Kawan-kawan setia

Sabtu, 26 April 2008

Soal akhlaq lagi - Saluran TV Singapura Didenda Kerana Promosikan Gaya Hidup Seksual

Teruk, teruk, akhlaq manusia hari ini kian parah, cuba perhatikan laporan Bernama mengenai keadaan akhlaq di Singapura, jiran kita, cuba menormalkan sesuatu yang abnrormal

Oleh Zakaria Abdul WahabSINGAPURA, 25 April (Bernama)
Sebuah rangkaian televisyen milik kerajaan Singapura didenda S$15,000 oleh pihak berkuasa penyiaran negara kerana menyiarkan satu episod televisyen yang mempromosikan gaya hidup homoseksual.Penguasa Pembangunan Media Singapura (MDA) berkata episod itu disiarkan dalam program kediaman dan hiasan "Find and Design" pada 13 Jan.Dalam episod itu, hos rancangan membantu pasangan homoseksual mengubah bilik permainan mereka menjadi sebuah bilik tidur kanak-kanak untuk bayi angkat mereka, kata MDA menerusi satu kenyataan semalam.MDA berkata episod itu mengandungi beberapa babak yang menunjukkan pasangan homoseksual bersama bayi manakala pengacara pula mengucapkan tahniah dan mengiktiraf mereka sebagai sebuah unit keluarga melalui cara yang melazimkan gaya hidup homoseksual dan struktur keluarga yang luar biasa.Perkara itu melanggari Kod Program TV yang Bebas Disiarkan, yang melarang penyiaran program yang mempromosi, mewajar atau membayangkan gaya hidup homoseksual sebagai penuh dengan tarikan.MDA berkata pihaknya telahpun berunding dengan Jawatankuasa Penasihat bagi Program Berbahasa Inggeris (PACE) dan jawatankuasa itu turut berpendapat bahawa hubungan homoseksual tidak boleh dikemukakan sebagai sebuah unit keluarga yang boleh diterima.Memandangkan program itu ditayangkan pada pagi Ahad, PACE merasakan langkah itu tidak wajar memandangkan waktu siaran itu berada dalam lingkungan waktu tontonan sekeluarga, kata MDA.Bulan lepas, MDA mengenakan denda S$10,000 terhadap sebuah stesen televisyen berbayar tempatan kerana menayangkan sebuah iklan lagu yang memaparkan babak lesbian sedang bercumbu.-- BERNAMA

Tiada ulasan: