Kawan-kawan setia

Khamis, 24 April 2008

Tiada Unsur RIBA dalam PTPTN

23-04-2008 04:59:37 PM MELAKA
Kementerian Pengajian Tinggi hari ini menegaskan bahawa tidak wujud sebarang unsur riba dalam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata apa yang dikenakan PTPTN hanya caj perkhidmatan yang bertujuan memastikan kesinambungan tabung itu dalam usaha memberi pinjaman kepada pelajar. "Soal riba dalam pinjaman PTPTN tidak seharusnya wujud kerana apa yang dikenakan hanyalah caj perkhidmatan dan bukannya berbentuk faedah atau bunga atas pinjaman yang dibuat pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Malaysia Technical Universities Network Bersama Industri 2008, di sini, hari ini. Idris berkata tidak ada sebarang unsur faedah atau riba dalam PTPTN kerana pihaknya faham sensitiviti rakyat mengenai perkara berkenaan. "Kesinambungan PTPTN adalah penting memandangkan ia dapat menyediakan pinjaman kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi," katanya. Katanya sekiranya ada peminjam yang tidak membayar balik pinjaman mereka, maka ini samalah seperti menganiaya adik atau anak mereka sendiri kerana ia mungkin menyebabkan tabung itu tidak dapat mengeluarkan pinjaman kelak. Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji semula caj perkhidmatan yang dikenakan kini supaya memberi keselesaan kepada peminjam.

Tiada ulasan: