Kawan-kawan setia

Rabu, 2 April 2008

Selangor Baru, semangat baru, halatuju baru

Gambar-gambar yang diciplak tanpa izin dari ambo-Jr@TKO.net, terima kasih ambo


Tanggal 31 March umat rakyat selangor buat julung kalinya menikmati satu perhimpunan luarbiasa bertempat di stadium Melawati Shah Alam (berhampiran stadium utama Shah Alam). Kehebatan stadium Sultan Muhammad ke4 Kota Bharu Kelantan telah di klon oleh stadium Melawati buat menerima tetamu berkopiah putih muslimin dan muslimat dengan jumlah luarbiasa ramainya dalam program yang dinamakan munajat perdana. Peristiwa ini menandakan mulanya sejarah baru akan tecipta di negeri Selangor Darul Ihsan dan seperti Kelantan, suasanaya akan diekspot ke negeri lain yang masih dalam gerhana di sebelah selatan nun. Kita pohon kepada Allah supaya semua negeri di malaysia ini dipenuhi bulan purnama agar rakyat akan hidup dalam keberkatan, aman dan harmoni tanpa mengira kaum dan agama anutan.


Melihat kepada lautan manusia memenuhi setiap ruang dalam stadium, terasa menitis air mata terharu dan syukur atas kurniaan Tuhan kepada Selangor hari ini. Doa dan munajat rakyat Selangor sebelum PRU 12 telah diqabulkan Ilahi. Selangor kini mengiringi Kedah, Perak dan Pulau Pinang, mengikut jejak langkah Kelantan yang merupakan peneraju membangun bersama Islam. Walaupun Pulau Pinang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dari DAP namu melihat kepada sikap Ketua Menterinya, tidak mustahil program-program agama akan mendapat tempat di sana. Ketua Menteri YAB LGE sendiri ingin melihat program-program agama Islam rancak di Pulau Pinang bahkan beliau mengenalpasti corak kepimpinan khulafaur rasyidin sebagai salah satu acuan yang bakal diteladani.

Tiada ulasan: