Kawan-kawan setia

Selasa, 29 April 2008

Minta MPKj prihatin






Persimpangan yang merbahaya, hati-hati, itulah yang selalu kita dengar luahan pemandu yang seringkali terpaksa keluar ke bulatan seksyen 4 Bandar Baru Bangi, mungkin menuju ke kompleks PKNS, mungkin untuk ke Kajang atau ke mana sahaja. Bagi mereka yang tidak ingin kepada risiko tinggi mereka akan melalui Jalan 4 Tambahan dan sebelum persimpangan lampu isyarat membelok kiri ke Bualatan Bangi. Pengalaman saya, saya rasa ianya kritikal pada sebelah pagi dimana kenderaan terlalu banyak yang hendak keluar menyeberangi Pesiaran Pekeliling dan menyebabkan keadaan sesak dan berbaris panjang. Bagi pemandu yang tidak sabar menunggu, mereka ini terus memecut menyeberangi ke Pesiaran Pekeliling walaupun ia amat merbahaya. Jadi saya minta untuk ke sekian kalinya kepada MPKj cuba study semula persimpangan ini sebelum lebih banyak perkara buruk terjadi kepada rakyat kita di Bandar Baru Bangi ini. Juga kepada pemandu dari bulatan seksyen 4 tu pandulah perlahan, bagi peluang kepada penduduk Seksyen 4 menyeberang dengan selamat, dan pemandu dari UKM tu usahlah masuk terus ke Jalan 4/1 pada sebelah pagi, tetapi buat U turn di bulatan yang bukan jauh sangat pun....

1 ulasan:

peter smith berkata...

happiness today to my friend.

Trust, faith, love and smile

Lead you to happiness.