Kawan-kawan setia

Sabtu, 19 April 2008

Blog PAS Bangi semakin meriah


Alhamdulillah dalam usia belum pun setahun jagung, blog PASBangi dan adik kembarnya PASBangi3 telah berjaya menghidupkan blog dengan kupasan dan berita terkini untuk tatapan peminat blog sekalian. Terkini PAS Bangi menerima sumbangan artikel sebagai penulis tetap blog PASBangi dari 2 orang profesor yang berkalibar dan terkenal sebagai penceramah juga penulis iaitu Dr Hamirdin dan Dr Fauzi Deraman untuk memeriahkan lagi blog ini. Jutaan terima kasih kepada Dr berdua atas penerimaan pelawaan penulis supaya memberi sumbangan buah fikiran kepada peminat blog dengan lebih ilmiah dan berintegriti. Ilmuan seperti mereka berdua ditunggu-tunggu oleh peminat blog dan tentunya ilmu yang ada dalam storage minda mereka seharusnya dicurahkan supaya rakyat dapat merasai manafaatnya.




Link Dr Fauzi boleh dilayari terus tanpa kupasan PASBangi melalui http://drfauzee.blogspot.com/ dan Dr Hamirdin melalui http://hamirdin.blogspot.com/

1 ulasan:

sniper berkata...

Nazri: Bodoh desak PM berundur
Apr 19, 08 6:02pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata perbuatan setengah ahli Umno yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakkan jawatan, adalah tindakan yang bodoh.

Sambil menyatakan mereka sebenarnya tidak faham makna demokrasi, beliau berkata, adalah tidak wajar bagi pemimpin Umno untuk mendesak Abdullah melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno kerana ia bermakna menafikan hak rakyat yang telah mengundi Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara.

"Dalam pilihanraya umum bulan lepas, rakyat telah memilih BN sebagai wakil majoriti dalam Parlimen dengan 140 kerusi yang melayakkan pemimpin BN menjadi perdana menteri.

"Ini bermakna rakyat, yang mengetahui bahawa BN bertanding dalam pilihanraya dengan Pak Lah sebagai pemimpin BN, sedar bahawa jika BN menangi kerusi terbanyak, dengan itu Pak Lah akan menjadi perdana menteri.

"Dengan meminta Pak Lah mengundurkan diri, dengan itu mereka sebenarnya memberitahu pengundi bahawa mereka tidak boleh menjadikan Pak Lah sebagai perdana menteri. Apakah hak mereka untuk berkata begitu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

‘Bukan semua menteri cerdik'

Sambil menggesa ahli Umno untuk berhenti mendesak Abdullah meletakkan jawatan, Bernama memetik Nazri sebagai berkata adalah salah untuk berbuat demikian.

Katanya, Umno sepatutnya menumpukan untuk mentadbir negara ini dan menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat sebelum mereka kehilangan sokongan orang ramai.

"Saya fikir apa yang rakyat mahukan sekarang ialah bagi kami untuk mula mentadbir negara. Mereka sudah bosan diberitahu mengenai apa yang nak dibuat, kini mereka mahu kami mentadbir, bukan Umno memberitahu mereka yang Pak Lah tidak layak menjadi perdana menteri," katanya.

Ditanya pendapatnya mengenai beberapa menteri yang turut meminta Abdullah meletakkan jawatan, Nazri berkata: "Hanya kerana mereka adalah menteri, ia tidak bermakna yang mereka tahu segalanya. Bukan semua menteri cerdik.

"Tetapi kenapa anda terkejut mengenai apa yang menteri berkenaan katakan. Bekas perdana menteri juga berbuat perkara yang sama. Ini mungkin menyebabkan saya tidak popular tetapi saya fikir apa yang saya katakan adalah betul," katanya.