Kawan-kawan setia

Rabu, 16 April 2008

Berita dari Lombok Indonesia - Yb Hj Taufek


Rombongan Malaysia telah berjaya mencantumkan kasih antara seorang ayah Che Ishak dan anaknya Che Siti Nor Azreen bila kita dapat bertemu di Pusat Perlindungan Anak Nusa Tenggara Barat di Bandar Mataram pada jam 9:45 pagi 15 April Lombok. Pertemuan air mata ini mudah-mudahan dapat membawa kepada penyatuan keluarga ini di Ladang Ulu Sawah, Rantau.Pada jam 7 malam setelah letih balik dari Pusat Sosial Lombok, menziarahi keluarga Edi Asnawi yang dipenjara di Malaysia, kami balik ke Hotel Jayakarta, Mataram. Sampai di lobi dengan pertolongan Allah , terdapat 15 orang ahli YB dari Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia sedang bermesyuarat di hotel yang sama. Mereka telah menyatakan kesudian untuk membantu. Setelah kami disukarkan dari segi birokrasi di Pusat Sosial dan polis, Alhamdulillah.Tunggu perkembangan selanjutnya.Doa dari anda semua amat diharapkan untuk permudahkan kerja kami, insyaAllah.

Tiada ulasan: