Kawan-kawan setia

Khamis, 24 April 2008

Majlis Perbandaran Kajang kurang perihatin

Berdasarkan pengalaman saya membuat aduan melalui e aduan, sehingga kini tiada tindakan yang di ambil oleh MPKj. Saya rasa aduan saya sudah hampir 2 minggu berlalu namun tiada tanda-tanda akan dilaksanakan. Aduan pertama saya ialah jalan 4/1, Bandar Baru Bangi yang berlopak-lopak menyebabkan kenderaan yang lalu menghadapi kesukaran. Mereka yang melalui jalan itu dari atau ke stesyen Petronas seksyen 4 tentu menyumpah seranah keadaan jalan yang mungkin membahayakan penunggang motosikal dan ada yang membrek kecemasan untuk mengelak jalan pecah lalu dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain. Aduan saya yang kedua ialah simpang tiga dari Pesiaran Pekeliling memasuki Jalan 4/1. Simpang tiga ini pada waktu pagi sangat sibuk dan menyukarkan penduduk yang ingin menyeberangi dari Jalan 4/1 keluar menuju ke bulatan kerana terpaksa menghadapi kenderaan dari bulatan dan kenderaan yang memasuki Jalan 4/1. pernah berlaku kemalangan disini kerana pemandu yang beratur panjang untuk keluar hilang sabar kerana terlalu lama menunggu.
Cadangan saya kepada aduan kedua supaya ditutup sahaja laluan masuk ke Jalan 4/1 dari pesiaran Pekeliling supaya membolehkan pemandu dari Jalan 4/1 senang keluar ke Pesiaran pekeliling ke bulatan atau di adakan lampu isyarat. Namun hingga ke waktu ini aduan saya masih belum ada tanda-tanda akan diambil tindakan. Perlukah ada kes kemalangan serious baru tengadah dan bertindak atau perlukah aduan ini di buat salinan kepada YB ADUN Bangi atau YAB Menteri besar baru ia bergerak. MPKj walaupun berpusat di Kajang, jengok-jengoklah penduduk Bandar Baru Bangi.

5 ulasan:

daud also known as DMZ berkata...

Agak macam itu kut cara kakitangan MPKj bekerja, jadi kerajaan yang baru ni cubalah cari jalan macam mana untuk membentuk kakitangan MPKj tu lebih positif dan proaktif....mungkin dah terlalu biasa dengan cara lama.....

aziza berkata...

sama kes seperti saya dimana kawasan di Taman Seri Mewah jelan menuju ke kawasan perumahan kami rosak teruk. sudah hampir 3-4 bulan lepas saya membuat aduan. namun masih tiada tindakan.

aziza berkata...

boleh pihak Dr Shafie datang melawat kawasan kami di Taman Seri Mewah Dan Taman Bukit Mewah Fasa 8A di Kajang. Adakan satu majlis beramah mesra bersama rakyat disana.

Iznan berkata...

Biasa MPKj ni nak kena dapat surat baru begerak... cuba sertakan surat dan gambar, ia mungkin lebih proper.

haji berkata...

kami penduduk TAMAN SEMENYIH RIA juga mengalami nasib yang sama dimana ada restoran yang mengeluarkan bunyi bising(berkaraoke) sehingga larut malam.walaupun aduan telah dibuat namun tiada tindakan daripada MPKJ.Mereka seolah-olah tidak menjalankan AMANAH yang diberikan sedangkan kami juga penbayar cukai yang taat.