Kawan-kawan setia

Selasa, 22 April 2008

Kah Choon sedia dikritik

22/04/2008 2:55pm
PULAU PINANG 22 April – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon berkata, beliau sedia menerima sebarang kritikan berikutan persetujuannya menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi InvestPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP. Katanya, beliau menunggu tindakan daripada pucuk pimpinan Gerakan berhubung kedudukannya dalam parti selepas menerima tawaran memegang kedua-dua jawatan itu daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Kerja saya dalam InvestPenang tidak ada kaitan dengan politik dan tak semestinya saya dalam InvestPenang saya kena berundur daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menemui beliau di pejabat InvestPenang di sini hari ini.
Ditanya kemungkinan beliau menyertai DAP pada masa akan datang, beliau berkata: “Politik sudah menjadi sejarah buat saya. Biarlah ia begitu.” Menurutnya, ketika ini tumpuan akan diberikan untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dalam PDC dan InvestPenang.Kah Choon yang memulakan tugas barunya Jumaat lepas, melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac berikutan kekalahan teruk parti itu pada pilihan raya umum lalu. — BERNAMA.

Tiada ulasan: