Kawan-kawan setia

Rabu, 23 April 2008

Fenomena menakutkan



Menyembah bumi: Seorang kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menunjukkan skru menara yang dibuka pihak tidak bertanggungjawab yang disyaki mencuri sebanyak 20 batang besi menara (foto Utusan Melayu dan Berita Harian).

Kali ini saya ingin berbicara tentang aktiviti vendalisma terhadap prasarana awam yang saya rasa pada tahap yang amat serious. Terbaru sebuah menara TNB tumbang menyembah bumi dek kerana skrunya dibuka untuk mengambil tiang-tiang besi penyokong untuk dijual. Peristiwa ini bukan peristiwa kelakar bujang lapok, tetapi menggambarkan betapa teroknya akhlaq sebahagian rakyat Malaysia. Kes-kes mencuri prasarana dan vendalisma ini bukan baru sekali malah telah berulang-ulang, menyebabkan semua pihak berkenaan menanggung kerugian dan kesan yang serious. Bayangkan bila menara TNB tumbang, kesannya sudah pasti melibatkan institusi kewangan yang menjalankan transaction elektronik berjuta-juta RM, hospital, klinik yang mengoperasikan life support, pembedahan, yang melibatkan nyawa manusia, petrol-petrol station kehilangan hasil jualan, supermarket, pejabat-pejabat kerajaan dan banyak lagi.
Itu baru tiang TNB, ada lagi,..tiang telekom, kabel Telekom dan TNB, penutup-penutup parit dan longkang, meter air dan besinya sekali, entah apa-apa lagi. Yang menghairankan kita tiadakah formula atau mekanisma yang berkesan yang membolehkan keaiban ini dibentras. Bila dicuri mesti dijual, lemah sangatkah pihak berkuasa kita hinggakan tidak boleh buat penyiasatan seterusnya membawa mereka ini kemuka pengadilan.
Petikan Utusan malaysia
KOTA KINABALU 22 April – Gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan hampir dua juta penduduk Sabah terpaksa ‘bergelap’ malam tadi berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencuri besi palang penyokong sebuah menara kabel elektrik di Kampung Suang Parai dekat sini.
Polis mendapati besi palang itu telah dicuri beberapa hari lalu mengakibatkan menara tersebut tumbang dan menjejaskan penghantaran bekalan elektrik ke hampir 90 peratus daerah di negeri ini.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis sedang mengesan individu yang mencuri besi itu dengan bantuan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
“Kes ini adalah kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," kata Ahmad Sofi kepada pemberita selepas melawat tempat menara kabel itu tumbang di sini hari ini.
Menurut beliau, polis yang menerima laporan daripada SESB lewat malam tadi menggerakkan anggotanya melakukan siasatan menyeluruh termasuk mencari bukti di kedai-kedai membeli besi buruk.
Sementara itu, Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Din melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Mereka mencuri 20 palang besi pada menara kabel itu yang harganya dianggarkan cuma RM40. Kerana hendakkan RM40, ia menjejaskan ekonomi negeri yang bernilai jutaan ringgit,” katanya

Tiada ulasan: