Kawan-kawan setia

Ahad, 20 April 2008

Dr Shafie, Rakyat Bangi dan kabinet Mini DUN Bangi

Kali ini saya terasa sangat ingin menulis 3 elemen penting dalam DUN Bangi yang pada PRU ini dimenangi oleh satu parti yang berjuang di atas dasar yang paling syumul iaitu Parti PAS. Saya melihat DUN Bangi seolah-olah klon sebuah negeri yang diperintah oleh seorang ulamak yang menggabungkan dalam diri beliau 2 komponen sekali gus iatu ulamak dan umarak iaitu negeri Kelantan. Rakyat Kelantan seperti yang kita maklum, sangat "selective", mana-mana parti atau personal tanpa mengira asalusul boleh diterima dan dipilih dengan bersyarat. Jika didapati dan disahkan tidak "comply" dengan syarat tersebut maka nyahlah kamu dari kerusi ADUN atau parlimen kami, kami akan pilih yang lain dikesempatan seterusnya. Rakyat Kelantan menjadi begitu unik dan seolah-olah sangat bijak dan matang berpolitik kerana rakyatnya tanpa mengira status pengajian akademik, merupakan perantau, yang merantau segenap pelusuk bumi Malaysia dan mereka usah dikelentong dengan situasi negeri-negeri lain, mereka telah melihatnya dengan mata sendiri. jadi bila pemimpin BN begitu beria-ia berkempen mengatakan masyarakat luar Kelantan maju, berkemajuan tinggi, kaya raya, jika memilih BN Kelantan akan maju semajunya, kaya sekayanya...maka BN disepakditerajang, kenapa...? Kerana mereka cuba kelentong rakyat Kelantan atas darat. Mereka tahu keadaan negeri yang dikatakan maju itu, mereka tahu apa BN buat dan mereka maklum sangat-sangat kepimpinan Tok Guru diKelantan.
Mengapa pula saya kaitkan Kelantan dengan DUN Bangi?, seperti yang saya katakan sebelum ini pengundi DUN Bangi adalah klon pengundi Kelantan, sedar atau tidak. Jadi jika pilihan rakyat sekarang ini tidak berfungsi dengan tepat, tidak "comply" dengan hasrat rakyat Bangi, dibimbangi PRU ke 13 PAS akan ditendang dari DUN Bangi. Dengan majoriti besar yang diperolehi oleh ADUN sekarang, begitulah besarnya harapan rakyat Bangi ingin melihat performan ADUN Bangi bekerja untuk mereka. Dan kita memang maklum rata-rata rakyat Bangi terdiri dari mereka yang ilmuan, edukated, elit dan sewaktu denganya.
Dr Shafie, seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, seorang yang kuat bekerja, sensitif pada kehendak rakyat, sangat merendah diri lalu dari segi peribadi memang menepati, "comply" dengan selera tinggi rakyat Bangi. Kisah komitmen Dr Shafie kepada Bangi, Bandar Baru Bangi dan kajang khasnya bukan cerita dongeng atau hanya cita-cita, bahkan telah terbukti semasa beliau diamanahkan sebagai ADUN Kajang dalam PRU ke 10 (1999 - 2004). Dengan sokongan dan kemampuan yang terhad, Dr Shafie berjaya meladeni keperluan rakyat dengan jayanya. Tindakan beliau melantik 21 fortpolio mini kabinet ADUN Bangi sekarang merupakan manifestasi kesungguhan beliau ingin berkhidmat kepada rakyat Bangi semaksimum mungkin. Dari itu penulis yakin, tidak ragu-ragu pada Dr Shafie untuk bertugas sebagai ADUN dengan cemerlang, gemilang dan tanpa temberang.
Tandatanya sekarang ialah Ahli Kabinet Mini ADUN Bangi,..mampukah AJK Bertindak yang dilantik, bertindak, bergerak selari dengan vision Dr Shafie atau pun selangkah dibelakang gerakan Dr Shafie pun memadai. Maaf cakap kata orang, sehingga hari ini sudah 1 minggu perlantikan dibuat, RAKYAT masih tidak nampak riak gerakan dari AJK Bertindak. Rakyat tidak berada dipejabat ADUN Bangi jadi mereka tidak tahu tentang perancangan Badan Bertindak dari segi perancangan, yang mereka akan nampak ialah pelaksanaan. Rakyat akan berada dilokasi tertentu, dirumah, dijalan raya bila bergerak kesesuatu tempat, dipasar, ditaman permainan, di surau dan sebagainya. Ditempat-tempat inilah mereka akan melihat dan memerhatikan kelibat kesan kerja ADUN Bangi terhadap rakyat. Amran Kasimin ditendang rakyat Bangi termasuk partinya sekali kerana sepanjang 4 tahun bergelar ADUN tiada apa kesan kerja ADUN yang rakyat nampak. Jadi untuk menampakkan kerja keras ADUN Bangi terhadap rakyat Bangi, jalan pecah berlopak mesti berturap, taman-taman permainan, rekreasi mesti selamat dan berfungsi, kebersihan dipasar-pasar terjaga, lampu-lampu jalan terang menerangi dan sebaginya. Selain menampakkan tugas yang dibuat secara realiti, mesti dihebahkan melalui media. Inilah salah satu sebab dan tujuan saya mewujudkan webTV supaya ADUN Bangi memenafaatkan media yag terhad ini selain media konvesynal yang sedia ada. Saya sedia bekerjasama dengan YB ADUN Bangi bila diperlukan bahkan kebanyakan video dalam rjTV saya rakam dan muatkan secara rasa tanggung jawab membantu ADUN Bangi walaupun tidak pernah diminta.

2 ulasan:

daud also known as DMZ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
daud also known as DMZ berkata...

Cuba-cubalah sesekali jeling sikit blog YB ni...http://drshafie.blogspot.com/
lambat sangat di update...cuba lihat blog YB DR. HASAN ALI ni, selalu je di update...
http://n17gombaksetia.wordpress.com/