagian atas kamera untuk melaraskan fokus. Kamera ini juga didatangkan dengan kaki sebagai pemegang supaya senang diletakkan untuk tujuan projeksyen atau pun lebih praktikal menggunakan tripod.
Dari segi teknologi kamera ini menggunakan "reflective LCD chip" dengan resolusi VGA (640 x 480), dan sesuai untuk menayangkan imej sehingga 12 Megapixel yang dilengkapi dalam kamera ini. Disebabkan kamera projektor ini bersaiz kecil dan kecerahan hanya setakat 7 Lumens sahaja (projektor biasa sekurang-kurangnya 1500 Lumens), maka ruang yang digunakan untuk projetor ini mestilah gelap seperti mana projektor filem zaman 60an dulu. Model ini juga tidak boleh projek LIVE hanya berupaya untuk projek bila kamera ini berkeadaan "PLAYBACK" , juga tidak boleh projek MS Power point atau sambungan terus ke komputer, pemain video dan sebagainya. Projeksyen hanya boleh dibuat terhadap bahan yang ada dalam SD kad kemera ini sahaja.

Peringatan kepada pemandu


Penting diulang siar petikan berita dari KOSMO mengenai jejambat Jalan Istana Sungai Besi supaya pemandu yang melalui jejambat ini berhati-hati. Jejambat ini mempunyai sejarah yang menggerikan semenjak ianya beroperasi. Semalam sebuah kenderaan pacuan empat roda adalah mangsa terkini jejambat ini.