Kawan-kawan setia

Rabu, 23 April 2008

Malaysiakini dan Karpal - DAP desak PAS gugur negara Islam

Tak pasti apa agenda Malaysiakini kerap yang membangkitkan isu negara Islam, lepas satu, satu dan petikannya diambil dari Karpal Singh. Kita boleh perhatikan Malaysiakini begitu galak menerbitkan isu sensitif ini walaupun PR sedar masa ini bukan masa yang sesuai untuk membicarakan isu nagara Islam. Banyak lagi agenda yang perlu diutamakan seperti memperkuatkan kerajaan PR dan gabungannya. Para pemimpin dan ahli PAS terlalu banyak mengalah dan bersabar dengan karenah Karpal dan Malaysiakini. Adakah selama ini PAS begitu berkira sangat dengan DAP seperti Karpal, LKS dan sewaktu dengannya?, pada pandangan kami orang awam sikap PAS amat terbuka. Tak bolehkah mereka ini duduk semeja dengan PAS dan bincang isu yang lebih penting yang rakyat utamakan.
Petikan MalaysiakiniApr 22, 08 8:57pm
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP."Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam."Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut.Minta nasihat Tun SallehMenurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa."Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam," tambahnya.Menurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular."Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," kata Karpal, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.'Henti buat kenyataan'Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.Menurut peguam terkenal itu lagi, tidak memberi sebarang makna bagi PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat menubuhkan negara Islam."PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam."PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," kata Karpal, sambil menambah parti Islam itu tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada gabungan pembangkang serta boleh menjejaskan usaha memperkukuhkan Pakatan.Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan terbuka tentang perkara tersebut.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP.
Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.
Berikutan itu, pada 1 April, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

10 ulasan:

david santos berkata...

Please!
To avoid such a tragedy happening again, and for the salvation of our children, we are doing a worldwide campaign, displaying the image of NURIN JAZLIN JAZIMIN in blogs all over the world on 25th April 2008. Let's not forget NURIN JAZLIN.

pasbangi berkata...

Thanks Mr santos for your concern, we will do it, regards: pasbangi

chickenfeet berkata...

Malaysiakini is an alternative media catering for different kinds of readership. To me, there is nothing wrong in publishing issues about Islamic states. In fact, I would encourage everyone to discuss about it. There is no point keeping the issue under wraps, just because it is controversial. In fact, due to the controversial nature of this subject, it must be brought forward to be discussed and make known to all level of the society.

Discussion would result in understanding among the various parties.

Malaysiakini is doing what it suppose to do as an alternative news provider. Malaysiakini is not the PR or BN mouthpiece. I would stop reading Malaysiakini the moment it becomes pro-BN or pro-PR.

I find it funny that you criticised Karpal for commenting about something that is non-productive. Perhaps you forgotten that Karpal is merely providing his opinion in response to Dr Dzulkifly Ahmad?

PAS indeed tries very hard to portray itself to be open (terbuka), but time will tell if it is indeed 'terbuka'.

Just my 2 cents.

daud also known as DMZ berkata...

PAS sewajarnya berpegang kepada prinsip, jangan melatah dengan komen2 orang yang tidak faham dengan agama Islam. Memang sewajarnya kita patut menjelaskan Islam kepada orang Islam tetapi bukan semua individu bukan Islam sedia membuka telinga mereka untuk medengar dan membuka minda mereka untuk berfikir kepada perkara yang berkaitan Islam. Bukan orang bukan Islam saja tetapi merangkumi orang yang menggelarkan diri mereka Islam juga tidak mempunyai sikap yang sedemikian...bukan begitu...

sniper berkata...

Pas perlu berjiwa besar dalam menghadapi segala isu yang dibangkitkan. Inilah masanya untuk menggiatkan usaha dakwah secara lebih berhemah. Buktikan amalan negara Islam melalui kerja baik yang dilaksanakan. Biar orang menilai Negara Islam hasil dari kerja dan kebajikan yang dilihat, bukan apa yang diucapkan.

daud also known as DMZ berkata...

Ambil perhatian untuk mereka yang mempunyai blog... http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9263

pasbangi berkata...

Good, Thanks very much, at last I have receive lots of feedback when I touch on this trow this issue to readers, this what i need when i wrote somthing, again thanks to chickenfeet, daud, sniper and others, I need your comment to to improve my blog

MarGeeMar berkata...

One of the irony's of the just concluded General Elections is that we are now seeing the true face of the BN and it's leaders. What we are seeing and hearing about the BN leaders really makes my flesh crawl.

For 50 years we have been led by racists, hypocrites, backstabbers, prima donnas, cheats, crooks and to add to the litany, sore losers! If Malaysia wants to take her place in the international stage, we have to ditch these clowns from the BN.

In today's globalized world, we need to look at our strengths and opportunities to counter the weaknesses that we have in us as a nation to counter the threats that are out there. To do this, race, religion, gender and political affiliation's has no place at all.

Unfortunately, as we have been witnessing since the political tsunami that swept the nation on March 8, the BN regime is sadly on the wrong track. Just look at the hue and cry coming from the BN about Lee Kah Choon's acceptance of his appointment to the PDC and InvestPenang. CM YAB Lim Guan Eng must be applauded for moving away from the norm by appointing a member of the opposition for such and important position. This will never and has never happened when it comes to the BN.

For the BN race, religion and political patronage are all that is needed to assume positions of responsibility. See what this practice has brought us after 50 years. Meritocracy is the way forward for this nation. Unfortunately, this won't happen as long as the BN clings to power. Even today, we hear the cries of Ketuanan Melayu (Malay Supremacy) and Negara Islam (Islamic State) getting even louder.

We have 27 million Malaysians to choose from for the tasks that lies ahead. May we choose the right man or woman for the tasks and forget about race, religion, gender and political affiliation's. HIDUP KETUANAN MALAYSIA! (LONG LIVE THE MALAYSIAN PEOPLE'S SUPREMACY!)

http://margeemar.blogspot.com

Anak Perelih berkata...

Then I call DAP to drop its socialist ideology and "Malaysian Malaysia" concept from its party!!!!
But we can't as for PAS and DAP, it's their ideology.. Karpal was wrong to tell PAS to drops its Islamic State policy!!!

RUZITA berkata...

Dear Sir,
I have a difficult time to read the blog. Need to have better formating.