Kawan-kawan setia

Khamis, 10 April 2008

Peperangan media terhadap kerajaan PR, hati-hati

Berita1 Kosmo 10 April 2008
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor yang berusia sebulan semalam dimarah rakyat. Semua gara-gara keputusan kerajaan meluluskan projek ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.
Kira-kira 200 orang penduduk kampung berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi membantah tindakan kerajaan itu.


Berita 2 Kosmo 10 April
Ipoh - ...Namun apabila diajukan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu daripada Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini semalam, beliau segera menafikan wujudnya cadangan itu.
"Ia tidak pernah timbul dan kerajaan negeri tidak pernah membincangkan isu itu," katanya.
Melihat reaksi Mohammad Nizar itu, Sivanesan yang turut hadir dalam sidang media tersebut terus bangun bagi memberi penjelasan.
Sejurus Sivanesan selesai memberi penjelasan, Mohammad Nizar yang terpinga-pinga bertindak segera menamatkan sidang media berkenaan


Nampaknya serangan demi serangan dibuat oleh media Be End terhadap pakatan rakyat yang baru bermula. Penulis cuma memtik 2 berita hari ini dari KOSMO online, malah banyak lagi terdapat berita-berita serangan psikoligi terhadap PR dibuat oleh media Pro Be End hari ini. Media media ini telah melupakan peranan mendidik rakyat dengan kelebihan mereka sebagai muka depan negara. Yang penting bagi mereka adalah isi perut yang perlu dipenuhi dengan mempersetankan maruah, dosa pahala dan kebenaran. Contoh jelas dalam berita pertama contohnya, apa tujuan membesarkan berita kekeliruan rakyat membuat demonstrasi terhadap projek penternakan babi berkelompok diSepang?. Kalau rakyat perihatin seikhlasnya, mereka patut sedar BABI di Sepang bukan baru sehari dua, dah mangli hidung orang Sepang dengan bau najis babi ni, teristimewa bila selepas hujan, baunya akan merebak hingga berbatu-batu jauhnya. Sebagaimana dalam tulisan penulis sebelum ini, sebenarnya penternakan babi ini telah merosakkan kehidupan laut sekitarnya bila bahan buangannya dilepaskan kesitu. Penternakan dah berlaku, dan apa yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Selangor ini hanyalah meneruskan projek kerajaan BN dulu kerana jika projek itu baik kepada rakyat kenapa perlu dibatalkan. Dengan adanya projek berkelompok yang dicadangkan ini, segala bahan buangan dan bauan dari penternakan babi yang dialami oleh penduduk kini dapat dikurangkan atau dihapuskan. Bukankan projek ini memberi kebaikan kepada rakyat?...,adakah 200 orang ni bijak dengan membantah, membuat demonstrasi terhadap kerajaan Selangor. Kenapa dulu tak buat demonstrasi?...

Cumanya pada pandangan penulis demonstrasi ini bukan bertujuan membantah projek tersebut, tetapi milage politik yang cuba diketengahkan bahawa kerajaan PR tidak mesra rakyat.

Kes yang sama berlaku kepada YAB Menteri Besar Perak, perkataan yang cuba disebut oleh wartawan kosmo amat memalukan YAB Menteri besar seolah-olah menunjukkan Menteri Besar kurang maklumat dan kurang peka apa yang berlaku dalam kerajaannya.

Sekali lagi penulis ingatkan pendokong PR teguh dengan perjuangan dan jangan terikut-ikut dengan dendangan tarian Be End.

Tiada ulasan: