Kawan-kawan setia

Sabtu, 19 April 2008

Anwar saman Ka Siong RM10j

Seperti kata orang-orang tua lidah tidak bertulang, dengan lembut dan selamba manusia mencaci orang lain tanpa memikirkan akibat dari segi moral dan etika. Lajak perahu boleh diundur lajak kata buruk padahnya. Kes-kes saman dah semakin terdesak kini memandangkan fitnah dan lajak mulut dah semakin gairah terhadap orang lain walaupun mereka tahu zaman teknologi tinggi ini sesuatu yang terhambur dari mulut tidak hanya berhenti disitu tetapi merebak deras bakaikan virus kanser memenuhi ruang-ruang udara dan muncul dalam media cetak, eletronik, PDA, Ipod, handfon, youtube, webtv, disambung kupasan dalam blog dan sebagainya. Bagi yang menutur ia happy, dah lega, dah cakap dah sampaikan, demdam dah berbalas, namun bagi yang terlibat menanggung berbagai-bagi tanggapan orang ramai.

Inilah yang berlaku kepada DS Anwar, sejak dari 1988 hingga kini, belum berhenti menjadi tohmahan musuh politik beliau. Sebenarnya ganjaran RM10 juta idak boleh memadamkan aib yang lemparkan terhadapnya, cuma menjadi iktibar kepada orang lain jangan terlajak mulut. Mungkin sesetengah kita tidak sedar bahawa kesan PRU ke 12 juga datang dari ramai pemimpin BN lajak mulut dalam ghairah berkempen mencari undi. Bukan fitnah terhadap mereka tapi rakyat meluat dengan laporan segala media, ucapan-ucapan mereka ini terhadap lawan ketika kempen.
gambar hiasan

Utusan Malaysia - KUALA LUMPUR 18 April

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong yang didakwa memfitnah beliau semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap pada tahun lalu. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mengambil tindakan saman tersebut kerana mendakwa ucapan Ka Siong dalam ceramah pada 11 April tahun lalu telah menyebabkan ia diterbitkan dalam beberapa laman sesawang di Internet. Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Writ saman yang telah dimeterai akan diserahkan kepada Ka Siong selaku defendan selepas diperoleh dari mahkamah tersebut.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, Ka Siong telah mengucapkan kata-kata fitnah dalam ceramah di Machap, Melaka pada 11 April tahun lalu sehingga menyebabkan penerbitan artikel di laman sesawang Malaysiakini.com bertajuk Parties at their last leg of campaigning. Anwar selaku plaintif mendakwa, artikel mengandungi kata-kata menyinggung itu merupakan fitnah terhadapnya yang membawa maksud negatif sama ada secara semulajadi atau kiasan (inuendo) terhadapnya.
''Tindakan defendan tersebut dibuat dengan niat jahat sama ada secara nyata atau tersirat," katanya. Fitnah tersebut, dakwa beliau, telah menyebabkan reputasinya terjejas teruk sama ada di dalam mahupun luar negara dan telah menjadi skandal umum, kebencian ramai serta penghinaan mengakibatkannya mengalami kemurungan, kebimbangan dan malu.
Beliau mendakwa telah menuntut defendan menarik balik, meminta maaf dan ganti rugi tetapi Ka Siong enggan melakukannya. Plaintif antara lain menuntut ganti rugi pampasan sebanyak RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi bagi menghalang defendan, ejen, pekerja atau sesiapa pun melafaz, bercakap atau menerbitkan fitnah berkenaan

Tiada ulasan: