Kawan-kawan setia

Sabtu, 26 April 2008

Masih lagi soal akhlaq

KUALA LUMPUR 25 April - Adakah memang trend masyarakat artis dan masyarakat elit, ke kelab malam sebagai sesuatu yang normal, amalan tradisi?. Berada ditempat peminum arak atau yang paling teruk menjadi peminum arak(semoga tidak berlaku) sebagai sesuatu yang normal, pergaulan bebas sesuatu yang normal?, menari berjoget lelaki perempuan sesuatu yang normal?, malang sekali sistem pendidikan kita. Utusan Malaysia melaporkan seorang artis yang masih mencipta nama dalam satu drama yang dinamakan GOL dan GINCU, sebuah drama yang memaparkan betapa normalnya pergaulan bebas, telah dibicarakan dalam kes bergaduh dikelab malam. Soal siapa bersalah tidak timbul dalam isu ini, yang menjadi perbincangan ialah dimana akhlaq seorang gadis muslim biar apa pun status diri bila amalan mengunjungi kelab malam dan berada dikalangan manusia mabuk menjadi amalan normal. Sebuah persepsi yang jauh menyimpang dari landasan yang digariskan Rasulullah. Ia menjadi kes mahkamah bila berlaku pergelutan, tarik menarik rambut dan sewaktu dengannya. Kawan artis tersebut, seorang perunding teknologi maklumat (IT), memberitahu Mahkamah Majistret bahawa surirumah, pasangan pergaduhan artis itu, berada dalam keadaan mabuk sebelum bergelut dengan rakannya. Beliau yang memberi keterangan sebagai saksi kedua rakannya, mengatakan surirunah tersebut juga dilihat cuba menggoda dan bermesra dengan teman lelaki kawannya, anak seorang Tan Sri selain meminta lelaki itu menambah minumannya.

Tiada ulasan: