Kawan-kawan setia

Jumaat, 25 April 2008

Utusan Malaysia melaporkan pemilik beg berisi RM1.2j dicari Polis

Pelik-pelik, rjTV berhempas pulas mencari dana untuk menerbitkan webTV belum dapat-dapat lagi, yang si polan ni tinggalkan begitu sahaja wang dengan jumlah yang begitu besar dalam beg ditempat awam, seolah-olah tidak berminat dengan wang 1.2juta tu hinggakan Polis sendiri pening kepala mencari si tuan punya. Mungkinkah bukan kepunyaannya yang sah, merasa bersalah lalu diletakkan di situ supaya dikembalikan semula kepada yang berhak oleh pihak Polis. Yang lagi aneh, berbagai pihak sekarang ini ghairah memasang CCTV dipremis masing-masing untuk menjaga keselamatan termasuk di gimnasium ini, namun CCTV hanya menguntungkan pembekal dan konraktor tetapi tidak dapat memberi manfaat yang diharapkan. Lihatlah dimana-mana sahaja kebelakangan ini, kamera dipasang disana sini hinggakan orang awam nak berjalan pun terasa macam sentiasa di awasi pihak tertentu, tetapi bila wujud sesuatu kes seperti penculikan, cabul, jenayah dan sebagainya CCTV bertaburan ini tidak mampu digunakan sebagai bahan bukti. Mungkin anda masih ingat kes Allahyarham Nurin, walaupun dapat capture image tetapi tak membantu, so tak boleh harap pada CCTV, hampeh, marilah mulakan dengan menanam rasa insani ke dalam hati rakyat supaya setiap rakyat mempunyai CCTV masing-masing dalam sanubari.


PETALING JAYA 24 April 2008
Polis masih menyiasat penemuan sebuah beg berisi wang tunai RM1.2 juta yang ditemui di dalam bilik persalinan sebuah gimnasium di Subang Jaya dekat sini pada 18 April lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum menemui sebarang bukti untuk mengaitkan wang tersebut dengan mana-mana pihak. Katanya, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 22 Akta Polis 1967 iaitu harta yang tidak dituntut. "Polis belum dapat mengenal pasti pemilik wang ini dan ia juga tidak dituntut oleh mana-mana pihak. Kita akan menyimpannya untuk tempoh tertentu dan jika tiada pemilik, polis akan serahkan kepada kerajaan," katanya di sini hari ini. Beliau mengulas perkembangan siasatan kes penemuan beg berisi wang pada 18 April lalu oleh seorang penyelia yang hendak menutup operasi gimnasium di Subang Jaya kira-kira pukul 12 tengah malam. Khalid berkata, hasil siasatan polis di gimnasium itu juga gagal menemui sebarang bukti untuk mengenal pasti pemilik wang berkenaan. Katanya, tiada kesan cap jari ditemui pada beg tersebut manakala rekod kemasukan pelanggan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu juga tidak banyak membantu siasatan polis.

Tiada ulasan: