Kawan-kawan setia

Khamis, 8 Mei 2008

Burma dilanda disaster yang dasyat, waliazubillah

Sebagai sambungan daripada laporan PASBANGI sebelum ini yang mengaggarkan 10Ribu akan menjadi mangsa tersasar ekoran dari berita terbaru Rueter yang menyebut lebih 100,000 dikhuatiri mati akibat cyclone itu di Burma. Seorang diplomat Amerika Syarikat Shari Villarosa, iaitu Ketua embassy Amerika Syarikat di Burma berkata hari ini "The information that we're receiving indicates that there may well be over 100,000 deaths in the delta area". Dalam pada itu radio dan TV Burma melaporkan setakat ini jumlah kematian dicatatkan seramai 22,980 orang dengan 42,119 hilang dan 1,383 cedera. Kebanyakan mangsa maut disebabkan dihanyutkan oleh air deras cyclone. "We estimate upwards of 1 million people currently in need of shelter and life-saving assistance," kata Richard Horsey dari ibupejabat Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Coordination of Humanitarian Affairs. Beliau menambah terdapat 5,000 km persegi delta telah berada di bawah air. Bantuan antarabangsa telah iba hari ini tetapi mereka bimbang samada junta tentera yang memerintah dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada operasi antarabangsa ini. Dikenalpasti Thailand, China, India dan Indonesia telah menghantar bantuan segera dan berharap junta tentera yang menguasai Burma akan menerima dam memberi kerjasama dan percaya kepada misi bantuan ini sepenuhnya. Difahamkan president Amerika syarikat Bush dan PM Australian merayu kerajaan Burma menerima misi bantuan antarabangsa tanpa curiga. Jika junta tentera lebih mementingkan rasa curiga terhadap keikhlasan masyarakat antarabangsa maka yang menderia ialah mangsa rakyat Burma sendiri.

Tiada ulasan: