Kawan-kawan setia

Isnin, 21 April 2008

PENGHASILAN BERAS NEGARA SEMASA KRISIS MAKANAN


Monday, April 21, 2008
Ada pihak yang mencadangkan agar penanaman padi di negara ini diusaha sebanyak lima kali dalam masa 2 tahun. Ini adalah satu cadangan yang baik, malah telah pun dilaksanakan dalam skim penanaman padi di kawasan Penanaman Muda di Kedah. Walau apa pun, semua pihak sekarang ini telah menyedarai bahawa industri tani yang menghasilkan makanan adalah satu industri yang sangat penting bagi penduduk dunia.
Bagi kita di Malaysia, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan industri penghasilan beras ini, namun negara kita masih lagi belum boleh mencapai tahap self sufficient dalam bidang ini. Dengan itu kita masih lagi mengimpot sebahagian daripada keperluan kita dari negara luar.
Soalanya mengapakah setelah sekian lama kita berusaha untuk mencapai status self sufficient dalam penghasilan beras ini masih lagi kita mampun mencapainya. Menteri yang menerajui kementerian yang bertanggung jawab silih berganti, namun kita masih lagi berada di tahap lama. ini jelas menunjukkan selama 50 tahun kita sebenarnya tidak mempunyai satu wawasan yang jelas mengenai dasar penghasilan sumber makanan yang penting ini.
Kita malu misalnya untuk mengakui bagaimanakah USA, sebuah negara yang bukan menjadikan beras sebagai makanan asas bagi rakyatnya boleh menjadi pengekspot beras yang penting di dunia, sedangkan negara kita yang memerlukan beras setiap hari, tidak mampu untuk mencapai keadaan tersebut.Dalam keadaan sekarang, disebabkan oleh pelbagai faktor, bahan asas makanan menjadi semakin mahal dan sukar didapati. Ini telah mula dirasai oleh beberapa negara di dunia. Apakah keadaan tidak mungkin merebak ke negara kita?
Padi HumaSalah satu daripada variety padi yang terdapat di negara kita ialah padi huma atau padi bukit. Padi dari jenis ini boleh ditanam lereng-lerang bukit dan tidak memerlukan tanah rata yang sentiasa diairi untuk membolehkannya hidup. Jenis padi ini telah lama diusahakan oleh masyarakat bumiputra di Sabah dan juga di Sarawak, juga turut disahakan oleh masyarakat Orangt Asli di Semenanjung Malaysia.
Sekiranya padi jenis ini ditanam secara komersial dan secara besar besaran, ia mampu untuk menambahkan lagi jumlah penghasilan yang keluarkan oleh negara. Sekiranya semua kawasan yang sekarang ini tidak diusahakan dengan apa-apa tanaman, iaitu kawasan belukar dan semak samun yang tidak mendatangkan sebarang hasil kepada negara ditukarkan kepada kawasan penanaman padi jenis ini, sudah tentu penghasilan beras negara boleh meningkat, dan dengan itu negara kita boleh berada di kedudukan yang paling bersedia untuk menghadapi masalah kenaikan haraga makanan dunia. Cuma adakah kita benar-benar mau membuat persedian untuk menghadapi masalah makanan yang semakin meruncing ini?
Posted by Hamirdin b Ithnin

Tiada ulasan: