Kawan-kawan setia

Isnin, 28 April 2008

Laporan Utusan Malaysia - Misteri beg berisi RM1.2j terjawab

Oleh TAN MING WAI
PETALING JAYA 27 April - Misteri pemilik sebuah beg mengandungi wang tunai RM1.2 juta yang ditemui di bilik persalinan gimnasium di Subang Jaya dekat sini pada 18 April lalu kini terjawab. Wang itu difahamkan milik sebuah syarikat yang berpusat di Shah Alam. Ia dipercayai dicuri oleh seorang pekerja syarikat itu sebelum menyimpannya di gimnasium tersebut. Suspek adalah ahli kelab itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siapa yang meletakkan wang tersebut di gimnasium itu terjawab apabila seorang lelaki, 41, menyerah diri dan mengakui perbuatannya kepada polis, semalam. Beliau menambah, lelaki itu telah dikenakan tahanan reman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan polis. ‘‘Antara fokus siasatan polis ialah untuk mengenal pasti kebenaran keterangan suspek serta mungkin ada pihak-pihak lain terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mesra Polis dan Penduduk Damansara Damai di sini hari ini.
Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai pengurus kanan kewangan di syarikat terbabit telah menggunakan kedudukannya untuk menggelapkan wang tunai RM1.2 juta itu. Jumlah wang tersebut ialah sebahagian daripada RM4 juta yang dikeluarkan dari akaun syarikat sebagai peruntukan bagi membiayai satu projek. Berita beg misteri itu diketahui umum apabila seorang penyelia menjumpainya ketika mahu menutup gimnasium itu pada pukul 12 tengah malam. Bagaimanapun polis yang menerima laporan mengenai kes tersebut turut menemui jalan buntu kerana tidak ada petunjuk dan kesan cap jari juga tidak ditemui pada beg, sehingga suspek menyerah diri, semalam. Ekoran perkembangan itu, polis juga difahamkan tidak lagi menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 22 Akta Polis 1967 iaitu harta yang tidak dituntut

Tiada ulasan: