Kawan-kawan setia

Ahad, 13 April 2008

Tiada halangan untuk bersuara - Najib


Semalam TPM DS Najib mengulangi apa yang disebutkan oleh ramai pemimpin UMNO bahawa dalam UMNO ahli bebas bersuara. Hakikat yang rakyat nampak setakat ini ucapan sedemikian sebenarnya ucapan fatamorgana yang kesekian kalinya diulang bicara tanpa berpijak dibumi nyata. UMNO fobia dengan kebebasan bercakap, bahkan ahlinya diasuh hanya mengiyakan ucapam pemimpin. Contoh yang masih lagi panas ialah apa yang berlaku di Singahsana Hotel PJ. Semua orang tahu maklumat ini dan telah membacanya dari media. Walaupun hanya menyebut nama DS Anwar, salah seorang ahlinya yang cuba memberi pendapatnya yang berbeza dengan kehendak pemimpin, beliau diusung keluar dewan. Pada penulis kalau ikhlas mahukan kebebasan bersuara keluarlah dari UMNO dan sertai PR. Kita masih tertanya-tanya apakah akan terjadi kepada beberapa pemimpin UMNO yang lantang menongkah arus kini seperti Dato Mukhriz, Tengku Razaleigh, Khir Toyo dan beberapa lagi pemimpin yang mempunyai niat yang kuat memperbaiki UMNO


PEKAN 12-04-2008 04:53:24 PM :

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak memberi peluang dan ruang kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk merumuskan perkara yang sedang dibangkitkan berkaitan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata ketika ini jawatankuasa itu sedang mendengar para pemimpin Umno bahagian menyuarakan pandangan mereka dan pucuk pimpinan akan memikirkan cara terbaik dalam usaha memulihkan semula keyakinan terhadap parti. "Tidak ada halangan (untuk) bercakap, bila kita kata jangan bercakap, nanti Umno tidak demokratik pula, tak boleh juga, nanti orang marah kita, jadi kita beri peluang mereka bercakap," katanya kepada pemberita. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa laporan media alternatif (blog dan internet) ketika ini dikatakan lebih menyuarakan suara akar umbi berhubung faktor prestasi buruk Umno dan BN pada pilihan raya umum lepas. Najib berkata: "Berilah ruang kepada pucuk pimpinan, khususnya Presiden parti, Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk memikir apa cara terbaik memulihkan parti, memulihkan keyakinan, yang penting kita dapat feedback, secara terbuka, secara ikhlas, (dan) kita akan serahkan pada pucuk pimpinan," katanya.Ditanya mengenai pendapat yang berbeza-beza mengenai sistem kuota untuk bertanding pada pemilihan Umno nanti, dan terbaru kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo yang turut tidak bersetuju sistem itu dikekalkan, Najib berkata: "Ada beberapa pendapat, macam-macam pendapat, tapi kita akan bincang di peringkat Majlis Tertinggi nanti apa yang terbaik, pada sama sekarang kita pakai peraturan sedia ada." Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai Perdana Menteri akan berbincang dengannya (Najib) mengenai pelan peralihan kuasa kepadanya (Najib), Najib sekadar berkata: "Itu nantilah, hari-hari cakap benda tu... tak apalah (tak payah komenlah)," . Terdahulu Najib melancarkan Majlis Pecah Tanah projek akuakultur teknologi "Fish Protech" di Kuala Pahang, di sini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed. BERNAMA

Tiada ulasan: