Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Mei 2008

Blog-blog Bangi semakin rancak

Alhamdulillah, satu perkembangan yang mengkagumkan bila mutakhir ini warga Bangi telah dihidangkan dengan kehadiran maklumat yang mencurah-curah dari bloger-bloger baru. Yang terkini ialah blog Dr Hamirdin, seorang professor yang mempunyai banyak maklumat yang beliau bukan sahaja boleh menulis tetapi disusuli dengan analisis secara akademik dan tepat. Tahniah kepada Profesor Hamirdin kerana sudi memberi buah fikiran kepada warga Bangi khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Beliau sejak dari mula menjadi blogger, dengan secara tetap dan komited menulis, updated, dan sumbangan tulisan beliau boleh dilayari dari http://hamirdin.blogspot.com.
Disamping blog baru, blog YB Dr Shafie juga telah mula dipenuhi dengan berita update aktiviti ADUN Bangi. Blog beliau yang sebelum ini seolah-olah tidur, telah mula segar memaparkan maklumat maklumat terkini secara berterusan dan telah memenuhi permintaan warga Bangi yang sentiasa dahagakan maklumat dari punca sebenar atau dari YB Bangi sendiri. Jadi untuk megetahui maklumat terkini dari YB Bangi sila layari http://drshafie.blogspot.com
Disamping blog PASBANGI yang merupakan suara dari PAS Bandar Baru Bangi 3, ada satu lagi mirror atau kembar PASBANGI iaitu PASBANGI3 yang dikendalikan oleh PAS Bangi 3 Tambahan (Bangi Perdana) juga merupakan blog yang aktif di Bangi. Kita mengharapkan lebih banyak lagi blog-blog yang akan mewarnai sumber maklumat, analisis dan komentar yang dapat menghidangkan kepada warga Bangi seiring dengan perkembangan terkini kemajuan negara.
Blog PAS Bangi 3 (induk) - http://pasbangi.blogspot.com
Blog PAS Bangi 3 Tambahan (Bangi Perdana) - http://pasbangi3.blogspot.com

Tiada ulasan: