Kawan-kawan setia

Rabu, 26 Mac 2008

Rakyat pilih ketua kampung


Berita Kosmo 26 March memaparkan kesungguhan kerajaan BA Perak untuk bersikap telus dalam segala hal melibatkan rakyat sehingga kepada perlantikan ketua kampong. Amalan kroni yang selama ii diamalkan oleh kerajaa BN dihapuskan. Semoga rakyat akan dapat melihat dengan hati yang terbuka betapa bertuahnya bila Islam memerintah sesebuah negeri.


IPOH - Mulai 1 Januari 2009, penduduk di 817 kampung di seluruh Perak berpeluang memilih sendiri ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui satu proses yang bakal diperkenalkan.
Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelaksanaan sistem baru itu diharap mampu memberi lebih banyak peluang kepada penduduk terlibat memilih ketua mereka.
"Jika di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa memilih diserahkan kepada rakyat, tiada sebab konsep yang sama tidak dilaksanakan di peringkat kampung.
"Kalau rakyat merasakan ketua kampung yang sedang berkhidmat ketika ini baik dan tidak perlu ditukar, mereka boleh meneruskan khidmat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK seluruh Perak bersama Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.
Jelasnya, proses pemilihan ketua kampung akan dilakukan secara terbuka dan semua penduduk bebas mencadangkan nama calon yang difikirkan layak.
"Kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan berkaitan melalui pejabat-pejabat daerah," katanya.

Tiada ulasan: