Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Mei 2008

Jom Heboh Semakin Tidak diperlukan

Dari Kelantan ke Perak sekarang mufti Perlis secara tidak langsung mengharamkan konsert dalam program 'Jom Heboh' TV3. Jabatan Mufti Perlis walaupun membenarkan namum telah mengemukakan garis panduan ketat dan berat sekali untuk dipatuhi oleh TV3 sebelum konsert hiburan diadakan. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri menekankan bahawa "Jom Heboh tanpa konsert adalah satu keutamaan" jika ia hendak diadakan."Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk dan memalukan seperti Faizal Tahir yang telah menangggalkan baju semasa konsert atau artis lain daripada aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan dan kewarasan hidup tidak boleh dibenarkan". Kenyataan Dr Asri yang dimuatkan di dalam blog beliau, menyebut bahawa senarai artis yang bakal mengadakan persembahan diwajibkan mendapat persetujuan Jabatan Mufti Negeri Perlis. "Secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi dan nasyid seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan dan kumpulan-kumpulan nasyid di tanah air," kata Dr Mohd Asri. Program stesen TV swasta itu yang pada asalnya dikenali karnival 'Sure Heboh' dilancarkan pada Julai 2003 dengan berlatar belkangkan lagu Jenifer Lopez yang antara liriknya "Lets Get Louds" sebelum diubah namanya seperti sekarang pada 2006 iaitu Jom Heboh. Program bergerak setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia sekian lama telah mendapat bantahan Majlis Mufti Malaysia pada 30 Julai 2004. Lebih menampakkan serious lagi para mufti dan umat Islam terhadap moral Jom Heboh, apabila mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria - mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh itu haram kerana melalaikan dan menggalakkan maksiat. Walaupun mufti negeri tetap membantah Jom Heboh dengan alasan sama, program tersebut terus diadakan di Ipoh pada 5 dan 6 Mei tahun lepas dan diberitakan turut mendapat kerjasama dari pihak berkuasa negeri. Bagaimanapun TV3 dilaporkan tidak mengadakannya di negeri itu, tahun ini mungkin kerana syarat ketat yang dikenankan terhadap penganjur oleh kerajaan negeri Perak. Merujuk kepada syarat-syarat tambahan yang disarankan mufti Perlis termasuklah: Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat tidak boleh dibenarkan. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan, termasuk larangan jualan barang-barangan dianggap khurafat dan tahyul seperti kayu koka dan sebagainya. Penganjur juga mestilah menghormati sensitiviti orang Islam iaitu antaranya tidak menguatkan bunyi-bunyian pada waktu solat kerana pastinya akan kelihatan seperti tidak menghormati agama

2 ulasan:

PulaiBistari berkata...

Setuju sangatt.. sepatutnya Dr asri tidak segan silu memfokuskan juga artis wanita yang tidak menutup aurat untuk diharamkan dari persembahan di konsert tersebut.

Kalau ada duit lebih untuk berjariah, sila layari http://pulaibistari.blogspot.com/
Terima kasih untuk sumbangan anda, harap dapat dipanjang2kan kepada seluruh muslimin/muslimah sekalian..

SMNS berkata...

assalamualaikum.

memang tak wajar ada JOM HEBOH tu. bermaharajalelenya kemaksiatan. apa pemimpin agama yang duduk di kerusi mewah kerajaan tak boleh nak bersuara ke? dulu ana pernah buat artikel di akhbar mengenai JOM HEBOH TV 3 ni. tapi masih sepi pandangan orang agam yang dalam keadaan selesa di barisan kerajaan tu.

"YA ALLAH BERIKANLAH PETUNJUK PADA HATI-HATI YANG ENGKAU INGIN BERIKAN PETUNJUK. JAUHKANLAH KAMI DARI AZABMU YANG AMAT PEDIH LAGI BERAT"

YB teruskan usaha menghapuskan kemungkaran.

bersama kami pemimpin yang melaksanakan Perintah juga suruhan Agama dan membenteras kemungkaran dan kemaksiatan...

takbir!!

ALLAHU AKBAR