Kawan-kawan setia

Selasa, 15 April 2008

Pesta liar berakhir dalam lokap


Mungkinkah kegagalan pendidikan?, kegagalan ibubapa?, kegagalan masyarakat? atau kegagalan pihak berkuasa menangani sosial rakyat?. Pada penulis semua kena bertanggung jawab kerana pesalah aklaq ini datang dari rumah yang dikawal ibubapa, bersekolah dan bersosial dalam lingkungan kawalan pihak berkuasa. Kekeliruan matlamat hidup dan tanggung jawab sepatutnya tidak berlaku jika dididik dengan panduan Rabbani oleh ibubapa dan guru serta didikan yang betul oleh masyarakat. Satu elemen lagi yang mempunyai pengaruh besar terhadap cara hidup individu ialah media. Peranan media sangat penting dalam mendidik individu kerana selain ibubapa dan guru seorang anak didedahkan dengan didikan media terutama TV. Celik mata seorang anak sejak dari zaman bayi hingga ke dewasanya, disumbatkan dengan kandungan media. Jika kandungan siaran media tidak sopan dan tidak berakhlaq contohnya makan makanan ringan sambil menari, berjoget-jooget, minum sambil berlari maka inilah hasilnya. Rakyat ramai termasuk penulis pun merasa tertanya-tanya, kemana media nak membawa anak-anak kita apabila kandungan siaran kebanyakannya tidak mendidik ke arah akhlaq yang mulia. Tukarlah ke saloran mana pun, samada kandungan movie, drama bersiri, realiti dan sebagainya, isu pendidikan akhlaq tiada prioriti. Terutama sekali iklan, seolah tiada badan penapis yang mengambil tanggung jawab memastikan setiap iklan mesti mematuhi tahap yang tertentu
Laporan KOSMO hari ini 15 April
JASIN - Keseronokan 21 lelaki dan 17 wanita termasuk 15 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) meraikan malam minggu di sebuah banglo di Taman Orna, Gapam berakhir di dalam lokap apabila semuanya ditahan polis setelah sambutan bertukar menjadi pesta liar. Dalam serbuan yang dibuat pukul 5.45 pagi kelmarin, polis turut menemui enam biji pil ekstasi dan 33 orang daripada mereka dikesan positif dadah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Tio Kian Peng berkata, ketika serbuan dilakukan, semua di dalam rumah berkenaan sedang menari dengan muzik yang begitu kuat.
"Ada yang seperti lupa diri ketika serbuan dibuat disebabkan terlalu asyik menari. "Walaupun tiada arak yang ditemui, namun sebahagian besar daripada mereka mengambil dadah dan pil ekstasi," katanya semalam. Kian Peng berkata, daripada 33 yang didapati positif dadah itu, 15 daripadanya merupakan pelajar IPT. "Enam daripada pelajar IPT ini merupakan pelajar asing.
"Dua orang yang menganjurkan pesta liar tersebut turut ditahan dalam banglo yang disewa RM350 sehari," katanya.
Penganjur pesta liar berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 13(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala mereka yang positif dadah akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. Semua mereka ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: