Kawan-kawan setia

Isnin, 14 April 2008

Perhimpunan Black14 vesus Perhimpunan Gapena

Sebagaimana segala rakyat prihatin sedia maklum hari ini akan berlangsungnya hari Black14 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur. Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Walaupun pihak polis menjalankan sekatan jalan raya di sekitar tempat tersebut namun dijangkakan akan disertai lebih 10,000 penyokong. 'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.
Dalam pada itu satu lagi perhimpunan akan diadakan di Rumah Gapena yang akan membicarakan Thunami Politik sempena kejatuhan besar kuasa politik Narisan Nasional dan kemaraan Pakatan Rakyat yang dipercayai bakal menerajui negara. Apabila ditanya DJ Radio KL petang tadi adakah GAPENA bertujuan mengalih perhatian dari Black14 ke GAPENA dengan mengemukakan tajuk yang sensasi begitu jurucakap GAPENA yang berbual bicara melalui telefon itu menafikannya kerana program ini telah lama dijadualkan dan tidak ada kena mengena dengan perhimpunan Black14 malam ini.
PASBangi....Tunggu dan lihat

Tiada ulasan: