Kawan-kawan setia

Sabtu, 19 April 2008

Sultan Selangor gesa umat Islam bersatu selepas pilihanraya

KUALA LUMPUR, Bernama melaporkan 18-04-2008 04:00:34 PM
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa umat Islam di Selangor supaya bersatu semula selepas berbeza pendapat dan pendirian semasa pilihan raya umum lepas.
"Negara kita baru melalui pilihan raya dalam keadaan aman dan damai. Pemimpin yang baru telah dipilih untuk mentadbir negeri Selangor. "Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah melupakan segala perbezaan ideologi dan pegangan politik yang telah lalu, tetapi hendaklah samasama bersatu semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negeri yang kita cintai ini," titah baginda semasa merasmikan Masjid Bukit Indah di Ampang dekat sini, hari ini.
Baginda bertitah amat penting bagi umat Islam menjauhi perpecahan yang disebabkan perbezaan pendapat kerana ia hanya akan merugikan bangsa dan agama. Sultan Sharafuddin turut mengingatkan jawatankuasa masjid supaya mengemaskini rekod zakat, wakaf dan perkuburan bagi melicinkan pentadbiran.
"Walaupun perkara ini diurus dengan baik oleh Majlis Agama Islam Selangor, maklumat-maklumat terkini perlu disalurkan kepada mereka demi melicinkan lagi sistem pentadbiran zakat dan wakaf di negeri Selangor. "Sesungguhnya kita mempunyai aset yang banyak dalam bentuk wakaf, malangnya perkara ini tidak didokumenkan menyebabkan sebahagian aset tersebut dalam bentuk tanah tidak dapat diurus. Ini banyak berlaku apabila orang yang mewakafkan hartanya hanya melafazkannya dalam bentuk lisan," titah baginda.
Baginda bertitah sistem maklumat ahli kariah perlu dikemaskini agar agihan zakat dapat disalurkan dengan cepat, telus dan saksama bagi mengelak daripada berlaku keciciran dan hak zakat dapat ditunaikan kepada mereka sebagaimana ditetapkan oleh syariat Islam. Masjid Bukit Indah yang bernilai RM6 juta dibina pada Oktober 2001 dan siap sepenuhnya pada April 2003. Satu ciri menarik masjid itu ialah ia mempunyai sistem pengumpulan air hujan bagi kegunaan masjid dan untuk siraman pokok di pekarangan masjid. BERNAMA

1 ulasan:

sniper berkata...

lagi sorang org bodoh;bacalah

Khairy: Keris antara punca BN kalah
Apr 18, 08 5:39pm
Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, tidak menyokong ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut.

"Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di "retreat" ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

Kelmarin dua akhbar bawah Kumpulan NSTP, yang dikaitkan dengan Khairy, Berita Harian dan New Straits Times menyalahkan ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana menghunus keris 'Panca Warisan' selama tiga tahun berturut-turut mulai 2005.

Bagaimanapun, kata Khairy, beliau tidak pasti sama ada isu keris tersebut akan di bawa ke perhimpunan agung Pemuda Umno hujung tahun ini.

"Saya juga tidak tahu sama ada isu keris ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat exco pergerakan Pemuda Umno," tambah Khairy.

Beliau berkata, pada keseluruhannya, isu keris merupakan salah satu punca sokongan kepada BN berkurangan dalam pilihanraya umum ke-12.

"Kita perlu kenal pasti sebab-sebab timbul isu keris," tambahnya.

Isu keris menjadi polemik besar selepas Astro membuat siaran langsung perhimpunan agung Umno pada 2006 sewaktu 'Panca Warisan' diarak masuk ke dewan dan kemudiannya dihunus dan dikucup oleh Hishammuddin.

Beliau menjulang keris bagi menunjukkan perjuangan Pemuda Umno mendaulatkan Agenda Melayu.

Bagaimanapun, tindakan Hishammuddin itu dikritik hebat oleh parti-parti komponen dalam Barisan Nasional dan yang paling lantang - Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan.

Hishammuddin mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan menghunus keris bukan bererti seseorang itu mahu mengancam atau mahu menikam orang lain, ia hanya simbol semata-mata.

"Malah keris juga tidak boleh dikaitkan dengan satu-satu kaum sahaja," katanya dalam sidang media sempena perhimpunan agung Pemuda MCA pada Ogos 2006.

Dalam perhimpunan agung Umno 2007, Hishammuddin sekali lagi menghunus, mengucup dan menjulang Keris Panca Warisan tanpa menghiraukan bantahan keras dan meluas bahawa ia merupakan simbol 'pergaduhan' yang boleh menimbulkan keresahan antara kaum.

Malah, Khairy selaku naib ketua pergerakan itu mengisytiharkan selagi ada Pemuda Umno, Keris Panca Warisan akan terus dijulang selama-lamanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa sesiapa yang tidak berani menghunus dan menjulang Keris Panca Warisan adalah pengkhianat kepada Melayu dan Umno.