Kawan-kawan setia

Selasa, 1 April 2008

Majlis bersama rakyat DUN Bangi

Tanggal 30March 2008 telah berlansung majlis jamuan kesukuran PAS Bangi bersama rakyat warga DUN Bangi. Majlis yang bermula jam 11pagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar SPM dan STPM dari sekolah-sekolah di bawah DUN Bangi. Anugerah telah disampaikan oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar.

Majlis telah dikunjungi oleh warga DUN Bangi yang terdiri dari berbagai keturunan, telah mengambil peluang beramah mesra dengan YB DUN Bangi sambil menikmati juadah-juadah yang disediakan oleh penganjur. Suasana yang meriah menggambarkan detik permulaan dan bersejarah dengan berhimpunnya pelbagai kaum dan agama dalam majlis PAS sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan Islam. Perhimpunan ini juga sekali gus menolak tohmaan dan fitnah BN terhadap PAS selama ini bahawa PAS adalah sebuah kumpulan kiri, ganas, extrimis agama dan sebagainya. Segala canang negatif dari media-media yang dikuasai BN selama ini akhirnya kecundang. Dianggarkan majlis hari ini dihadiri oleh lebih 10ribu warga Bangi memandangkan persediaan penganjur dengan 7ekor lembu, 6ekor kambing dan beratus-ratus ekor ayam selesai dengan sempurna.

Seperti biasa yang semestinya dipuji ialah para petugas, walaupun sukarela, bertungkus lumus menguruskan majlis sehingga selesai. Bayangkan, dengan pengunjung yang begitu ramai petugas telah berjaya menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan ikhlas, majlis telah berjalan dengan begitu sempurna. TERIMA KASIH PADA ANDA SEMUA

Tiada ulasan: