Kawan-kawan setia

Rabu, 16 April 2008

Malaysia ke era baru pimpinan PR

Adalah diluar dugaan, tapi ianya impian majoriti rakyat, terutama yang datangnya dari kumpulan Islam dan pencari keadilan sejati, satu tembok pemisah antara agama, antara bangsa-bangsa di Malaysia tercinta ini ROBOH dalam PRU ke 12 yang lalu. Adakah ianya hasil perjuangan atau anugerah Ilahi, sampai kini kita masih dalam kejutan lagi. Dalam PRU yang lalu terlalu banyak perkara ajaib berlaku, sebagai contoh di Bangi Lama, West Country Seksyen 5 Bandar Baru bangi, Broga Semenyih, dan banyak lagi tempat di malaysia, terutama di Kelantan, Kedah, Perak, bangsanya bukan Melayu bahkan bukan Islam, mendirikan bilik-bilik gerakan parti PAS..., Pari Islam SeMalaysia.., pada saya amat mencarik adat, luarbiasa. Tembok yang selama ini memisahkan anatara bangsa dan agama ini dibina dan dicanang begitu hebat oleh parti pemerentah dengan label PAS ialah sebuah parti Islam, sebuah parti extremis, PAS sukakan keganasan dan berbagai jenama lagi, runtuh dalam sekelip masa. Selepas itu keturunan bukan Islam boleh dilihat biasa saja dalam program-program PAS, tiada takut-takut, tiada kekok-kekok seolah telah tergaul dengan mesra sebagai satu keluarga besar yang mempunyai cita-cita yang satu, membina sebuah negara yang ADIL, untuk semua bangsa dan agama.
Saya masih terngiang-ngiang satu ucapan keramat yang terhambur dari seorang bansa Cina diKelantan, menegur penyokong-penyokong BN yang berada dipondok panas BN disebuah tempat mengundi di bawah DUN Pulai Chondong. Seorang Cina bukan Islam dengan berani dan yakin berkata"AKU HERAN DENGAN KAMU NI ORANG AMNO, DAH TAHU PEMIMPIN KAMU RASUAH, MENIPU RAKYAT, PECAH AMANAH, KAMU MASIH SOKONG!, MASIH MEMBERI UNDI, TAK TAKUT DOSA KE?". Ucapan beliau bukan sahaja mengejutkan penyokong BN bahkan penyokong PAS yang berada disitu pun terkejut dan tersipu-sipu. Mungkin saudara saudari diluar sana mempunyai bayak lagi keajaipan yang di alami dari saya, jadi renungkanlah, sedarlah dan hargai anugerah suasana ini, pupuk biar ia subur dan sama-sama kita membina sebuah negara yang berteraskan keadilan sejati dengan dokongan dari semua pihak.

Tiada ulasan: