Kawan-kawan setia

Rabu, 9 April 2008


BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang.

Petikan Utusan malaysia 9 April 2008 menunjukkan ketua kampung Tumbuk menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi. Amboi tok ketua, berpuloh tahun berada disitu tak pernah busuk, bila PR mengambil alih kerajaan negeri dan-dan hidung mula berbau busuk. Inilah sebahagian dari sandiwara pecacai BN yang dah nak reput memutar belikan situasi demi mendapat penghormatan dari pemimpin mereka.

Kisah babi dan Sepang bukan baru, dah berpuluh tahun dimana ada yang haram dan ada yang dihalalkan dengan memberi lesen penternakan oleh kerajaan BN dulu. Apa yang kerajaan PR nak lakukan ialah memberi peluang kepada penternak babi yang telah mendapat lesen dari kerajaan dulu, menternak babi secara sistematik dan tidak memberi kesan kepada orang ramai dan alam sekitar. Salahkah kerajaan melayani kehendak rakyatnya yang bukan Islam sebagaimana perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.

Tidak dinafikan babi adalah perkataan sensitif dan haiwan yang sensitif bagi umat Islam. Namun laporan media yang mensensasikan situasi amatlah dikesali, sehingga DJ TV yang dia sendiri berada didalam haram sebab tidak bertudung pun mengeji PAS kerana tidak tahu akan haramnya babi. Dengan lenggok gaya yang memualkan DJ wanita tersebut memperincikan hukum dengan penuh emosi.

Rumusannya kita sebagai pendokong PR jangan mudah melatah dengan lenggok tarian pecacai BN, dan beri keprcayaan kepada pemimpin kita untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat perbagai kaum dan etnik, berlainan kepercayaan dan anutan.

Tiada ulasan: