Kawan-kawan setia

Sabtu, 26 April 2008

Perubahan sikap atau pembaikan akhlaq?






Kita sering diwar-warkan dengan berbagai slogan dan program memperbaiki sikap masyarakat yang sedikit melencong dari jalan sepatutnya atau yang ideal. Sikap kita dimaklumkan perlu berubah supaya situasi masyarakat menjadi lebih bertanggung jawab dan mesra persekitaran. Antara sikap kepada persekitaran yang sering dititik beratkan ialah sikap terhadap cara melayani suasana dijalanraya, maka diperkenalkan OPS sikap. Hingga kini entah yang keberapa kali OPS sikap dilancarkan semenjak merdeka kita pun dah tak mampu nak ingat kerana banyaknya, namun kesan dari program ini tidak juga kelihatan. Salah siapa?, adakah salah pihak berkuasa tak pandai merekacipta OP Sikap dengan lebih kratif dan berkesan? atau ke empat-empat jari sepatutnya ditunjukkkan kepada kegagalan individu masyarakat sendiri.


Memang pendapat atau pendangan kita berbeza, kerana itu penulis tetap menuding jadi kepada sistem kegagalan sistem pendidikan. Sisitem pendidikan tidak menitikkan beratkan penanaman akhlaq kedalam jiwa setiap individu sejak dari buaian lagi. Kita tidak meletakkan beban pendidikan semata-mata kepada Kementerian Pendidikan, tetapi ibubapa, media, persekitaran, ahli keluarga dan lain-lain lagi. Jika menyentuh media, kita merasa amat kecewa dengan intipati yang disediakan oleh media yang saban waktu melupakan elemen pendidikan akhlaq dalam isikandungan keluaran mereka. Yang dipentingkan ialah "masyuuuk" tanpa menapis secara keseluruhan warna isikandungan tersebut. Tidak dinafikan ada sedikit isi kandungannya yang meletakkan tajuk "akhlaq" namun tajuk demikian sering ditenggelamkan oleh tajuk yang lebih sensasi dan memikat. Kita ambil sedikit contoh seorang kanak-kanak yang bakal dewasa, bakal menjadi salah seorang ahli masyarakat. Dari mula memahami warna, rupabentuk, pendengaran, dia telah didedahkan dengan TV. Dididik oleh TV, oleh kartun-kartun yang tak putus-putus dari pagi hingga ke malam, dari Doremon ke Sinchan, Ultramen, spongebox, Naruto, Detective Conan, iklan aiskrim, iklan makanan ringan, dan sebagainya masuk dengan derasnya kedalam jiwa dan raga kanak-kanak lalu terpahat kukuh didalam persepsi kehidupannya. Sejak itu akhlaqnya dah rosak, dia bangga dengan bercakap lepas macam sinchan, boleh kuat macam ultraman atau naruto, memperbodohkan diri macam spongebox dan berbagai sikap negatif. Tambah lagi dengan iklan yang mendidik mereka makan-minum sambil berjoget tu NORMAL, pergaulan bebas tu MODEN dan ikut trend, persetankan perasaaan orang keliling tu TANDA DIA BERANI dan ADA JATIDIRI dan seterusnya...Jadi jangan hairanlah bila umur 7 tahun masuk sekolah, dah jadi masaalah kepada guru, ponteng, kacau pelajar lain, ganas, genster, merokok dan berbagai lagi. Bila ini berlaku maka guru dipersalahkan, ibubapa dipersalahkan...dan yang menjadi lebih malang bila dewasa mereka yang salah asuhan inilah yang menjadi beban kepada masyarakat, menjadi ahli masyarakat yang tidak berakhlaq dan gagal berdisiplin dimana saja termasuk dijalanraya.

Tiada ulasan: