Kawan-kawan setia

Ahad, 13 April 2008

Menteri baru, perangai lama


Sungguh tak professional RTM bila menyiarkan berita palsu yang menyatakan ADUN Bangi tak buat apa-apa dalam kejadian banjir di Bangi Lama. Laporan yang sangat dikesali ini sepatutnya tidak wujud lagi bila menteri Penerangan baru menerajui RTM yang diwar-warkan seantero Malaysia akan telus dan adil kepada semua rakyat malaysia. Ini satu contoh yang jelas betapa RTM telah bertindak tidak telus dan tidak adil terhadap kami warga ADUN Bangi yang diterajui YB Dr Shafie. Umum penduduk Bangi tahu akan keperihatinan ADUN Bangi dalam segala hal. Penulis yang selalu mengiringi ADUN Bangi mengetahui sikap ADUN Bangi yang tidak pernah mengira penat, lelah, letih dan mengantuk demi berkhidmat kepada rakyat. Mungkin jawapan Dr Shafie sindiri dalam blognya "drshafien26.blogspot.com" boleh menerangkan dengan lebih jelas hal ini.

4 April 2008- Warta jam 1 pagi RTM, menyiarkan berita yang mangsa banjir di Bangi Lama terkilan apabila keadaan mereka tidak diambil peduli oleh ADUN Bangi. Diberitakan juga bahawa YB ADUN Bangi tidak turun pun melihat mangsa banjir. Persoalannya, adakah benar dakwaan pihak terbabit bahawa YB ADUN Bangi, tidak turun melihat mereka? Sekiranya benar kenyataan tersebut, bagaimana dengan laporan JKKK Kampung Bangi ini?

Laporan JKKK Kampung Bangi:
23/3/2008
- 1.00 ptg – Hujan lebat. Banjir kilat kerana sungai cetek menyebabkan 35 buah rumah terpaksa berpindah.
-12.00 mlm - Lawatan YB ADUN Bangi menemui mangsa dan menghulurkan bantuan terus.2

4/3/2008
– 9.00 pg – Gotong royong pembersihan rumah mangsa oleh ahli PAS Bangi
- 7.00 ptg – Hujan lebat sekali lagi. 60 buah rumah terlibat
- 1.00 pg – Lawatan YB ADUN Bangi kali ke-2.

25/3/2008
– 6.00 ptg – Bantuan makanan kering oleh UMNO Bangi

26/3/2008
- Keadaan semakin pulih

1 ulasan:

kipaslipas2020 berkata...

salam,kat kawasan sg tangkas pun,selalu gak banjir kilat...tapi rasa cam dah ok kot..hehe....selamat berkhidmat YB