Kawan-kawan setia

Selasa, 15 April 2008

Jamuan rakyat PAS Melaka berjaya himpun pelbagai kaum

Sedutan Harakahdaily laporan Zaili Muhammad Tue Apr 15, 08 7:28:17 am MYT
JASIN, 15 April (Hrkh) - Sambutan orang-ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat ke jamuan rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Melaka, Sabtu lalu, di sini, membuktikan bahawa 'Pakatan Rakyat' semakin mendapat tempat di Melaka.
Jamuan itu diadakan bagi meraikan petugas dan semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu sama ada dari segi tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan kejayaan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/BN.
Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed; Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad; Calon Bukan Islam PAS, P Kumuta Raman; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan Timbalan Pengerusi KeADILan Melaka, Lim Swee.
Orang-ramai mula membanjiri Dataran Hamas di Jasin itu pada jam 5 petang untuk menikmati jamuan yang disediakan, manakala pada sebelah malamnya diadakan ceramah umum daripada pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir. Ustaz Ghani dalam ucapannya melahirkan kegembiraan di atas sambutan hebat diberikan oleh rakyat Melaka terdiri daripada pelbagai kaum yang datang beramai-ramai ke majlis itu dan menyatakan bahawa ini adalah satu kejayaan besar dalam meruntuhkan tembok penghalang antara kaum terhadap PAS yang dibina oleh Umno Melaka selama ini.
Beliau juga berharap momentum ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi bagi menumbangkan Umno/BN pada PRU ke-13 nanti. "Kita harap kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP ini dapat diteruskan serta dipertingkatkan lagi bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil-alih pemerintahan di Melaka ini kerana kita lihat rakyat sudah mahukan perubahan walaupun PAS dan KeADILan belum lagi memenangi kerusi," kata beliau. - mks.

Tiada ulasan: