Kawan-kawan setia

Khamis, 24 April 2008

Berita Harian - Bicara kes Rasul Melayu ditangguh 28 Mei ini

SHAH ALAM: Perbicaraan kes Abdul Kahar Ahmad, 57, yang mendakwa dirinya Rasul Melayu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ditangguhkan selepas lelaki itu gagal hadir. Hakim Syarie, Abu Zaky Mohamad, menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh perbicaraan yang baru dan mengarahkan kedua-dua penjamin Abdul Kahar memastikan beliau hadir di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan itu. Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Muhamad Nazri Basrawi, memberitahu mahkamah pendakwa sudah memohon waran tangkap selepas Abdul Kahar gagal hadir pada perbicaraan lalu.
Katanya, Jais sudah menerima salinan waran tangkap dan usaha menahan Abdul Kahar dijalankan penguat kuasa Jais pada 5 Februari, 29 Februari, 3 Mac, 20 Mac dan 22 Mac lalu, tetapi gagal menemui Abdul Kahar. Beliau berkata, pendakwaan berpuas hati dengan laporan pegawai penguat kuasa Jais dan memohon mahkamah supaya mengeluarkan semula waran tangkap sehingga tertuduh dapat ditahan semula. Beliau juga memohon supaya tarikh perbicaraan yang baru ditetapkan.

Tiada ulasan: