Kawan-kawan setia

Sabtu, 5 April 2008

Ziarah dan sarapan pagi bersama YB ADUN Paroi










Nama Haji Mohamad Taufik bin Abdul Ghani tiba-tiba menjadi tumpuan warga PAS bila dinobatkan sebagai YB Paroi dalam PRU ke 12 lalu. Anak muda yang berjiwa waja ini memang dikenali aktif dalam berbagai organisasi semenjak dibangku sekolah, universiti hingga ke alam kerjaya. Pernah bertugas diluar Negara dan yang terbaru sebelum menceburi secara aktif dalam PAS ialah sebagai Jurutera Pengeluaranm Huolon, Melaka. YB Haji Mohamad Taufik merupakan anak sulong PAS yang dilahirkan oleh DUN Negeri Sembilan atas pilihan rakyat. YB Haji Mohamad Taufik memperolehi majorityi 1,107 undi mengalahkan calon BN Zaharudin bin Mohd Sharif.

PAS Bandar Baru Bangi telah membuat kunjungan ziarah YB Haji Mohamad Taufik pada pagi Sabtu 5 April dengan diketuai oleh Prof Haji Hamirdin. Ziarah yang dijenanmak sebagai “bersarapan pagi dengan YB ADUN Paroi” telah disertai oleh 10 orang ahli yang kebanyakanya dari PAS Bandar Baru Bangi 3.

1 ulasan:

Wadah berkata...

kena giatkan promosi blog nih.. cuba promosi kat geng portal komuniti bangi..