Kawan-kawan setia

Selasa, 1 April 2008

Anwar umum Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat semakin teguh, berbisa, gabungan BN menuju be end. Harian metro hari ini memaparkan langkah terkini Pakatan pembangkan dengan menubuhkan Pakatan Rakyat menggantikan BA (Barisan Alternatif). Pakatan Rakyat sememang tepat dengan suasana semasa di mana rakyat diberi peranan yang luas membina masa depan sendiri tanpa ada kepungan dari pihak pemerintah sebagaimana yang dilakukan Be End terhadap rakyat selama 50 tahun. Rakyat kini bernafas lega, harga barang stabil, minyak tidak dinaikkan, rakyat Selangor menikmati air percuma 20liter padu, rakyat Kedah dapat tiket percuma Piala malaysia, rakyat Penang dikecualikan membayar tunggakan saman dan sebagainya. Perubahan dan sensitiviti pemerintah seperti inilah yang didambakan dari BN selama ini namun hampa. BN terlalu ego dan sombong dari melayani kehendak rakyat. Malah saya masih ingat semasa protes BERSIH dahulu, dimana tuntutan tersebut tidak dipandang sebelah mata oleh pemerintah BN terutama PM yang dengan muka selamba sahaja, tanpa memandang walaupun sebelah mata. Nah..rakyat tunjuk sipa lebih berkuasa dalam PRU12 yang lalu. Tapi malangnya pemerintah BN tetap ego, walau pun ada suara-suara yang kedengaranya ingin membuat perubahan, namun hakikatnya masih ditakok lama, sombong dan ego. Tunggulah PRU ke 13 kita akan benamkan terus BN dari muka bumi ini InsyaAllah.

Harian Metro 1April 2008
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS hari ini bersetuju menggunakan perkataan “Pakatan Rakyat” bagi menggambarkan kerjasama antara ketiga parti itu, kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membawa perkara itu kepada parti masing-masing untuk mendapatkan persetujuan.“Nama Pakatan Rakyat ini akan disahkan selepas ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat antara ketiga-tiga pihak itu di ibu pejabat PKR di sini hari ini . Anwar berkata bagi memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat, satu Majlis Pimpinan yang terdiri daripada tiga ketua parti itu akan diwujudkan selain satu Sekretariat Bersama yang mempunyai wakil setiap parti. Katanya beliau hanya akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan itu dan bukannya menjadi ketuanya

Tiada ulasan: