Kawan-kawan setia

Khamis, 27 Mac 2008

MB baru suntik semangat

Mungkin boleh menyaingi Kedah DA yang membelasah saudaranya PERAK 5-1, kita tunggu nyalaan semangat Selangor Baru, InsyaAllah

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR fakhrul@kosmo.com.my
SKUAD Selangor bakal menerima suntikan semangat daripada Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelang pertemuan dengan Perak di Stadium Shah Alam malam ini.
Abdul Khalid yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baru terlebih dahulu akan mengadakan sesi suai kenal dan beramah mesra dengan pemain skuad Liga Super Selangor pagi ini.
Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin berkata, majlis minum pagi di antara Abdul Khalid dengan pemain serta pegawai FAS itu akan diadakan pagi ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam.
"Pada majlis itu nanti, Tan Sri (Abdul Khalid) akan menyampaikan amanat terbaru dan kata-kata semangat kepada pemain Selangor menjelang perlawanan bertemu Perak," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selangor perlu menang atau seri kurang daripada empat gol pada perlawanan malam ini bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA selepas berjaya mengikat Perak 4-4 di Ipoh minggu lalu.
Ditanya sama ada Abdul Khalid akan turun menyaksikan perlawanan malam ini, Hamidin berkata, dia sudah menjemput presiden FAS itu tetapi segalanya masih bergantung kepada jadual tugasan rasminya.
"Tan Sri (Abdul Khalid) belum dapat beri jawapan buat masa ini. Katanya, kalau tiada apa-apa hal, insya-Allah dia akan turun ke stadium malam esok (malam ini)," jelas Hamidin.
Suntikan moral amat diperlukan memandangkan Selangor kini ketiadaan pengurus pasukan selepas Datuk Satim Diman meletakkan jawatannya 18 Mac lalu dan Hamidin kini bertindak sebagai pengurus sementara.

Tiada ulasan: