Kawan-kawan setia

Selasa, 15 April 2008

20,000 sambut 'pembebasan' Anwar

mSTAR melaporkan pada 15-04-2008 01:25:30 AM oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 orang hadir ke perhimpuan ‘Black 14’ bagi meraikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari sekatan undang-undang dan berpolitik di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini, Isnin.
Perhimpunan yang bertemakan ‘Dari black 14 ke arah kemenangan rakyat’ dilihat cukup bersejarah apabila Anwar yang juga Ketua Umum PKR tampil menyampaikan ucapan julung kalinya selepas kemenangan besar PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam ucapannya dihadapan para penyokong yang membanjiri padang kelab tersebut, beliau menyatakan bahawa kini Pakatan Rakyat sudah cukup bersedia untuk mengambil alih kepimpinan Persekutuan yang sedia ada pada bila-bila masa.
Anwar turut berjanji untuk membela nasib semua kaum yang terdapat di negara ini secara adil tanpa mengira pangkat dan darjat atau hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
“Kita tidak akan menumpukan kepada ketuanan satu kaum sahaja, tetapi kita akan mengutamakan ketuanan rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.
‘Black 14’ atau ‘Gelita 14’ penah disambut sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Perhimpuan aman yang dikawal ketat oleh pihak polis itu berakhir kira-kira jam 10.30 malam

Tiada ulasan: