Kawan-kawan setia

Rabu, 28 Mei 2008

Betul ke ni Ezam? bahagian 3

Ezam telah bertemu dengan Abdullah selama 45 minit di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut Abdullah yang juga presiden Umno, Ezam diterima semula kepangkuan Umno tanpa sebarang syarat.Abdullah memberitahu media dengan kembalinya Ezam ke pangkuan Umno akan menambah lagi kekuatan parti Melayu itu. Seramai 54 wartawan dalam dan luar negara membuat liputan di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut sumber KLpos.com juga mengatakan Ezam akan ditemubual secara langsung oleh TV3 malam ini untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
2.45pm: Ezam disambut Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin di Parlimen. Turut kelihatan ialah Datuk Azim Zabidi, Datuk Rezal Merican dan Datuk Alwi.
2.25pm: Pengerusi GERAK Mohamad Ezam Mohd Nor dilihat memasuki pagar Parlimen diiringi oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid. Ezam dijangka menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 3.00 petang ini. Pertemuan dijangka untuk mengumumkan penyertaan kembali Ezam kedalam Umno.

Tiada ulasan: