Kawan-kawan setia

Sabtu, 26 April 2008

Berita Harian - Hishammuddin mohon maaf isu hunus keris

Nampaknya satu demi satu keburukan UMNO disedari dan diakui, yang terkini pasal keris pulak. Lepas ini kita harap-harap UMNO mengaku memperjuangkan perkauman mereka telah menyebabkan masyarakat Malaysia menolak BN. Sebelum ini kita sudah mendengar berbagai sebab BN kecundang, Hadhari, bongkak, sombong, celupar, kronisma, pecah amanah, menipu rakyat, menyalahgunakan hak kerajaan dan sebaginya. Pengakuan demi pengakuan ini dialu-alukan, tanda ada muhasabah diri, buang yang keruh ambil yang jernih dan perbaiki diri. Namun masih ada muka-muka baru, yang baru dinaikkan pangkat menjadi menteri, timbalan menteri pula mula lupa diri, lupa amanah terhadap rakyat malaysia, mula bersikap tidak rational yang sepatutnya belajar dari kesilapan., masih menganggap harta kerajaan adalah harta BN. Umpamanya RTM, mereka masih merasa ianya harta BN hinggakan ketua negeri-negeri yang sah pilihan rakyat dinafikan hak untuk barcakap menggunakan media RTM. Apa cerita ni?, buka mata tu luas-luas...

Laporan Berita Harian Oleh Azman Zakaria dan Saufi Hamzah
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam memohon maaf berhubung tindakannya menghunus dan mencium keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agung Umno sebelum ini, jika ia menjadi antara faktor menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2008. Katanya, kepada bukan Melayu beliau meminta maaf kerana tindakannya itu menyebabkan mereka ditakut-takutkan oleh politik persepsi dan gembar-gembur terhadap keris sebagai satu simbol, sedangkan itu bukan niatnya. Kepada orang Melayu pula, beliau memohon maaf kerana tidak dapat mempertahankan keris sebagai simbol warisan bangsa.
“Kalau realitinya begitu, saya bukanlah seorang yang angkuh dan bongkak sehingga tidak boleh menerima hakikat. “Ia satu pengajaran sedih tetapi jika hari ini politik memang sebegitu rupa, kita sebagai pemimpin mesti besar hati dan jiwa untuk sanggup meletakkan kedudukan BN lebih penting daripada segala-galanya. “Sebagai Ketua Pemuda, saya secara peribadi sanggup memikul tanggungjawab itu. Kalau ia menimbulkan keadaan yang memerlukan saya memilih antara diri dan parti, saya pilih parti kerana ia penting untuk kita wariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Tiada ulasan: