Kawan-kawan setia

Selasa, 22 April 2008

7-perkara-jaminan-pakatan-rakyat-Perak

Berikut adalah 7 perkara dasar yang disepakati dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak untuk dilaksanakan dengan kadar segera seperti yang diucapkan oleh YB Nga Kor Ming di Himpunan Rakyat di Ipoh baru-baru ini Antaranya adalah:1. Memberi hak milik kekal selama 99.99 tahun kepada penduduk-penduduk di Kampong Tersusun dan Kampong Baru. Menurut YB Nga, ada dikalangan pemohonan itu dibuat semenjak tahun 1947 lagi dan terdapat juga pemohon yang meminta tanah tersebut telahpun meninggal dunia.2. Seluruh kompaun yang dikenakan sebelum pengangkatan sumpah Menteri Besar Perak oleh pihak Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah dilupuskan serta-merta.3. Mengecualikan kutipan cukai ke atas semua institusi-institusi pendidikan yang meliputi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Kebangsaan Tamil dan sekolah persendirian dengan hanya perlu membayar RM 1.00 sahaja setahun.4. Semua Barisan Exco dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing dan pengisytiharan ini akan didedahkan kepada rakyat negeri Perak untuk dibuat perbandingan sebelum dan selepas.5. Menetapkan 30% kuota terbuka diperuntukkan kepada semua pihak baik dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik ataupun rakyat negeri Perak yang berkemampuan sebagai Ahli Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah.6. Bersetuju menghapus gejala dan unsur-unsur nepostime dan krosnisme dengan mengadakan tender terbuka.7. Menghapuskan politik dan parti perkauman dengan menjadikan semua masalah kaum adalah masalah bersama. Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan agar semua kaum Cina di Perak berdiri teguh bersama-sama dalam Pakatan Rakyat



Diposting oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tiada ulasan: