Kawan-kawan setia

Rabu, 31 Disember 2008

Datuk haji Misbun Sidek terlantar di wad

(Foto Berita Harian)
Jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Haji Misbun Sidek diserang penyakit yang belum dapat disahkan namanya dan diagnosis awal menyatakan dia kemungkinan mengalami jangkitan paru-paru. Misbun mula diserang lemah badan sebaik pulang daripada menunaikan fardu haji di Makkah 18 Disember lalu dan tiga hari selepas itu terpaksa menjalani rawatan di klinik untuk memasukkan air dalam badannya akibat keletihan. Walaupun sudah pulih sedikit selepas rawatan itu, namun beliau masih merasai lemah badan, kesejukan serta batuk yang berterusan dan semakin melarat memaksa adiknya, Jalani membawa Misbun ke hospital swasta, malam kelmarin untuk mendapat rawatan pakar. Kita doakan beliau akan sembuh nsegera bagi membolehkan beliau kembali bertugas kepada kecemerlangan badminton negara.

Anak, ibu dirempuh treler 16 tayar

Sudah berulang kali saya membuat posting tentang treler, bas dan lain-lain kenderaan berat yang terlampau laju dijalanraya yang mengakibatkan terbabas dan memangsakan pengguna lain. Dalam kes semalam di Rembau dua beranak maut apabila motosikal yang mereka tunggangi dirempuh treler 16 tayar yang membawa muatan simen di Kilometer 43, Jalan Seremban-Tampin jam 7.45 pagi. Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, ketika kejadian, Noridah Ahmad, 18, dan ibunya, Tuty Sharioh, 48, sedang menunggang sebuah motorsikal untuk ke pekan Tampin telah dirempu sebiah treler yang terbabas di persimpangan Kendong, mengakibatkan Noridah diseret sehingga 50 meter,” Noridah mati di tempat kejadian manakala Tuty yang dikejarkan ke Hospital Tampin meninggal dunia kira-kira sejam kemudian. Noridah yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercayai membantu ibunya yang mengusahakan kedai makan di Gerai Mara berhampiran tempat tinggal mereka. Sampai bila masaalah ini akan diambil perhatian oleh pihak berkuasa, memantau kenderaan berat yang terlampau laju dijalan raya. Setakat meletakkan pelekat tidak melebihi 70km sejam pada kenderaan tidak mencukupi, mesti dipantau. Jika tidak,...kita hanya mampu membilang berapa banyak korban yang akan berlaku lagi diakibatkan oleh kenderaan berat yang terbabas ini.

Tembelang sebenar PEWARIS

Saya ternganga sekejap tengok tajuk utama media perdana "Pas dibidas kerana tolak Pewaris".
Tuduhan:
Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.
Walaupun tidak kena masa dan tempat, keperihatinan pemimpin PAS terima juga memo tersebut. Sebenarnya yang saya baca yang tersirat, PEWARIS ni nak pekena Pakatan Rakyat sahaja.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.
Apa agenda sebenar Rahimudin ni?, babi tu kat Melaka bukan kat Bangi, majlis tu majlis GMI bukan majlis ceramah umum, lepas tu buat press statement pulak kecam PAS.

''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa. ''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kerajaan Melaka wat tak tahu saja dia tak kecoh kat press pulak..

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Kalau ada akai, lain kali pilihlah majlis yang sesuai untuk hantar memo. Kalau majlis BN dia dah kata PEWARIS ni kurang ajar, macam dia kata kat Hindraf masa hindraf hantar memo dalam majlis idilfitri lalu. berbulan hindraf kena belasah oleh media dan pemimpin BN

Selasa, 30 Disember 2008

TS Rashid bersara kekal mulai hari ini

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini . Namun sikap TS Rashid yang bersara kelihatan semakin tidak mesra pembangkang bila memberi amaran akan mengambil tindakan mahkamah yang didakwanya tuduhan fitnah terhadapnya selama memegang pengerusi SPR. Bahkan beliau mengugut dengan katanya yang dipetik dari media perdana "Mungkin ada ahli Parlimen yang akan hilang kerusi nanti,". Abdul Rashid berkata, tindakan undang-undang itu nanti hanya melibatkan parti pembangkang memandangkan tiada pemimpin parti pemerintah yang memfitnah beliau. Abdul Rashid telah menerajui SPR sejak tahun 2001 dan telah mengendalikan tujuh pilihan raya umum sejak menjawat jawatan pengerusi dan sebagai setiausaha sebelum itu. Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mencadangkan kuasa yang ada pada SPR ketika ini dikaji semula supaya SPR mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan pilihan raya. Hal itu perlu supaya SPR tidak lagi dituduh sebagai badan yang lemah dan tidak mampu bertindak jika berlaku sebarang masalah.

Amaran banjir

Sebelum balik kampong bermula cuti sekolah dulu rasa fobia nak balik kampong sebab saban waktu di beritakan betapa banjir di Kelantan sedang melanda. Jadi setiap hari bila jumpa kawan-kawan yang telah balik Kelantan tanya mereka tentang banjir, semua mereka cakap ada tapi tidak melibatkan jalan-jalan utama atau keseluruhan daerah di sana. Jadi dengan maklumat tersebut balik la ke Kelantan, tapi kebetulan pula hujan tak henti-henti bermula dari Kuala Lipis hingga sampai ke kampung. Bukan satu hari, malah setiap hari, selama beberapa hari tak nampak matahari. Yang anihnya di kampung saya itu, memang berhampiran dengan sungai Kelantan, air sungai macam biasa sahaja, begitu juga dengan air sawah. Kalau ikut fobia tadi tak balik dah sebab ikut cerita media hebat banjirnya hinggakan ramai yang terpaksa pindah. Tetapi bila berada di sana, tercari-cari di mana tempat banjirnya. Kesimpulannya, bila dengar dan tengok atau baca media perdana, tak boleh dipercayai 100%, simpan 70% berita itu sebenarnya tak betul atau tak tepat.

Karenah operator perkhidmatan

Kadang-kadang rasa letih melayan karenah operator perkhidmatan, tidak mesra pelanggan, ganas dan sewaktu dengannya. Untuk mencukupkan keperluan perlu ada talian tetap TM, handfon dan wireless broadband Celcom, Digi atau Maxis, bukan satu tetapi setiap tanggungan ada handfon masing-masing. Perlu juga bekalan letrik dan air. Semua itu mesti dijelaskan bila tiba waktunya. Kita akur setiap perkhidmatan mesti dijelaskan cuma disebabkan banyak komitmen kadang-kadang terpaksa terlambat bayar. Bila terlambat talian telefon di sekat, letrik disekat air dicabut meter. Apa yang rakyat minta bukan percuma, kalau percuma macam yang kerajaan Selangor buat tu Alhamdulillah, cuma letrik nampaknya kita ni tak akan merasa percuma. Sepatutnya letrik pun ikut macam air, 50 unit percuma, jadi semua dapat merasa sedekah dari TNB. Berbalik kepada kegagalan sikap mesra pengguna operator perkhidmatan kerajaan sepatutnya kena pantau dan menasihatkan operator tersebut jangan terlampau keras, berbudi-bicara lah sikit. Kalau dah nampak sejarah pembayaran tak pernah miss, tiba-tiba bulan itu belum bayar lagi tak usah terlampau cepat memotong, selidik sikit, kan setiap operator ada perkhidmatan pelanggan, minta mereka bayar ansuran ke, bagi tempoh bayaran dengan amaran ke dan sebagainya. Supaya setiap pelanggan merasa mereka dihargai sebagai pelanggan.

Pandainya putar alam yahudi menukar fokus

Yahudi memang bijak memain peranan menyiksa rakyat Palestine, daripada pendatang menjadi tuan kepada Palestine sehingga masyarakat antarabangsa kini yang tak tahu sejarah menganggap kegiatan membunuh rakyat palestine adalah patut bagi membendung keganasan. Pada zaman dahulu asalnya umat Islam menganggap menentang yahudi adalah kewajipan agama, bertukar kepada kewajipan umat Arab sehingga dinamakan perang Arab-Israel, kemudia bertukar lagi kepada perang Israel-Palestien, kemudian kini mengecil lagi kepada Israel-Hamas. Inilah kepandaian yahudi menggunakan teori pecah dan perintah, fokus yang begitu besar (Islam) dikecil-kecilkan sehingga kepada puak (mula-mula puak Hamas) dan akhirnya dihapuskan satu persatu. Perkara ini memerlukan kesedaran semula umat Islam, kembalikan semula kepada keadaan mula-mula iaitu permasaalahan Palestin adalah permasaalahan Islam.

Tok Mun akhirnya insaf?

Siapa tidak kenal Tok Mun KT bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, yang menjadi selebriti segera pada pilihan raya umum lepas. Nenek Maimun Yusof, 89, hari ini pula mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan datang. Alasan Nenek Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini kerana tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Ni ikut loghat Terengganu "Dok payoh jumpa lagilah, tok tak mboh tanding doh. Takdok pitih ... dok buleh buat apa doh... Nok kumpul duit pun dah dok dang" . Dalam pada itu Tok Mun mendakwa ada pihak yang mengambil kesempatan menipu dengan membina laman blog bagi mengutip dana kononnya untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu namun mengikut Tok Mun kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Sehingga ke hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti siapa yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut. Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut. Bila ditanya adakah Tok Mun akan menyertai semula Pilihanraya pada masa akan datang?, dengan bangga dan penuh semangat beliau berharap masa itu akan tiba dan beliau dapat menjadi calon lagi. Jadi kesimpulan nya belum insaf lagi la..

Harapan besar rakyat kepada pemimpin Pakatan Rakyat

Mengambil kesempatan dalam ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) hadir untuk menyerahkan memorandum meminta kepimpinan PAS membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka. Kira-kira pukul 9.15 malam, lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan. Menurut jurucakap polis kumpulan berkenaan pada mulanya tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit. Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun akhirnya berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap. Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan kepemimpinan PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa. Rahimuddin menyatakan penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka setelah mereka berhempas pulas meminta pihak kerajaan mengambil inisiatif mengatasinya tetapi sehingga kini aduan tersebut seolah tiada layanan.
Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan oleh mereka itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

Program Hujah TV9 - UMNO ketandusan pemimpin berwibawa

Pengerusi dan panel program hujah sebentar tadi di TV9 mengakui dan mengesahkan dakwaan rakyat dan perti pembangkang selama ini bahawa UMNO sudah kepupusan pemimpin yang berwibawa untuk membawa rakyat ke arah kesejahteraan dan keadilan untuk semua. Majoriti personaliti yang bijak lagi cendikiawan tidak memilih UMNO untuk berpolitik tetapi berada di dalam parti pembangkang. Yang tinggal dalam UMNO hanya mereka yang berjuang mencari kekayaan dan kuasa. Individu hebat yang berada di dalam UMNO belum sempat menonjolkan diri sering di pancung karier mereka atau digantung dari keahlian. Alasannya kerana mereka itu cuba mengkritik kepemimpinan utama atau tidak bersetuju dengan arahan kepimpinan. Walaupun begitu salah seorang panel iaitu Datuk Fuad Hassan sempat juga mengambil peluang memuji kepimpinan yang bakal menggantikan DS Abdullah Badawi, mungkin juga takut hilang peluang selepas ini kalau turut sama mengkritik bakal PM.

Isnin, 29 Disember 2008

Terima kasih kepada pihak Polis

Perhimpunan malam ini InsyaAllah akan berjalan lancar dan pihak Polis telah pun beri permit perhimpunan kempen anti-ISA di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi Seksyen 15, mulai jam 9 malam
Walaupun majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tersebut gagal disempurnakan bulan lalu, ianya akan dilancarkan semula malam ini. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi hari ini. Polis memberi permit tersebut dengan syarat perhimpunan itu diadakan di dalam stadium tersebut. Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang akan berucap di majlismalam ini. Serentak dengan itu seramai 250 Unit Amal PAS daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor diamanhkan malam ini bagi mengawal keadaan dan lalu-lintas. Sementara itu dimaklumkan, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh tidak dapat menghadiri majlis malam ini kerana masih berada di tanah suci.

Tali pinggang keledar penumpang belakang


Elok rasanya luahkan sikit rasa tak puashati pasal mewajibkan pemakaian safety belt ni. Bukan tak setuju memakainya demi keselamatan, tetapi tak setuju cara penguatkuasan dilaksanakan. Sepatutnya sebelum menguatkuasakan pemakaian kepada pemilik kereta atau van, kena kuatkuasakan dulu pemasangannya sehingga tiada lagi kenderaan yang tiada talipinggang keledar dipasang oleh pembuat kereta, maka mulakan langkah kedua mewajibkan pemakaiannya. Bayangkan saya mempunyai kerata dan van yang tidak dipasang semasa membeli oleh pengeluar kereta terpaksa Q sehingga bulan April 2009 baru boleh dipasang oleh pusat servis. Jadi dari Januari hingga April macam mana?, tak payah bawa anak bila balik kampong, hantar ke sekolah atau keperluan-keperluan lain? LU PIKIR LA SENDIRI

Sempoinya(simple) Kenduri walimah di kampong

Kenduri perkahwinan di KL dan sewaktu dengannya
> Besar-besaran
> Pelamin-Bersanding
> Berpantun
> Sewa dewan, Hotel atau kalau di rumah sewa 12 khemah besar
> Ikut tema
> PA sistem, DJ, penyanyi, karaoke...mesti kena bising punya
> hantaran tinggi
> majlis akad nikah meleret-leret
> Catering paling jimat RM15K
> Fotografi, videografi dan pak andam atau mak andam
> Kad kahwin canggih
> Bunga telur dan bekas bunga telur
> Dan lain-lain

Kenduri kahwin kat kampong, sempoi
> Gotong-royong sembelih lembu se ekor, lembu sendiri
> Masak gotong royong, sambil bersembang ahli keluarga
> Jemputan telefon, sms sahaja, sedikit kad yang simple untuk tetamu khas
> Tiada muzik, dj, karaoke, sepi sahaja, boleh bersembang, berinteraksi antara keluarga
> Akad nikah dimasjid, tanya sikit sahaja terus akad, tiada bersanding, tiada pelamin
> Hias bilik pengantin elok sikit letak pengantin kat situ untuk bergambar keluarga dan kenalan
> Majlis jamuan dalam 2 khemah dan dalam rumah sahaja, asing lelaki dan perempuan
> Makan nasi putih gulai kawah wow selera tu..

Muzik dan orang kampong


Masih lagi menceritakan perihal orang kampong saya, nun dipedalaman negeri Kelantan. Hari Sabtu lalu kakak saya mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak bongsunya dan jemputan terdiri dari saudara mara dan jiran sekampung. Suasana kenduri kahwin disini sunyi sepi tidak seperti di luar Kelantan yang selalu kita hadiri yang dipenuhi suasana hingar-bingar, muzik,nyanyian, kompang, karaoke, DJ dan sebagainya. Saya kebetulan bawa speaker PC, portable, kecil sahaja dan cuba untuk sedikit bising dengan memasang lagu-lagu nasyid yang dimulai dengan CD nasyid Ustaz Akhil Hayy. Terkejut saya, belum sampai 3 lagu saya ditegur dengan keras kerana memasang lagu-lagu tersebut. Mereka komen jangan kuatkan bunyi, malah cari lagu-lagu nasyid sahaja, kalau ada, kalau tak ada tutup saja. Cuba bayangkan, bunyi speaker PC kecil tu berapa kuat dia boleh berbunyi dan lagu Ustaz Akhil Hayy tu pun nasyid juga, cuma ada muzik. Saya berfikir dalam hati, rupanya aku tersilap tempat, salah target.., lalu saya buka, semua angkat set speaker masuk dalam kereta, dia orang happy saya pun tak sakit telinga dibebel. Nampaknya sebahagian besar orang Kelantan masih belum menerima budaya hiburan seperti di pantai barat ni (masih ori).

Jodoh ketentuan Ilahi

Saya akur dan kagum dengan ketentuan Ilahi, kerana sesuatu yang tidak munasabah pada fikiran kita berlaku didepan mata dan diri sendiri. Saya berasal nun jauh dipelosok sebuah kampong di Kelantan, mendapat jodoh wanita Nogori Sembilan dan terkini anak kakak saya pula mendapat jodoh seorang jejaka bukan Melayu, dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh cuma akhir tugasnya di Hosital USM di sini. Alhamdulillah saya mendapat tambahan keluarga baru, sempena menyqmbut tahun baru.

SELAMAT TAHUN BARU 1430


Alhamdulillah syukur kepadaNya hari ini masih diberi peluang menjengah tahun seterusnya iaiitu 1430H. Segala yang berlaku pada tahun lalu 1429 agar menjadi iktibar dan panduan dalam menempuh tahun ini yang penuh debaran. Kejadian tanah runtuh umpamanya mengajar kita umat Islam supaya sentiasa berwaspada dan menerima takdir yang ditetapkan dengan penuh keimanan. Ujian akan tiba tanpa diduga, dengan bermacam tahap sehingga ke tahap kehilangan hartabenda dan nyawa.

Ahad, 28 Disember 2008

Tahun baru memperkuatkan azam lama

Untuk semua muslimin dan muslimat saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijriah, walaupun tiada bunga api, tiada konsert besar-besaran sambil menunggu dan membilang "countdown" di adakan namun hijrah adalah besar ertinya buat kita. Sambil berdoa melepaskan tahun 1429 berlalu mari sama-sama kita renungi performan iman dan taqwa kita, dan bila tiba tahun 1430 kita berdoa lagi dengan harapan tahun baru ini akan memberi peluang kepada kita menambah iman dan taqwa.

Sabtu, 27 Disember 2008

Kampung aku pun ada wifi

Ada cerita orang Johor datang ke Kelantan bawa beras kerana terpengaruh dengan dakwaan Kelantan miskin, ada rombongan orang nogori berbas-bas untuk menyaksikan kemiskinan Kelantan kerana pemerintahnya seorang Tok Guru, alahai malangnya rakyat Malaysia sentiasa ditipu media perdana. Kalau engkau orang nak tahu kampong aku yang tercorot pun ada wi-fi, maka dapatlah aku masuk blog ni dan tulis cerita. Kampong aku ada jutawan yang memiliki banglo harga jutaan ringgit, bukan satu, banyak. Rumah aku sendiri kat KL sanoon tu pun harga tak sampai RM200k. Aku tabik spring dengan orang kampong aku, professor macam Dr Hamirdin tak ada tapi Professor Madya ramai, yang aku bangga adik beradik dan sepupu-sepapat aku pulak tu. Semalam aku ke TESCO KB, dalam jam 3 petang (lepas Jumaat) punya ramai orang, terpaksa tunggu 30 minit Q untuk dapat parking. Keluar dari TESCO melalui KB Mall pun punya ramai orang. Kalau nak cari peralatan komputer pergilah ke KBMall, tingkat berapa dah lupa, satu tingkat tu macam kat LowYatt, segala peralatan komputer ada di situ, harga pun macam Low Yatt, pilihan banyak.

Selamat datang ke Negeri Serambi Mekah

Meninggalkan Bukit Uhud

Sekarang saya berada dikampong, Kelantan Darul Naim. Sambil-sambil santai bersama adik beradik terpandang Harakah dengan tajuk Yusuf Husin meninggalkan Bukit Uhud, sebuah temuramah dengan sdr Yusof Husin. Dalam fikiran saya terus meneroka kebenaran tajuk itu, bukan kepada sd Yusuf Husin tetapi kebanyakan aktivis PAS sekarang mungkin termasuk saya sendiri. Kemenangan besar pilihanraya lalu membuatkan banyak ghanimah terhidang didepan mata secara tiba-tiba, maka berlari-lari malah ada yang berlumba-lumba merebut ghanimah. Natijahnya usrah dilupakan, amalan menderma jihad dilupakan, amalan ceramah umum atau berkelompok hampir tiada dan banyak lagi kalau nak dikajislidik. Situasi begini sangat bahaya kepada perjuangan PAS kerana apabila PAS berjuang mengikut cara nabi maka nabi sudah berpesan jangan meninggalkan Bukit Uhud walau pun apa terjadi.

Khamis, 25 Disember 2008

Dulu, sekarang dan akan datang

Kenapa UMNO/BN menjadi cacing kepanasan, serba tak menjadi bila berhadapan Pakatan Rakyat sekarang?.
Mungkin ada yang perasan, sebab dulu kalau ibarat lawan tinju antara PAS dan BN/UMNO, PAS diikat, dibalut dengan kain selimt hingga ke kepala sementara lawannya dilengkapi semua peralatan peninju dan tinju pun bermula sebaik sahaja gong dibunyikan bahkan belum bunyi gong lagi PAS disepak-terajang habis-habisan. Yang PAS boleh buat bersuara sekuat-kuatnya. Yang anihnya, cara macam tu pun PAS menang satu negeri.
Dalam perlawanan ke 12 hari itu PAS beroleh kawan seperjuangan walaupun jumpa tepi jalan tetapi macam DO RE MI la juga atau mungkin mereka ni dapat ilham dari Do Re Mi, telah berjanji setia melawan musuh bersama. Walaupun mereka masih diikat, tetapi telah terbuka jari sikit dan boleh melawan selain dari mulut yang bersuara dengan penulisan. Lagi anih, 5 negeri menang dan lawannya terduduk, bertelagah sesama sendiri bahkan banyak telah keluar bersendirian. Jadi bermacam post mortem dibuat mengapa jari mereka ini terlepas, menyebabkan kalah teruk.
Akan datang bila teknologi makin canggih, suara dan jari PAS dan sahabatnya sudah menjangkau semua rakyat, disinilah BN/UMNO baru tahu tanah tinggi rendah. Tunggulah masanya bila BN/UMNO tidak upaya lagi membungkus PAS dan sahabatnya dalam PRU akan datang.

Musim membelasah PAS 2

Menjelang PRK Parlimen Kuala Trengganu, agenda belasah PAS diteruskan..

> Dasar tidak konsisten - Khairy
REMBAU 24 Dis. - Hasrat Pas dalam melaksanakan hukum hudud sekiranya mentadbir negara adalah satu dasar yang tidak konsisten memandangkan rakan mereka dalam pakatan pembangkang itu tidak senang dengan cadangan berkenaan.
(pura-pura tak tahu ke memang tak tahu perihal pelaksanaan hudud yang tertangguh ni jang?. Cuba belek semula paper lama, tentu jumpa)

> Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Pas itu adalah strategi mereka untuk memancing pengundi di Kuala Terengganu yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Islam.
(Nama pun politik, mestilah gunakan strategi, perjuangan tetap diteruskan, topik utama akan mengikut tempat dan isu semasa)

> Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, slogan Pas 'Bangun Bersama Islam' adalah tidak relevan dengan tindakan mereka terutama selepas menang dalam pilihan raya lepas.
(Selagi negara masih kategori membangun, slogan membangun tak kan nak buang dan Islam tetap dijunjung)

> Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta Pas bangun daripada tidur yang lena kerana ada sebahagian sekutunya dalam pakatan pembangkang secara terang-terangan menentang ideologi hukum hudud tersebut.
(Berbeza pendapat dan pegangan perkara biasa, tak ada peliknya, tanda kita demokratik)

> Pemuda MCA Wilayah Persekutuan hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Pas mengenai cadangan untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas di Pejabat Pas Pusat di sini.
(MCA berminat menangguk juga )

> DAP tetap tolak
SHAH ALAM 24 Dis. - Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya memerintah negara hari ini tetap ditolak oleh sekutu mereka, DAP.
(YB Chang Khim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menafikan dakwaan wujud perselisihan faham di antara DAP dan Pas ekoran perbezaan pendirian mengenai pelaksanaan hukum itu)

> Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula menyifatkan kesediaan Pas menerima Zahar sebagai ahli mereka merupakan tindakan terdesak dan hanya menangguk di air yang keruh.
(Biasa la tu bila dah terlepas ada sahaja kekurangan)

> WCC pertikai k'jaan P. Pinang, Pemuda PAS isu I-Dance
Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang "sangat terganggu" kenyataan Pemuda PAS negeri yang menyifatkan program tarian jalanan I-Dance boleh mencetuskan masalah sosial.
(Mengawal lebih baik dari mengubat, fikirkan halus-halus dulu, masaalah sosial ni masaalah bersama)

DUN Bangi dengan ARC


Ramai ibubapa sekarang fobia bila anak-anak minta dibelikan motorsikal. Kenapa?, takut disalahgunakan untuk merempit. Mengapa merempit?, jawab mereka mudah, kepuasan.. sama seperti hobi yang lain seperti memancing, lumba kereta, mendaki gunung. Merempit juga perlukan skill bukan main-main belasah, nanti tak pasal-pasal masuk hospital, gantung kaki. Tetapi bagi masyarakat awam, merempit merupakan satu gejala sosial, satu penyakit dalam masyarakat. Jadi sebagai ADUN pilihan rakyat, ADUN Bangi mesti memikirkan sesuatu supaya perempit ini boleh menggunakan skill yang mereka ada untuk aktiviti yang lebih terarah dan memberi faedah kepada semua. Masalah gejala sosial dan kemalangan pada golongan tersebut telah mendapat perhatian Dr. Shafie dan satu program telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Serdang yang turut dihadiri oleh Sdr. Yasir Saad, bekas juara cup prix Malaysia pada 21 Disember baru-baru ini. Peserta telah diberi taklimat beberapa teknik menunggang motosikal dengan betul dan cara mengelakkan berlakunya kemalangan. Kemuncaknya dilancarkan penubuhan "Alternative Riding Club" cawangan Serdang oleh YB Dr Shafie.

Tugas berat menanti Dr Mujahid dan KPP

Mengikut analisis yang di buat, undi penentu bakal datang dari pengundi China Kuala Terengganu. Jadi tanpa cerita panjang dan arahan formal, PAS telah meletak tanggung jawab yang besar kepada Dr Mujahid selaku orang kuat Kelab Penyokong PAS. Menurut sumber yang keluarkan oleh media alternatif kurang-kurangnya 1000 orang ahli-ahli Kelab Penyokong PAS Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina dan India akan menyertai perarakan pada hari penamaan calun 6 Januari 2009 seterusnya akan menyertai kempen yang bakal digerakkan. Mengikut perancangan pada malam 5 Januari, 2009, satu Majlis Makan Besar akan di adakan sempena Perasmian Gerak Kerja Kelab Penyokong PAS Kuala Terengganu. Menurut Ketua Kelab Penyokong PAS dan NGO, Jentera Pilihanraya PAS Terengganu bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, sdr. Hanafiah Mat, PAS akan membuka satu markaz besar bagi ahli-ahli Kelab Penyokong PAS di jalan Banggol Kuala Terengganu dan majlis perasmian tersebut akan disempurnakan oleh YB Dr. Mujahid sendiri.
Strategi kempen: Seramai 100 orang petugas Kelab Penyokong dijadualkan akan berkempen setiap hari di kawasan parlimen Kuala Terengganu dengan penumpuan kepada DUN Bandar dan DUN Ladang. Antara strategi kempen yang akan digerakkan oleh ahli-ahli Kelab ialah menziarahi pengundi dari rumah ke rumah, menziarahi pesakit dan mereka yang tidak bernasib baik selain mengadakan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma.

Rabu, 24 Disember 2008

Kapten lawan Kapten di KT

Dengar nya sebaik sahaja menyerahkan borang menyertai PAS Kapten (B) Datuk Zahar akan ke Kuala Terengganu, berkampung dan berkempen dalam pilihanraya kecil KT. Tentunya petugas PAS mendapat suntikan semangat yang hebat dengan kehadiran Datuk Zahar, yang baru panas-panas lagi meninggalkan kapal lamanya UMNO. Nampaknya dua Kapten bersara akan bertarung sengit berkempen dalam PRK KT ini. Seorang bekas Ketua Bahagian UMNO iaitu Kpt (B) Datuk Zahar mewakili PAS dan lawannya seorang bekas ahli PKR iaitu Kpt (B) Mohd Rosli Ghazali mewakili AKIM. Kita harap walaupun keduanya bekas tentera, berkempen untuk calon masing-masing, jangan pula pakai senjata berat, cukup pakai mulut sahaja. Kalau Datuk Zahar ini seorang yang hebat dalam UMNO tentu akan lebih hebat bila berada di dalam PAS dan akan membawa kemenangan kepada calon PAS nanti, InsyaAllah.

Khabar angin tu memang benar

Media petang ini mengesahkan khabar angin yang mengatakan Datuk Zahar bakal menyertai PAS bila sebentar tadi beliau telah secara rasmi menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha. Bukan beliau sahaja malah beliau membawa 28 Ketua Cawangan...Alhmadulillah, semoga lebih ramai lagi akan mengikut jejak beliau bersama PAS. Berita ini akan memberi tamparan hebat kepada kepimpinan UMNO Selangor yang dewasa ini galak mencanangkan melalui media massa bahawa PAS dan Pakatan Rakyat semakin pudar dan rakyat bakal menabalkan semula UMNO dan BN ke persada kuasa utama seperti sebelum PRU ke 12. PAS dan pakatan rakyat khususnya PAS Selangor pula tentunya mendapat suntikan moral yang hebat untuk meneruskan perjuangan yang semakin diterima masyarakat Malaysia.

Rujukan Berita1
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas dalam satu majlis di Ampang hari ini.
Beliau bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu menyerahkan borang keahlian Pas kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. - Utusan.


Rujukan Berita2
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.
Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.
Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.
"Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.
"Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno," katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Zahar berkata, keputusan untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti pembangkang itu tidak ada kena-mengena dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun berkuat kuasa 2 Disember lalu.
"Saya tahu kemasukan saya ke dalam PAS telah menimbulkan banyak spekulasi. Rata-rata media menganggap keputusan saya ini dibuat setelah saya digantung.
"Sebenarnya saya dan rakan-rakan di PJ Selatan sudah mula kecewa dengan Umno semasa berlaku peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac atau April lalu lagi.
"Daripada situ, kita berbincang baik buruk kekal dalam Umno...mahu terus bersara dari politik atau menyertai parti lain. Tapi bila MT dah buat keputusan begitu (menggantung keahliannya), tak payah lah fikir lagi...kita terus keluar," katanya.
Zahar berkata, beliau sudah 'meluat' dengan Umno terutamanya di Selangor termasuk pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Ketua Penerangan parti peringkat negeri dan Senator.
Sambil mengakui bahawa hubungan beliau yang pada satu ketika dahulu amat baik dengan Muhammad kini telah menjadi renggang, Zahar berkata, ia berlaku disebabkan sikapnya yang suka berterus terang dalam menyuarakan pendapatnya termasuk tindakan pemimpin itu yang kadangkala tidak dipersetujuinya.
Beliau berkata, pemimpin Umno tidak menitikberatkan tentang isu agama dan banyak keputusan yang dibuat parti itu tidak mengambil kira kepentingan rakyat.
"Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu," katanya.
Ditanya sama ada kritikannya terhadap Umno ada kaitan dengan pembelian Eurocopter yang tidak memihak kepada syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd, Zahar berkata, hal itu memang dipertikaikannya berikutan pembelian Eurocopter tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau berkata, dengan penyertaannya hari ini ke dalam PAS, pejabat Umno di PJ Selatan akan menjadi pejabat PAS bahagian itu mulai esok.
Beliau percaya, baki 68 ketua cawangan bahagian itu akan turut sama menyertai PAS selepas pejabat parti itu mula beroperasi.
Beliau turut menafikan bahawa beliau menyertai PAS kerana inginkan jawatan sebaliknya beliau mahu menjadi sebahagian daripada jentera PAS yang memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.
"Saya sebelum ini pernah ditawarkan untuk bertanding menjadi ahli Parlimen selama tiga penggal dan Speaker Dewan Undangan Negeri pada tahun 2007 tetapi saya menolaknya kerana merasakan peluang itu patut diberikan kepada orang lain," katanya. (MSTAR)

Rileks sekejap: Kamerafon atau Fonberkamera...







Terasa juga banyak menulis perkara "heavy", mari rileks sikit berbicara soal keperluan foto dalam kehidupan seharian. Foto penting sebagai perakam sejarah, tetapi membawa kamera setiap masa adalah tidak praktikal. Teknologi canggih terkini bukan sahaja mewujudkan fonberkamera tetapi kamerafon. Apa bezanya?. fonberkamera alat penting ialah yang berkaitan dengan fon dan kamera hanya tambahan. Jadi kamera yang ada cuma setakat basic sahaja. Kamerafon ialah betul-betul kamera, antara ciri sebuah kamera sebenar ialah autofokus berlazer, boleh optikal zoom, ada flash, ada cover lens yang munasabah, lens yang branded, red eye reduction, ISO yang tinggi dan lain-lain.

Autofokus - Memastikan foto yang diambil "sharp", tidak kabur
Lens branded - guarentee foto realistik dari pembuat Lens
Optikal zoom - real zoom pada objek, bukan pembesaran objek semata-mata
Flash - untuk kecerahan foto semasa persekitaran gelap
Red eye reduction - supaya foto yang bermata merah dihapuskan sebelum print/view
ISO - Kadar kecerahan foto dipersekitaran gelap tanpa flash

Setakat ini beberapa jenama terkenal memang bersaing memasarkan kamerafon seperti Sony dengan lens cybershot, Nokia dengan lens Carl Zeiss, Samsung dengan juga Carl Zeiss dan lain-lain. Antara jenama Sony yang terbaru C905 yang terkenal dengan sebagai jenama James Bond. Lain-lain produk Sony C902, K800, K810 dan lain-lain K series dan C series. Jenama Nokia pula seperti N82 begitu juga Samsung mempunyai berbagai siri kamerafon dari 2Megapixel sehingga 8Megapixel.

OK Selamat mengguna...

Bush mula terima balasan

Presiden Amerika Syarikat (AS), G.W Bush diberitakan menjalani pemeriksaan imbasan setelah mengadu sakit pada bahagian bahu kiri dan terpaksa diberikan suntikan kortison. Bush menjalani imbasan getaran magnetik (MRI) ketika beliau mengadakan lawatan di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed dengan melawat anggota-anggota tentera yang cedera akibat peperangan di Iraq dan Afghanistan. Bush, yang akan melepaskan jawatannya pada 20 Januari depan mendakwa sakit pada bahagian tersebut. Bush ketika ditanya mengenai perkembangan bahunya menjawab, beliau sihat dan boleh melontar bola besbol dengan kelajuan 129 kilometer sejam. Nampak sangat Bush ni kuat berbohong. Mungkin sedang mengunggu kena lontar kasut lagi...baru padan muka.

Musim membelasah PAS pula

Semasa PRK Permatang Pauh dulu, PKR dan kepimpinannya dibelasah teruk setiap hari oleh media perdana sehingga ke malam pengundian. Sehingga pada hari mengundi pun masih ada pengikut lawan menabur fitnah kepada calon, PKR dan Pakatan Rakyat dengan cara yang memualkan. Kini sebagaimana umum mengetahui calon PRK Kuala Terengganu akan di ambil oleh PAS maka sejak mula diistiharkan PRK lagi PAS, kepimpinan dan Pakatan Rakyat telah dibelasah saban hari. Semalam seluruh media mula mengungkit bermacam-macam termasuk azam PAS merealisasikan hukum hudud jika memerintah negara. Buka saja TV waktu berita, kita akan muak dengan hentaman demi hentaman terhadap PAS dan sekutunya, bahkan kenyataan-kenyataan kepiminan Pakatan Rakyat akan di isukan. Sebab itu pada saya pemimpin PR tidak boleh membuat kenyataan lepas mulut sahaja waktu ini kerana sudah pasti akan dieksploitasi besar-besaran oleh media perdana.

Antara isu yang dibesar-besarkan oleh media
> Isu pemecatan Khalid Samad
> Isu kenyataan DS Nizar terhadap pengidap HIV
> Isu Hudud
> Isu keretakan perpaduan PR
> Isu pemilihan calon dan lain-lain

Satu hari suntuk semalam menyiarkan kenyataan DS Najib bahawa Pas guna taktik lama tabur janji. DS Najib Razak, berkata isu yang digunakan Pas itu bukannya isu baru dan ia sudah lama ditimbulkan pemimpin parti berkenaan. Najib mendakwa, ketika pilihan raya umum lalu Pas menggunakan modal "Negara Kebajikan" bagi meraih undi, tetapi pada masa ini mereka menimbulkan kembali isu hukum hudud, tetapi tidak ada apa yang dilakukan kerajaan PAS pun. "Soal hukum hudud yang mahu dilaksanakan Pas itu cerita lama kerana ketika mereka memerintah Kelantan hukum itu tidak juga dijalankan. Masa di Terengganu dulu pun mereka tak buat, mereka hanya gunakannya sebagai politik,” katanya.

Ujian HIV bagi bagi bakal pengantin

Sesekali ada juga kita bersetuju dengan tindakan kerajaan bila ia melibatkan rakyat awam seperti dalam kes ujian HIV ini. Bagi kita ujian ini bukan untuk menyusahkan bakal pengantin atau merendahkan moral mereka tetapi jika diketahui awal, membolehkan pencegahan awal dapat diambil tindakan. Namun begitu bagi Majlis Aids Malaysia, mereka tidak menyokong dasar baru kerajaan ini yang mewajibkan bakal pengantin Islam menjalani ujian saringan HIV secara mandatori, berkuatkuasa Januari tahun depan. Dasar baru itu telah diumumkan oleh TPM, ekoran peningkatan ketara kadar jangkitan HIV terhadap kaum wanita sejak kebelakangan ini.
Presiden Majlis Aids, pula berpendapat tindakan ujian tersebut bukan satu penyelesaian terhadap peningkatan wabak HIV tersebut di kalangan wanita. Ujian saringan HIV untuk bakal pengantin ini hanya dilakukan sekali sahaja, namun risiko bagi jangkitan HIV adalah seumur hidup. Keputusan negatif tidak menjamin seseorang akan kekal negatif sekiranya tidak meninggalkan tabiat buruknya dengan melakukan aktiviti berisiko tinggi seperti aktiviti seks yang tidak selamat dan perkongsian jarum dalam penagihan dadah. "Ini bermakna keputusan negatif ini tidak membawa sebarang jaminan keselamatan bebas HIV kepada pasangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Kedua, tambahnya, ujian HIV mandatori itu menampakkan kesan yang terhad dalam mengawal jangkitan HIV tanpa perantaraan yang khusus diambil untuk mencegah jangkitan ini.

Abu Zahar akan sertai PAS?

Kalau berita in benar kita bersyukur, Alhamdulillah. Media Perdana dan Alternatif ada menyiarkan kemungkinan (?) bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang digantung tiga tahun susulan mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - akan menyertai PAS. Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Nor Azman Mohd Nor dilaporkan berkata, kemasukan Abu Zahar tersebut sudah tersebar dalam kalangan ahli-ahli Umno bahagian. Datuk Abu Zahar digantung jawatan tersebut awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin Umno, terutama Perdana Menteri dan timbalannya kerana menyalahguna kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Difahamkan bekas kapten itu akan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu majlis di di sebuah hotel di Ampang, pagi esok. Walaubagaimana pun menurut laporan dalam sebuah akhbar, yang menghubungi beliau, sebenarnya beliau belum memutuskan sama ada akan meninggalkan Umno atau terus bersara daripada dunia politik dan ura-ura yang dilaporkan dalam media hanyalah khabar angin sahaja. Kalaupun beliau akan menyertai parti politik juga, kemungkinan besar beliau akan menyertai PAS.

Perihal saman 3

Entah ribut apa terjadi kepada Akhbar Mingguan Watan bila dikatakan membuat penyiaran tulisan yang berdasarkan cakap-cakap kedai kopi tanpa merujuk kepada bukti dan fakta. Penyiaran yang tersasar ini telah mengundang kemarahan pihak yang terbabit iaitu PKINK. Sehubungan dengan itu Akhbar Watan telah diminta memohon maaf secara bertulis kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ekoran berita tersebut yang berunsur fitnah telah disiarkan dalam berita akhbar berkenaan. Diberitakan PKINK telah memberi tempoh selama 14 hari bagi membolehkan tindakan mohon maaf diambil oleh Akhbar Watan. Menurut Ketua Eksekutifnya, sekiranya akhbar berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, PKINK pasti akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit dan ketua pengarangnya.

Apa yang telah berlaku?
Watan dalam keluarannya mendakwa PKINK mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan membabitkan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang juga menjadi ahli lembaga pengarah PKINK. Menurut laporan terbabit, kerugian bernilai RM21 juta adalah dipercayai akibat daripada penyalahgunaan kuasa di kalangan pengurusan PKINK dalam pentadbiran dan pengurusan anak syarikatnya, Kelstone Sdn Bhd. Sebenarnya Mohd Sabri berkata, laporan terbabit hanyalah bertujuan menjatuhkan imej Pengerusi PKINK, anggota Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan.

Bearapa juta akhabar ini bakal disaman?, kita tunggu sahaja. Tapi semolek-molek nya kalau tersilap minta maaf sajalah. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Perihal saman 2

Kes saman lagi, kali ini AP dari DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah terhadap bekas MB Selangor, DS Khir Toyo dan penyiarnya Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan. Beliau yang juga Exco kanan kerajaan Selangor menfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi Sivil semalam. Sebelum ini, beliau juga pernah menfailkan saman terhadap Chamil Wariya dan akhbar Utusan juga sebanyak RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas disamping satu lagi saman oleh YB Teresa jumlah yang sama terhadap harian itu dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan. Dakwaannya dua defendan itu telah memfitnah beliau dalam tajuk 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan pada September lalu. Kita tunggu keputusannya...

Selasa, 23 Disember 2008

Tahniah: Mahfuz dapat suntikan moral memenangi saman terhadap Utusan

Media hari ini menyiarkan berita Mahfuz menang saman fitnah terhadap Utusan. Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pokok Sena itu telah memenangi saman fitnah terhadapnya oleh Utusan Melayu Berhad dan diberikan RM120,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini sebagai ganti rugi. Pesuruhjaya Kehakiman dalam penghakimannya memutuskan, perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia tersebut yang bertajuk "Demonstrasi, Mahfuz isytihar bersama Keadilan" tujuh tahun lalu adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz yang juga pemimpin PAS Pusat. Katanya, perkataan yang digunakan itu menggambarkan Mahfuz sebagai seseorang yang mempunyai agenda politik yang sedang berusaha menggulingkan kerajaan sedia ada juga menyokong keganasan dan paksaan, yang tidak percaya dengan proses demokrasi untuk membawa perubahan dalam kerajaan yang memerintah dan berniat menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan terhadap keharmonian negara.

Hakim juga berkata, beliau memberikan pertimbangan itu kerana kedudukan plaintif sebagai tokoh politik, anggota Parlimen dan tokoh terkenal di kalangan rakyat dimana fitnah tersebut telah menjejaskan kedudukan politik, sosial dan reputasi plaintif kerana diterbitkan secara meluas dalam akhbar defendan yang mempunyai edaran cetak melebihi 200,000 naskhah sehari juga 7.8 juta pelayar laman webnya sebulan. Lebih dari itu defendan tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf untuk mengurangkan kesan buruk terhadap reputasi plaintif.

Ahad, 21 Disember 2008

PC Fair lagi



12, 13 dan 14 Disember lalu telah berlangsung lagi pameran dan pesta membelibelah berprestij teknologi komputer yang dinamakan PIKOM PC Fair. Pesta yang di usahakan oleh Persatuan Industri KOmputer Malaysia sejak bertahun lalu sentiasa mendapat sambutan hangat peminat komputer. Melihat kepada berduyun warga KL dan Selangor mungkin juga dari luar Klang Valley tentunya jutaan RM dapat diraih oleh peniaga dan pengusaha produk yang mengambil bahagian dalam pameran ini. Saya antara peminat PC Fair sejak pesta ini mula diperkenalkan lama dahulu, masih tertanya-tanya kemana perginya usahawan Melayu atau bumiputra dalam gelombang teknologi digital ini. Yang saya nampak agak ada sedikit ke Melayuannya ialah pada syarikat gergasi atau agensi kerajaan yang terlibat dengan IT yang menyertainya seperti Telekom Malaysia (TM) dan lain-lain. Selain dari itu saya rasa hampir tiada Melayu yang mengambil bahagian. Dimanakah yang digahkan sangat perjuangan bangsa, perjuangan Melayu, bahkan Melayu semakin terpinggir dalam arus globalisasi. Kalau kita perhatikan dalam buku cendremata atau dipanggil "ShowGuide" yang diagihkan oleh penganjur, tiada langsung penglibatan Melayu dalam PC Fair ini atau dalam PIKOM itu sendiri. Kita bukannya perkauman, tetapi kita rasa tertipu dengan berbagai slogan kemajuan bangsa yang selalu diwar-warkan dalam media massa, padahal abuk pun tak ada. Contoh yang dapat kita perjatikan dalam organisasi PIKOM seperti Pengerusi (Chairman) :David Wong Nan Fay, Presiden: Cj Ang, Committee Chair: Low Wai Sun.
Selain itu yang paling tak selesa pandangan ialah cara berpakaian petugas booth tertentu yang memakai seolah balut bahagian sulit sahaja dan bahagian tengah payudara, malu nak pandang, apa lagi nak bertanya tentang produk. Seolah-olah pameran ini di ini berlaku di Tokyo Jepun atau dilitar lumba F1 Itali bukannya di KL

Seminar Blogger Bandar Baru Bangi

Atas inisiatif beberapa blogger, program ataupun dalam bahasa glamour "seminar blogger" telah berjaya di adakan di dewan seminar Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Walaupun kehadiran tidak mencecah angka yang selsesa tetapi berjalan dalam suasan meriah dan penuh maklumat. Sekalong tahniah saya berikan kepada penganjur semoga dapat menyuntik semangat untuk mengadakan lagi pada masa akan datang. Seminar yang dipengurusikan oleh blogger AlBrangi dan membariskan panelist blogger Hasbullah Pit, AlBrangi sendiri dan blogger muda "Someideas". Sebelum itu 2 kertas kerja di bentangkan iaitu oleh Prof Hamirdin dan sdr Hasbullah Pit dari Melaka. Pada saya sangat berbaloi menghadirinya dan menyarankan para peminat blog supaya hadhir di masa-masa akan datang.

Wedding of The Year

Al-Brangi minat juga kat Mawi atas beberapa asas yang beliau sebutkan (cerita terperinci kena layari Al-Brangi.Blogspot.com). Saya tak minat Mawi, tapi suka juga lagu-lagu qasidah beliau. Yang paling menonjol Mawi ada ciri-ciri Islamik sikit, juga masih berupaya menjaga akhlaq berbanding selebriti lain. Semalam, sebagaimana diketahui umum, selamatlah Mawi mendirikan rumahtangga impiannya bersama gadis yang baik lagi bertudung, Ekin, walaupun merupakan selebriti juga. Mungkin Mawi minat pada yang bertudung sahaja selepas kecundang dalam pertunangan dengan Ina Naim yang juga bertudung. Yang menariknya saksi pihak Mawi 2 orang ustaz selebriti iaitu Ustaz Akhil hayy dan Ustaz Zulkarnain Hamzah AlHafiz sementara Ustaz Dinie Juri serta Dato Dr. Mohd fadillah Kamsah bagi pihak Ekin. Jadi ini bagi saya membuktikan persenaliti Mawi memang cenderong ke arah Islamik walaupun kelihatan tidak nampak sepenuhnya sebagaimana kita kehendaki. Mungkin sebab itu juga TG Dato Nik Aziz berharap insan bernama Mawi ini menggunakan bakat dan populariti beliau menarik remaja ke arah yang lebih baik, semolek-moleknya ke arah menjadikan insan bertaqwa. Jika tidak, hiburan barat akan makin berkembang yang akan membuatkan remaja kita semakin jauh dari akhlaq Islam.

Khamis, 18 Disember 2008

Jerit serah memorandum enam tuntutan kepada MB Selangor

SHAH ALAM: Seramai 120 peserta program 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran kumpulan menamakan dirinya Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menyerahkan satu memorandum mengandungi enam tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.
Memorandum itu menuntut agar satu akta gaji minimum digubal, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, perumahan selesa diberikan kepada rakyat, harga barangan dikawal, pilihan raya Majlis Tempatan diadakan dan penswastaan perkhidmatan asas dihentikan.
Rombongan peserta yang mengayuh basikal serta memakai kemejat berwarna merah sebelum itu bertolak dari Taman Pertanian Malaysia di sini pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Bangunan SUK pada pukul 1.05 petang.
Tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan mereka yang turut dikawal oleh polis. BERNAMA

Melaka lagi...?

Utusan Malaysia: Penduduk gempar kepala babi digantung
MELAKA: Penduduk Kampung Pangkalan Balak, di Majjid Tanah, dekat sini, gempar apabila menjumpai satu bangkai kepala babi yang digantung di atas kain rentang yang dipasang di tepi jalan berhampiran bulatan di kampung itu, pag tadi. Ini kejadian ketiga dalam tempoh dua bulan bangkai binatang itu ditemui di tempat awam di sini. Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan pihaknya sedang memburu mereka yang bertanggungjawab.

Rabu, 17 Disember 2008

Seminar Blogger Bandar Baru Bangi Sabtu 20 Disember

DIJEMPUT PARA EMPUNYA BLOG!
SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)
TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT
(Berdasarkan 100 orang yang pertama)
Sila e-mail kepada almariff@hotmail.com
Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu)
Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor
Pendaftaran RM10.00 je

ATURCARA:
8.00 pagi :Pendaftaran
8:20 Pembukaan8:25
Perasmian [YB Dr. Che Rosli Che Mat]
8:35 Sesi 1 [Prof. Dr. Hamirdin Ithnin]
9:30 Relaks
9:35 Sesi 2 [Hasbullah Pit]
10:35 rehat & minum & berkenalan
11:00 Taaruf bagi semua bloggers
11:30 Sidang Pleno
1:00 Tamat

Isnin, 15 Disember 2008

Terengganu dapat 10Bilion?...WOW

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan dana yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu menjamin kelangsungan pendapatan Terengganu terutama apabila minyak sudah habis.
Katanya, Kabinet akan memperhalusi lagi struktur pentadbiran dan perjalanan TIA bila kertas cadangan dana itu siap. "Pada prinsipnya, cadangan ini diluluskan jemaah menteri pada mesyuarat semalam (kelmarin)," katanya selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008 di Stadium Negeri di sini semalam. Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz. Sementara itu, ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di Masjid Tengku Intan Zaharah di sini, Najib berkata, penyerahan wang royalti minyak kepada Kerajaan Terengganu bakal menyaksikan pelbagai lagi pelaksanaan pembangunan dijalankan di negeri itu. Katanya, kerajaan negeri boleh menambah lagi pembangunan modal insan, fizikal dan aspek kerohanian di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta. "Dengan itu, Kerajaan Terengganu sudah cukup pitih (duit) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang dirancang selama ini," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti. Katanya, selepas ini pembayaran royalti yang akan dibuat setiap suku tahunan akan disalurkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat negeri itu. Najib berkata, hasil minyak perlu diguna untuk meningkatkan keupayaan produktif negeri hingga membawa kepada percambahan kegiatan ekonomi dan pendapatan perkapita rakyat kerana minyak tidak kekal selamanya. (Berita Harian)

Utusan Malaysia: Isa optimis BN menang

Adakah masih relevan TS Isa mengambil kira kemenangan tipis BN dalam PRU yang lalu sebagai kayu ukur yang sesuai untuk BN mengulangi kejayaan yang sama. Rakyat Terengganu sukar untuk dibaca sikap mereka sebagaimana PRU ke 11, jangkaannya PAS akan mengekalkan kerajaan di Terengganu tetapi tewas kepada BN. Walaubagaimana pun kita harapkan rakyat Terengganu kembali semula kepada PAS yang telah terbukti ikhlas dalam berkhidmat kepada rakyat.

SEREMBAN 14 Dis. - Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari tahun depan, kata Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Abdul Samad. Beliau berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan kepada sokongan pengundi-pengundi di sekitar kawasan Parlimen Kuala Terengganu terhadap BN pada pilihan raya umum Mac lalu. ''Saya yakin pengundi-pengundi akan terus menyokong calon BN pada pilihan raya kecil itu bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan Parlimen berkenaan," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Lama Nilai di sini hari ini. Menurut Mohd. Isa, BN pasti akan meletakkan calon terbaik untuk memenangi kerusi yang pernah disandang Allahyarham Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail sehingga beliau meninggal dunia pada 28 November lalu. Pada pilihan raya umum Mac lalu, Razali menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu serta calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi. ''Kita tidak perlu risau dengan calon pembangkang. Yang penting, calon BN merupakan yang terbaik," katanya.
Beliau memberitahu, perasaan tidak puas hati tidak sepatutnya timbul selepas nama calon yang bakal bertanding diumumkan oleh pucuk pimpinan parti kelak. Mohd. Isa menambah, semua pihak di dalam UMNO dan BN sewajarnya menerima calon berkenaan dan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi terhadapnya. ''Jangan timbulkan isu calon yang dipilih tidak layak mewakili BN," ujarnya. Kata beliau, BN pasti kembali mengungguli kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya masalah dalaman itu dapat diatasi sebelum hari penamaan calon.

Lagi aktiviti DUN Bangi


Langkah kreatif DUN Bangi

Sebagaimana yang dirancang, 20 Disember ini akan diadakan majlis pelancaran dan penubuhan Kelab motosikal DUN Bangi atau lebih tepat seperti yang dicadangkan "Kelab Bermotosikal Alternatif" atau dalam bahasa Inggeris Alternatif Riding Club (ARC). Pelancaran yang bakal di adakan di depan pejabat DUN Bangi Sabtu ini diharapkan dapat memberi satu aktiviti rekreasi bermanfaat kepada penggemar dan peminat motosikal di Bangi. Selama ini kelab-kelab seperti ini banyak di dominasi oleh kelab yang berasaskan jenama seperti kelab MyVi, kelab Kancil, kelab Waja (Waja Performan Club-WPC), Kelab Elegan (Eleganers) dan lain-lain. Saya pernah terserempak di RNR Tapah semasa dalam perjalanan ke Alor Star dengan Kelab Motosikal Pesara, dimana ahlinya adalah pesara-pesara VIP dan jenis motosikalnya terdiri dari superbike yang berharga ratusan ribu RM. Jadi sama-samalah kita menyertai kelab ARC ini dan InsyaAllah bila wujud kelab banyak aktiviti dapat dilakukan disamping mengeratkan silaturrahim sesama ahli, boleh melakukan aktiviti masyarakat dimana sahaja.

Sabtu, 13 Disember 2008

MELAKA OH MELAKA

Rasa nak tergelak pun ada, macam kelakar habis bila mengetahui sika kerajaan Melaka selama ini terhadap kerajaan Kelantan. Dipulaukannya Kelantan sebegitu rupa....nak tulis banyak-banyak pun rasa macam perangai budak-budak...

Larangan ditarik, kakitangan awam Melaka boleh lawat Kelantan
KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Melaka hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan April 2000 yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara itu berkata, larangan itu ditarik balik berikutan beliau berpuas hati dengan sikap pemimpin PAS yang tidak lagi menuduh anggota Umno sebagai tidak Islam.
"Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam.
"Bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka sendiri telah datang ke sini hari ini, sebelum ini ada kita ada datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Pada April 2000, Mohd Ali mengeluarkan arahan semua kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka dilarang mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan berikutan isu kafir mengkafir ketika itu. BERNAMA

Khamis, 11 Disember 2008

Melatah lagi.....




15 Tahun dulu berlaku tragedi Highland Tower, berbagai pihak melatah kerana terkejut beruk dengan kejadian tersebut lalu bermacam pelan tindakan dibuat oleh berbagai pihak supaya tragedi dapat ditangani dengan berkesan dan tentunya supaya tidak berulang lagi. Namun setelah demi masa, emosi sedih bertukar riang semula kisah itu dilupakan, pelan tindakan tinggal dalam bilik mesyuarat badan bertindak. Berlaku lagi tanah runtuh di Genting Highland, melatah lagi dan seperti sebelumnya pelan tindakan dibahaskan lagi dan hanyut juga dibuai masa yang Add Imageberlalu. Bermacam tragedi melibatkan tanah runtuh berlaku sepanjang 15 tahun selepas tragdei Highland Tower, begitulah sikap latah beulang dan hilang, berulang dan hilang. Terkini tambah lagi satu siri tragedi serupa di Bukit antarabangsa, kita melatah untuk kesekian kalinya dan begitu juga bermacam pelan tindakan dibuat bahkan petang tadi Parlimen mengadakan usul tergempar yang di bawa oleh YB Azmin Ali. Kita lihat selepas ini apa yang terjadi dari pelan tindakan dan usul tergempar adakah pembangunan di atas bukit terus meriah atau sesuatu sebaliknya supaya kita tidak lagi meneruskan sikap latah dan kemudia kembali sepi.
Bas terbalik: 20 penumpang terbunuh.

Satu lagi tragedi yang kita perlu tangani buka melatah sahaja ialah tragedi jalan raya. Apakah sudah di ambil tindakan supaya tragedi kemalangan ngeri dijalan raya yang melibatkan bas-bas ekspress dan pesiaran telah ditangani. Kita tidak mahu lagi peristiwa berdarah seperti 13 Aug 2007 berulang lagi dimana seramai 20penumpang maut manakala sembilan lagi cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 229, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang. Pemandunya dikatakan hilang kawalan, menyebabkan bas itu tergelincir sebelum terbalik dekat sebuah kampung di Km 229 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Bukit Gantang. Kemalangan tersebut dianggap yang paling buruk yang pernah berlaku di negara ini. Mereka yang terbunuh adalah 13 penumpang lelaki dan tujuh penumpang wanita. Bas tersebut terjatuh ke dalam longkang sedalam lima meter selepas merempuh pembahagi jalan sepanjang 20 meter ketika menuruni jalan berbukit. Kesan rempuhan tersebut menyebabkan beberapa penumpang terpelanting keluar manakala yang lainnya terperangkap di bawa bas, dengan bumbungnya tercabut. Boleh dikatakan kebanyakan tragedi kemalangan bas seprti yang berlaku di Bukit Gantang ini dan lain-lain kemalangan berpunca dari memandu laju dan merbahaya. Kalau nak menyaksikan sendiri betapa laju dan kurang ajarnya pemandu bas-bas ini senang sahaja, buat satu perjalanan dari KL ke Melaka sahaja,kita dapat perhatikan sikap sebenar pemandu bas ini. Apa tindakan kita menanganinya?, tiada siapa peduli. Polis?, jangan di letakkan di atas bahu Polis atau pengusaha lebuh raya sahaja. KITA sendiri.?..berdisiplinkah kita dijalanraya?...

Dimana moral UMNO-BN


Tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa bukan sahaja melibatkan keruntuhan bukit yang menjadi kediaman warga UK bahkan melibatkan keunikan moral pemimpin BN yang tak habis-habis mengambil kesempatan politik secara terang-terangan dalam kelamkabut tragedi ini. Baru sahaja kita dikejutkan dengan kerjasama RTM-UMNO menubuhkan tabung bencana alam membantu mangsa tragedi Bukit Antarabangsa ini, malam ini satu lagi program UMNO-BN dengan kerjasama syarikat teksi menyediakan teksi percuma kepada warga Bukit Antarabangsa dengan syarat mendaftar diri di markas BN. Apa punya minda pemimpin seperti ini mengambil setiap sudut kesempatan segenap sudut dan ruang mangsa dalam terdesak mempromosi politik kepartian. Apakata kerajaan PR Selangor buat tindakan begitu?, PAS, DAP, PKR memberi pertolongan atas dasar kepartian?, rasanya seantero dunia dicanang melaui media yang dikuasai UMNO-BN bahawa PR sudah menyeleweng dan tidak profesional dengan mengambil kesempatan kesusahan mangsa. Begitulah bila kapal dah nak karam, dah tak tahu lagi berfikir secara rasional, rembat sahaja apa kesempatan yang ada.

Jumaat, 5 Disember 2008

Apabila mikrofon lebih bernilai dari nyawa manusia

Laporan media hari ini memaparkan seorang lelaki di Sandakan yang enggan beri mikrofon mati ditikam. Semuanya gara-gara tidak mahu berkongsi mikrofon dengan orang lain ketika berhibur di pusat hiburan di sini, seorang lelaki mati akibat ditikam di bahagian dada lewat malam tadi.
Mangsa baru mencecah 23 tahun, mati akibat ditikam dengan menggunakan objek tajam ketika berada di luar pusat hiburan tersebut oleh sekumpulan lelaki. Kejadian itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati beberapa pengunjung lelaki ketika di pusat hiburan tersebut, meminta mikrofon yang sedang digunakan mangsa tetapi tidak diberikan. Mangsa tetap enggan menyerahkan mikrofon tersebut walaupun didesak beberapa kali dan keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan lelaki tersebut. Lalu sejurus selepas itu, ketika keluar dari pusat hiburan itu, mangsa diserang oleh kumpulan lelaki tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.55 malam dan mendapati mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Apa nak jadi dengan manusia, harga nyawa tak lebih dari seunit mikrofon, atau wang RM50. Bukan hanya satu nyawa, jika ditangkap dan sabit kesalahan, satu nyawa lagi akan melayang hanya kerana satu mikrofon.

Isnin, 1 Disember 2008

Utusan Malaysia: Soi Lek hiris hati Melayu

Oleh JAAFAR AHMAD
BATU PAHAT 30 Nov. – Pucuk pimpinan Barisan Nasinal (BN) diminta bertindak tegas terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung kenyataannya menolak konsep ketuanan Melayu. Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, ini kerana kenyataan tersebut telah menghiris hati masyarakat Melayu terutama ahli UMNO yang selama ini menjadi rakan baik MCA. Menurutnya, walaupun kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Soi Lek, namun ia lahir daripada seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi sahabat dalam komponen BN.
‘‘Kenyataan ini sangat menyinggung dan menghiris hati masyarakat Melayu,” katanya selepas merasmikan Sambutan Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn, di sini semalam. Beliau mengulas kenyataan Soi Lek baru-baru ini bahawa konsep ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum.
Mohamad berkata, Soi Lek tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut kerana ketuanan Melayu tidak bermaksud menghambakan orang bukan Melayu di negara ini. “Ia sebenarnya bermaksud negara ini bertuankan Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak dahulu lagi,” katanya. Menurutnya, walaupun negara ini dipertuankan oleh Melayu, namun masyarakat Melayu tidak pernah memusuhi malah sentiasa bertolak-ansur dengan kaum lain.
‘‘Sebagai rakan, pemimpin MCA sepatutnya menjaga sensitiviti orang Melayu tetapi apa yang berlaku mereka bersikap lebih daripada parti DAP,” katanya. Beliau berkata, MCA perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu dan seterusnya mengambil tindakan terhadap Soi Lek. Menurutnya, kenyataan tersebut sangat perkauman dan boleh merosakkan perpaduan

Utusan Malaysia: Soi Lek hiris hati Melayu

Oleh JAAFAR AHMAD
BATU PAHAT 30 Nov. – Pucuk pimpinan Barisan Nasinal (BN) diminta bertindak tegas terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung kenyataannya menolak konsep ketuanan Melayu. Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, ini kerana kenyataan tersebut telah menghiris hati masyarakat Melayu terutama ahli UMNO yang selama ini menjadi rakan baik MCA. Menurutnya, walaupun kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Soi Lek, namun ia lahir daripada seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi sahabat dalam komponen BN.
‘‘Kenyataan ini sangat menyinggung dan menghiris hati masyarakat Melayu,” katanya selepas merasmikan Sambutan Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn, di sini semalam. Beliau mengulas kenyataan Soi Lek baru-baru ini bahawa konsep ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum.
Mohamad berkata, Soi Lek tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut kerana ketuanan Melayu tidak bermaksud menghambakan orang bukan Melayu di negara ini. “Ia sebenarnya bermaksud negara ini bertuankan Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak dahulu lagi,” katanya. Menurutnya, walaupun negara ini dipertuankan oleh Melayu, namun masyarakat Melayu tidak pernah memusuhi malah sentiasa bertolak-ansur dengan kaum lain.
‘‘Sebagai rakan, pemimpin MCA sepatutnya menjaga sensitiviti orang Melayu tetapi apa yang berlaku mereka bersikap lebih daripada parti DAP,” katanya. Beliau berkata, MCA perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu dan seterusnya mengambil tindakan terhadap Soi Lek. Menurutnya, kenyataan tersebut sangat perkauman dan boleh merosakkan perpaduan

Jumaat, 28 November 2008

AlFaatihah

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Difahamkan Razali, 59, yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu. Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang

Rabu, 26 November 2008

Ahad, 23 November 2008

Kenapa GAPENA baru nak garang?


Tajuk paparan media hari ini "Kerajaan P. Pinang angkuh, tidak bertanggungjawab" menunjukkan betapa garangnya GAPENA bila Bahasa melayu dipinggirkan. Syabas diucapkan, cumanya tak kan dengan kerajaan Pulau Pinang sahaja nak tunjuk GAPENA garang bila menyentuh kedaulatan Bahasa Melayu. Setahu saya sudah sekian lama Bahasa Melayu dipinggirkan, bahkan badan yang memperjuangkan Bahasa Melayu pun turut dipinggirkan iaitu DBP. Kewujudan DBP seolah melukut ditepi gantang, hanya tinggal simbol sahaja. Kedaulatan Bahasa Melayu sudah lama dipinggirkan oleh UMNO bahkan nama UMNO sendiri bukan Bahasa Melayu tetapi bahasa penjajah, sama seperti MCA, MIC bahkan DAP juga mengambil bahasa penjajah sebagai nama parti, tapi tak apalah DAP, MCA dan MIC bukan parti Melayu. Berbalik kepada kegarangan GAPENA kita tidak pasti atas sebab politik atau memang GAPENA ikhlas memprjuangkan nasib Bahasa maelayu. Jika GAPENA ikhlas memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu sila bagi maran juga kepada semua kerajaan dalam Malaysia ini termasuk kerajaan Persekutuan supaya kembalikan kedaulatan Bahasa Malaysia. Termasuk juga agensi kerajaan, swasta, stesyen radio, stesyen TV, guaman dan semuanya.
Gesaan GAPENA supaya rakyat Pulau Pinang bertindak tegas membantah langkah kerajaan negeri itu yang berdegil dan mahu meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu hendaklah dilihat dari berbagai sudut. Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata, sudah tiba masanya rakyat di negeri itu bersatu serta menunjukkan ‘kejantanan’ sebenar dalam isu tersebut. ‘‘Tindakan kerajaan Pulau Pinang disifatkan degil dan tanggungjawab kini terletak di tangan rakyat negeri itu sendiri untuk menentangnya. ‘‘Kedaulatan bahasa Melayu seharusnya sentiasa diangkat dan pertukaran kepada bahasa lain pada papan tanda sebenarnya tidak membawa maksud apa- apa,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam satu bahasa lain di samping bahasa Melayu bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.
KM sebelum itu sudah menjelaskan bahawa nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi, manakala dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan. Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.
Sementara itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan..

Sabtu, 22 November 2008

TV3 terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan PAS Kedah

TV3 berita jam 8 malam ini (Sabtu 22 November 2008) terus menerus menyiarkan berita fitnah terhadap Kedah tanpa rasa sesal atas berita tidak tepat sebelum ini bahkan kali ini TV3 menambahkan lagi komen tak berasas bekas PM yang tidak mengetahui hakikat sebenar kejadian dan mengulas berdasarkan berita yang terdapat dalam media yang memang tak tepat dan bertujuan jahat. Sikap tidak profesional TV3 yang berterusan sepatutnya diajar cukup-cukup oleh rakyat yang mementingkan keadilan dan ketelusan. Kita masih merasa kesan terbitan TV3 dalam melodi yang meresahkan semua pihak samada yang kena terjah atau yang menonton betapa maruah peribadi sesorang rakyat yang sepatutnya dilindungi sudah dijadikan bahan mendapatkan rating TV dan mendapat keuntungan. TV3 dengan program JOM HEBOHnya walaupun dikritik hebat oleh para ulamak temasuk mufti, dengan degilnya terus menerus mengadakan JOM HEBOH sehingga ke hari ini. Jadi apa bahasa yang patut dikatakan terhadap sikap TV3, mungkin PR kena percepatkan pengambilan kuasa seterusnya tamatkan saja lesen TV3. Buat masa ini bagi mereka yang cintakan keadilan boleh buat, pulaukan TV3 sehingga para penerbit di TV3 faham kita bukan anti TV3 tetapi pengisian kandungan TV3 banyak menyakiti rakyat Malaysia yang bukan saliran dengannya.

su ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah

Mohd Khalil Abdullah Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Media pro Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP.
Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.
Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.
"Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.
Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.
"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.
Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
"Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya lagi.
Beliau juga menambah, bahawa Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
Oleh itu katanya, dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
"Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.
"Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil,"tegasnya.
Pimpinan Pakatan Rakyat kecam media pro Umno-BN
Sementara itu, baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno-BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.
Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno-BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.
Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.
Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.
Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.
"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno-BN. - mks.

Umat Islam dilarang sertai yoga

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PUTRAJAYA: Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.
Arahan itu terkandung dalam fatwa yang diumumkan Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini.
Pengerusi majlis itu, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan juga bersetuju dan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.
Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh Majlis Muzakarah Kebangsaan yang bersidang 22 hingga 24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan. Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.
Namun demikian beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.
“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.
“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.
Tambah beliau, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan fatwa berhubung isu tersebut.
Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.
Ketika ditanya adakah keputusan majlis fatwa ini akan dipertikaikan oleh masyarakat bukan Islam, Shukor berkata:
“Fatwa ini khusus kepada umat Islam. Masyarakat agama lain masih bebas meneruskan amalan yoga. Kita menghormati agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.”
Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.
"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan," katanya.
Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. (MStar Online)

Rileks sekejap: Zaman kegilaan UMPC







Zaman berubah, selera pengguna pun turut berubah terutama pengguna peralatan berteknologi tinggi seperti handfon, Notebook, TV dan lain-lain. Kalau dulu handfon sekadar keperluan membuat panggilan dan menerima panggilan, sekarang selera pengguna makin bertambah dengan adanya PDA handfon dan lagi terkini PDA Kamera Handfon. Walaupun sudah ada PDA berkamera dan TV tetapi TV handfon belum popular lagi. Yang menakjubkan TV handfon ini kualiti gambarnya fantastik walaupun hanya mempunyai antena sebesar bilah mancis cap cili sedangkan TV kat rumah tu walaupun antena sepanjang 3kaki tapi gambarnya alahai, kejap terang sekejap berbintik-bintik. Saya tidak ingin menulis lanjut tentang handfon, tetapi tentang trend baru notebook yang bersaiz kecil antara 7 inci hingga 10inci yang dipanggi UMPC, settop atau nettop. Kebanyakan set UMPC ini menggunakan processor Intel Atom walaupun ada yang mnggunakan processor AMD dan lain-lain processor tetapi kebanyakan pengguna lebih memilih Intel. Dengan saiz yang kecil tentu sekali kelihatan comel, menarik dan senang di bawa. Walaupun bersaiz kecil namun dari segi performan dan aplikasi tidak berbeza dengan notebook biasa. Saya sendiri menggunakan UMPC Acer One dengan harddisk 120GByte dan 1G memori. Saya puas hati dengan netbook ni, portable dan comel. Pada awalnya saya lebih berminat dengan HP2133 kerana selama saya menggunakan notebook HP ini saya dapati produk HP sangat relaible. Entah macam mana, timbang punya timbang saya memilih Acer Aspire One dan saya berpuas hati dengan performannya. Kekurangan yang terdapat pada UMPC atau nettop hanyalah ketiadaan DVD drive, tetapi boleh menggunakan external DVD. Pada saya DVD drive tak perlu sangat kerana kebanyakan kerja saya, saya muatkan dalam thumbdrive 16Gbyte. Antara jenama popular terkini: Acer Aspire One, ASUS eePC, MSI mini U1000, Dell, HP2133 Twinhead dan lain-lain.

Sedikit tentang spesifikasi UMPC
Operating System: Genuine Windows XP Home Edition
Platform: Intel Atom processor N270 (1.60GHz) Mobile Intel 945GSE
Express Chipset (DDR2 400/533MHz)
Mobile Intel 82801GBM Chipset
System Memory: 1GB RAM DDR2
Display: 8.9" WSVGA high-brightness Acer CrystalBrite TFT LCD 1024x600 pixel resolution* LED backlight* LVDS interface* 262.000 colours supported
Storage: Hard Disk Drive: 120GB
Storage expansion: SD Card ReaderMulti-in-1
card reader: Supporting Secure Digital (SD) Card, MultiMedia Card (MMC), Reduced-Size Multimedia Card (RS-MMC), Memory Stick, Memory Stick Duo, Memory Stick PRO Duo
Audio: High-definition audio support Two built-in stereo speakersMS-Sound compatible Built-in digital microphone
Communication: Integrated Acer Crystal Eye webcam, supporting 0.3 megapixel resolution.WLAN4: Acer InviLink 802.11b/g Wi-Fi CERTIFIED network connection, supporting Acer SignalUp wireless technology.LAN: 10/100 Mbps Fast Ethernet
Dimensions: 249 (W) x 170 (D) x 29 (H) mm
Weight: 0.99 kg
I/O ports: Multi-in-1 card readerSD Card reader for storage expansionThree USB 2.0 portsExternal display (VGA) portHeadphone/speaker/line-out jackMicrophone-in jackEthernet (RJ-45) portDC-in jack for AC adapter

Selamat berangkat ke Tanah suci

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci kepada seorang lagi personaliti hebat Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, semoga beliau dapat memperolehi anugerah haji mabrur. Kita doakan beliau selamat tiba di Tanah Suci dan selamt kembali untuk meneruskan bakti kepada rakyat Malaysia yang tercinta. Aamin

Berita ringkas dari Perak


TITI SERONG: Kerajaan negeri akan sentiasa melihat kesusahan rakyat yang berada di kampung tanpa mengira bangsa sesuai dengan konsep negeri berkebajikan yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan bantuan tambahan miskin tegar yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebanyak 8 orang untuk kaum Tionghua di Kuala Bagan Tiang di sini hari ini.
Drs. Khalil sedang memberikan ucapan ringkas. Hadir sama dalam majlis ringkas tersebut ialah Ketua Kampung, Hj. Bakhtiar dan beberapa pemimpin Kaum Tionghua setempat.
ADUN Titi Serong juga menerangkan beberapa dasar untuk membantu rakyat termiskin yang diluluskan dalam Sidang DUN yang lepas, antaranya beliau menjelaskan pada tahun hadapan kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada keluarga simati sebanyak RM 1000 dikalangan warga tua 65 tahun ke atas dengan Takaful Kifalah yang diperkenalkan.

dari Michael kepada Mikael

LOS ANGELES - Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah's Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel.
Michael yang digelar Jacko kerana perangainya yang pelik duduk di atas lantai berdepan dengan seorang imam dalam majlis tersebut.
Penyanyi yang merupakan antara terhebat sepanjang zaman itu memeluk Islam beberapa hari sebelum dia dijadualkan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi London.
Penyanyi di mana album lebih 750 juta unit terjual di seluruh dunia itu disaman oleh putera kedua Raja Bahrain kerana gagal menghasilkan album selepas menerima wang pendahuluan miliknya.
Satu sumber memberitahu bahawa majlis itu berlangsung pada minggu ini sewaktu Michael merakamkan album terbarunya di rumah seorang pemain keyboard yang menggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro.
Bintang yang memiliki banyak lagu popular termasuk The Way You Make Me Feel itu dilihat agak muram sebelum dua rakannya yang telah memeluk Islam memberikannya nasihat.
Pencipta lagu dari Kanada Michael, David Wharnsby dan penerbit album, Phillip Bubal, dilihat berada bersama-sama Michael sepanjang majlis itu berlangsung.
"Mereka mula menerangkan kepada Michael mengenai Islam dan bagaimana kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik selepas memeluknya. Michael lebih tenteram selepas itu," kata sumber berkenaan.
"Seorang iman dipanggil dan Michael kemudian melafaz dua kalimah syahadah," tambahnya.
Kata sumber berkenaan, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel iaitu salah satu malaikat dalam Islam dan menolak satu lagi nama yang diberikan kepadanya iaitu Mustafa yang bermaksud orang yang terpilih.
Turut berada dalam majlis untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah saudara baru itu ialah penyanyi Yusuf Islam, 60 yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens.
Pada tahun lalu, seorang abang Michael, Jermaine Friday berkata, penyanyi itu menunjukkan minat untuk mendalami Islam sejak dia memeluk ajarannya pada tahun 1989.
"Sekembalinya saya dari Mekah saya memberikan sejumlah buku mengenai Islam dan dia bertanyakan banyak soalan mengenai ajaran tersebut dan saya memberitahunya ia sesuatu yang indah dan mententeramkan," jelas Friday.
"Michael membaca semua buku yang saya berikan dan dia berbangga kerana saya menemui sesuatu yang memberikan ketenangan dan kekuatan diri," tambahnya.
Friday memberitahu, berdasarkan minat mendalam yang ditunjukkan oleh saudaranya itu dia percaya bahawa Michael akan memeluk Islam pada suatu hari nanti.
"Banyak yang boleh dia (Michael) lakukan bagi memperbaiki diri seperti yang saya lakukan," ujarnya.
Pada Isnin depan, Michael dijadualkan memberi keterangan di sebuah mahkamah di London berhubung tuntutan ganti rugi sebanyak AS$7 juta (RM25.3 juta) oleh Sheikh Abdullah bin Hamad Al Khalifa iaitu putera kedua Raja Bahrain.
Beliau mendakwa memberikan sejumlah wang itu sejak tahun 2005 sebagai bayaran pendahuluan menghasilkan album untuk sebuah syarikat rakaman miliknya.
Menurut Sheikh Abdullah, beliau turut memberikan sebuah kereta mewah baru jenama Rolls Royce berharga AS$120,000 (RM434,727) untuk kegunaan Michael.
Putera berkenaan dan Michael menjalin persahabatan ketika penyanyi itu tinggal di Bahrain selepas dia dibebaskan daripada tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia 13 tahun pada 2005.
Michael mengalami masalah kewangan sejak dia ditahan pada tahun 2003 dan baru-baru ini dia menukar hak milik Neverland Ranch kepada sebuah firma hartanah kerana gagal melunaskan bayaran bulanan.
- Agensi

Penting: Sila ambil perhatian


Pasang tali pinggang percuma di Perodua mulai 15 Disember
PUTRAJAYA - Orang ramai boleh memasang tali pinggang bagi penumpang belakang yang melibatkan model kereta seperti Kancil, Kelisa, Kenari, Kembara dan Rusa secara percuma di cawangan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Perodua) mulai 15 Disember ini.
Timbalan Pengarah Urusan Bahagian Perancangan Korporat Perodua, Abidullah Mohd. Omar berkata, perkhidmatan itu disediakan di 43 buah cawangannya seluruh negara.
"Buat masa ini hanya cawangan Perodua sahaja yang melakukan pemasangan tersebut dan ia belum lagi diperluaskan kepada wakil pengedar.
"Pemasangan itu mengambil masa di antara 30 hingga 90 minit dan saya minta agar temu janji dibuat dulu dengan menghubungi cawangan yang terlibat untuk elakkan berebut dan lewat," katanya pada sidang media bersama JKJR di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah Urusan Bahagian Kualiti Kumpulan Proton, Azmi Idris berkata, perkhidmatan memasang tali pinggang keledar bagi penumpang belakang secara percuma bagi kereta Proton adalah bagi model dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 pada 13 November lalu.
Kemudahan itu ditawarkan kepada 225,930 buah kereta yang mana ia tidak dipasang tali pinggang keledar bagi penumpang di tengah-tengah tempat duduk belakang kereta berkenaan yang melibatkan 144,000 buah model Proton Saga dan 81,930 buah lagi adalah model Gen2.
Bagi tujuan itu, pengguna boleh menghubungi pusat servis Proton yang berdekatan atau menghubungi Proton.icare di talian bebas tol 1300-880-888 atau melalui laman web, www.protonedar.com.my.

Penulis blog Kickdefella disambung jaminan polis kali kedua

Petikan MStar Online, laporan oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang ditahan mengikut Akta Hasutan, disambung sebulan lagi jaminan polis terhadapnya hingga penghujung tahun ini. Beliau sebelum ini pernah membuat cadangan di laman blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.
Lanjutan jaminan polis itu adalah yang kedua selepas beliau dibebaskan pada 20 September lalu.
Syed Azidi, 38, dimaklumkan mengenai perkara tersebut setelah hadir di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaru tindakan polis terhadapnya.
"Saya hadir hari ini bagi mendapatkan perkembangan mengenai kes saya, bagaimanapun pegawai penyiasat yang menguruskan kes saya sebelum ini telah ditukarkan.
"Jadi tadi pegawai penyiasat DSP Mahfuz Abdul Majid memaklumkan bahawa jaminan terhadap saya disambung sebulan lagi," katanya ketika menghubungi mStar Online.
Beliau perlu hadir melapor diri pada 21 Disember depan.
Syed Azidi yang hadir bersama keluarga bagaimanapun yakin bahawa tiada kes kes terhadapnya berikutan perkembangan semasa. "Ini kali kedua lanjutan jaminan polis, jadi saya rasakan bahawa sebenarnya tiada kes untuk mereka ambil tindakan terhadap saya.
'Mungkin sekadar nak selamatkan orang-orang tertentu," katanya. Pada 17 Oktober lalu, beliau hadir di jabatan yang sama namun dimaklumkan bahawa jaminan polis disambung sehingga 21 November (hari ini). Syed Azidi ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan pada 17 September lalu. Beliau telah ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman