Kawan-kawan setia

Jumaat, 25 April 2008

Akhirnya Pembaharuan permit Makkal Osai diluluskan

Setelah desakan demi desakan dibuat oleh berbagai pihak akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meluluskan permohonan untuk memperbaharui permit percetakan akhbar harian berbahasa tamil, Makkal Osai. Pengurus Besar akhbar itu, S M Periasamy, dipetik berkata surat kelulusan itu telah diterima dari Pejabat Menteri Dalam Negeri hari ini. “Selepas mendapat surat itu kami terus ke Putrajaya untuk membuat pembayaran pembaharuan permit". Beliau berkata akkhbar itu akan mula beroperasi esok 25 April 2008. Menurutnya KDN tidak memberikan sebab atau syarat supaya akhbar itu lebih berhati-hati dalam penulisan mereka pada masa akan datang. Sebelum itu akhbar rasmi PAS Harakah telah memaparkan lawatan muhibbah kakitangan harakah bersama Pemuda PAS ke pejabat akhbar itu sebagai memberi sokongan moral supaya akhbar itu terus mendesak KDN meluluskan permit penerbitannya.

Tiada ulasan: