Kawan-kawan setia

Ahad, 13 April 2008

Kabinet Mini DUN Bangi





Bandar Baru Bangi 13 April 2008


DUN Bangi selangkah ke depan dengan menyediakan kabinet bayangan yang diformulakan dari manifesto PAS iaitu DUN sejahtera, Aman, Mementingkan Ilmu, prihatin dan berkebajikan. Dalam kenyataan media semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Serdang sebentar tadi, YB Dr Shafie menegaskan bahawa kabinet Mini DUN Bangi ini adalah merupakan peningkatan peranan dan kualiti dari AJK bertindak DUN Kajang yang pernah diwujudkan pada masa Bangi terletak di bawah DUN Kajang dan YB Dr Shafie merupakan ADUN Kajang masa itu (1999 - 2004).

Tujuan utama pembentukan dan perlantikan AJK bertindak Kabinet Mini DUN Bangi ini antara lain untuk membantu ADUN Bangi mencari pendekatan terbaik dan efektif bagi melaksanakan tugas-tugas terhadap masyarakat DUN Bangi menurut kepakaran masing-masing. Selain dari itu perlantikan adalah juga sebagai penghormatan terhadap mereka yang bertungkus lumus bekerja selama ini membantu PAS memenangi DUN Bangi.

Masyuarat Agong PAS Kawasan serdang sesi ini merupakan satu sejarah kerana dapat diadakan dalam suasana lebih selesa iaitu di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati yang memenuhi ruang dewan Kompleks PKNS ini telah menyuntik semangat untuk bekerja lebih keras bagi mempertahankan kemenangan DUN Bangi ini. Dalam ucapan perasmiannya YB Ir Khalid selaku Ahli Parlimen Shah Alam menasihatkan pejuang dalam PAS ini menukar arah pemikiran (shift paridigm) dari pembangkang kepada kerajaan. Ahli PAS perlulah bersedia memberi khidmat terbaik dan bekerja dengan ikhlas kepada rakyat sesuai dengan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu.


>>Dapatkan teks penuh kenyataan media YB DUN Bangi dan foto-foto dalam blog akan datang

Tiada ulasan: