Kawan-kawan setia

Ahad, 27 April 2008

Britney Spears converts to Islam?

Mungkin berita ini tidak berapa dipedulikan di malaysia, sebabnya berkemungkinan hanya rumors yang dicipta dan disensasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk memainkan emosi umat Islam kemudian ianya terbukti hanya khabar-khabar angin semata-mata. Kita masih ingat tentang kisah Islamya Niel Amstrong, begitu dramatik diceritakan dan umat Islam pun melopong terpesona lalu melupakan berita yang lebih bernilai dan prioriti. Begitu juga disensasikan dengan berita Islamnya Michael Jackson, Mike Tyson, Lady Diana dan ramai lagi. Abang Michael Jackson, Jeramine memang disahkan penganut agama Islam, pernah memberikan AlQuraan kepada Michael tetapi beliau mengatakan setakat ini Michael belum menunjukkan apa-apa respons. Audio yang disebarkan yang mempunyai mirip suara Michael menyanyikan lagu nasyid memuji Allah dan mengaji sebenarnya suara seorang penyanyi lain.

Terkini warga internet digegarkan dengan Islamnya penyanyi Amerika yang sangat terkenal dengan berpakaian tak senonoh dan berperangai tak senonoh tetapi menjadi ikutan sekalian remaja seluruh dunia termasuk remaja Malaysia iaitu Britnet Spears. Britney diwar-warkan memelok Islam yang berkemungkinan untuk berkahwin dengan kekasih barunya Adnan Ghalib, seorang paparazi bangsa Pakistan. Adnan (foto bersama Britney di atas) mula rapat dengan Britney selepas Britney melalui detik-detik getir kehidupan bila popularitinya mula menurun, ditambah dengan krisis keruntuhan rumahtangganya serta terbabit dengan perebutan hak penjagaan anaknya. Tekanan itu menjadikan Britney semakin liar dan akhirnya dihantar ke pusat pemulihan. Sejak itu dia mula rapat dengan Adnan yang dipercayai seorang penganut Islam walaupun sebelum ini umum mengetahui dengan jelas Adnan sentiasa memaki kalung leher yang tergantung lambang salib. Tak tahulah Islam jenis apa seperti ini tetapi rasanya Islam Hadhari tentu sekali bukan, mungkin mazhab baru iaitu mazhab sesat walbarat. Ada orang kata jangan hukum orang lain dengan hanya memandang luaran, Iman hanya Allah yang tahu, terserahlah.

Selain dari sebab untuk mengahwini Adnan, ada juga berita mengatakan Britney sebenarnya mencari kedamaian yang terdapat didalam Islam seperti ramai remaja-remaja lain di Amerika kini, lalu mengikuti kuliah-kuliah seorang ulama Islam yang terkenal di Amerika dan akhirnya membawa kepada pengIslamannya. Ekoran dari berita yang disensasikan ini laman-laman blog di Amerika, Eropah dan Timur Tengah tegang, dipenuhi dengan komen-komen pro dan kontra terhadap kehadiran Britney seorang yang rosak akhlaq menjadi salah sorang penganut Islam. Pada pandangan Islam jika ianya benar apa salahnya, manusia yang lebih terok lagi pun tak ada masaalah jika mereka ikhlas untuk kembali kepada Islam.

Apa-apapun jika berita ini memang sahih Alhamdulillah, kita alu-alukan beliau, dan berharap Adnan akan dapat membimbing kearah seorang muslimat yang sejati. Khabarnya Britney akan mengikut Adnan ke Pakistan dan kemungkin akan tinggal bersama mertuanya di nagara itu. RJTV berusaha mendapatkan video-video berita ini dan disiarkan dalam salah satu slot terkini, sila layari http://worldtv.com/rjtv. Dalam video ini memaparkan peristiwa pengislaman Britney Spears dan sedikit interview dengannya, tetapi tak berapa jelas benarkah yang mengucap syahadah bersama beberapa remaja Amerika yang lain itu sebenarnya Britney Spears, pembaca mungkin lebih mengenali beliau dari saya. WalLau A'lam.

Tiada ulasan: