Kawan-kawan setia

Isnin, 14 April 2008

Selangor FM pindah operasi ke IPTAR

Akibat kegagalan memahami fungsi kerajaan dan rakyat maka RTM yang kini diketuai oleh bekas pemimpin S46, bekas rakan karib PAS dalam APU, kelihatannya tiada sensitiviti terhadap hubungan rakyat dan kerajaan, telah mengambil keputusan memindahkan operasi dari tempat sekarang ke lokasi baru untuk sementara waktu sebelum berpindah lagi ke bangunan sendiri yang berharga RM30juta?.
Bukan RTM tidak tahu siapa TS Khalid dan siapa RTM, tetapi mungkin kerana masih keliru, lalu mengenepikan amanah yang masih diberikan sebagai penguasa, maka permohonan TS Khalid minta hanya 1 slot 1 jam sahaja seminggu, telah tidak dilayan sewajarnya, sedangkan yang tidak penting bahkan sampah sarap penyiaran dibiarkan keudara berjam-jam dengan mudahnya.
Nampaknya walaupun rakyat sudah memberi amaran tentang amanah RTM ini terhadap rakyat dalam PRU yang lalu, namun ianya masih ditakok lama. Mungkin kita boleh memperingatkan petugas-petugas RTM sekali lagi bahawa gaji kakitangan RTM dibayar, oleh rakyat jelata melalui bermacam potongan cukai. Setiap masa bila cukup tempohnya, kami pening kepala untuk membayar cukai bagi membayar kos operasi kerajaan termasuk RTM, alih-alih bila rakyat memerlukan ucapan seminit dua pemimpin mereka ia dinafikan siarannya dek kerana MB nya bukan dari kalangan BN. Isu ini akan terkena semua kerajaan negeri pimpinan PR sebagaimana selama ini sudah 19tahun TG Nik Aziz alami.
Kerana itulah perlunya ada stesen Radio PR sendiri, kerana coverage internet tidak meluas seperti Radio dan TV. Kalau mengharap internet sahaja supaya berterusan memberi maklumat kepada rakyat ianya tidak akan sampai kepada target dengan berkesan buat masa ini kerana hanya peratusan kecil sahaja yang mampu akses internet. Jadi mesti difikirkan mekanisma yang sesuai dan praktikal dengan situasi sekarang termasuk memohon permit Radio.
Petikan mSTAR 14-04-2008 10:30:38 AM
SHAH ALAM: Selangor FM, stesen radio Jabatan Penyiaran Malaysia di Selangor akan mengambil langkah proaktif berpindah dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini ke Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) bersebelahan Angkasapuri dalam bulan ini.Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor, Isamudin Ahmad berkata, pemindahan itu dibuat berikutan kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung 'kata dua' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada stesen radio berkenaan.Semalam, Ahmad Shabery berkata beliau akan mengarahkan Selangor FM keluar dari bangunan itu selepas Abdul Khalid dilaporkan memberi kata dua kepada stesen radio itu kerana dikatakan tidak memberi jawapan terhadap permohonannya untuk diwawancara bagi menerangkan program kerajaan negeri kepada rakyat Selangor.Khalid berkata, jika Radio Selangor tidak dapat memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri adalah lebih baik stesen radio itu berpindah ke tempat lain. Bangunan Sultan Abdul Samad juga menempatkan sekretariat kerajaan negeri.Isamudin berkata pemindahan itu akan dilakukan secara berperingkat dimulai dengan konti radio supaya siaran tidak terganggu sebelum pemindahan kakitangan sepenuhnya.Mengikut jadual, tempoh sewaan di Bangunan Sultan Abdul Samad tamat bulan depan.Selangor FM telah menyewa di bangunan itu sejak 1991.Kepada satu pertanyaan, Isamudin berkata tidak ada notis keluar diberikan kepada stesen itu setakat ini.Beliau berkata pemindahan operasi Selangor FM ke IPTAR dijangka untuk tiga tahun sementara menunggu pejabat barunya bernilai RM30 juta di tapak seluas lapan ekar di belakang pejabat Sirim Bhd di sini siap. BERNAMA

Tiada ulasan: