Kawan-kawan setia

Sabtu, 22 Mac 2008

Kemalangan jalan raya: Adun Galas kini semakin stabil

Harakahdaily (Lanjusoh)

Sat Mar 22, 08 8:25:58 am MYT
KOTA BHARU, 22 Mac (Hrkh) ? Adun baru Galas, Chek Hashim Sulaima, 44 yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Ciku 2, Gua Musang petang semalam kini berada dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri. -->-->
Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad berkata, kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam, di mana Chek Hashim bersama isteri, Aida Zakaria, 40 dan anak-anak dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh.
?Kereta yang dinaikinya jenis Mercedes terbabas ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit di tepi jalan,? katanya ketika dihubungi di Gua Musang, pagi ini.
Pada kejadian itu kata beliau anak bongsunya cedera agak parah di mana berlaku pendarahan di dalam bahagian perut, manakala isterinya patah kaki.
Dua lagi anaknya mengalami cedera ringan.
Ekoran kejadian itu menurutnya, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Krai dan kira-kira jam 12 malam dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu.
Katanya, ketika dirawat di Hospital Kuala Krai keadaan Chek Hashim sudah stabil dan sedarkan diri selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.
?Ketika itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob datang menziarahinya sebelum mangsa dan anak serta isteri dipindahkan ke hospital di Kota Bharu,? katanya.
Dr Zulkifli yang juga calon PAS Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu memberitahu Chek Hashim dalam perjalanan menemui keluarganya di Pasir Puteh selepas lama tidak bertemu kerana sibuk menghadapi pilihan raya.
Oleh itu beliau menasihat penyokong PAS tidak bimbang dengan perkembangan kesihatan Chek Hashim yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang kerana keadaannya sudah stabil dan semakin beransur pulih. - mj

Tiada ulasan: