Kawan-kawan setia

Ahad, 27 April 2008

Gotong Royong perdana Bandar Baru Bangi






Sebagaimana yang dirancang pagi ini 27April 2008, telah berlangsung program gotong royong perdana di seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Program telah dirasmikan oleh YB ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar dan turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan yang berpejabat di Bangi. Turut hadir Controller PKNS Bangi Puan Siti Zubaidah Abd Jabar dan Yang Di Pertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi Dr Tajul Arifin Nordin. Dalam ucapan perasmian Dr Shafie mengingatkan kepada semua pihak supaya terus memberi komitmen kepada kebersihan persekitaran supaya impian Bandar Baru Bangi untuk muncul sebagai Bandar bersih dan sejahtera akan tercapai. Beliau juga mencadangkan di adakan anugerah kepada kediaman yang bersih, pejabat yang bersih, kedai/premis perniagaan yang bersih dan taman yang bersih supaya dapat memberi galakan kepada semua warga Bandar Baru Bangi supaya terus mengekalkankebersihan persekitaran. Beliau menekankan bahawa amatlah tidak layak bagi Bandar Baru Bangi yang terkenal dengan bandar ilmu kerana mempunyai berbagai universiti dan institusi pengajian tidak mampu menterjemahkan keilmuan tersebut ke dalam persekitaranya sendiri.


Dalam ucapan alu-aluan YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi Dr Tajudin mengharapkan pihak berkuasa dapat mewujudkan sistem pembuangan sampah yang sistematik disamping perlunya pemantauan dibuat mengikut jadual. Dr Tajudin juga kesal dengan sikap sebahagian kecil peniaga yang mengambil mudah tentang menjaga kebersihan kawasan perniagaan. Tindakan menyaman peniaga berkemungkinan tidak dapat dielak jika para peniaga masih lagi gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Tiada ulasan: