Kawan-kawan setia

Selasa, 6 Mei 2008

CERAMAH PERDANA DI SEKSYEN 15 BANGI

Seksyen 15 Bangi, Ceramah Umum yang telah disampaikan oleh dua Naib Presiden PAS, YB Datuk Paduka Husam Musa, Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) dan YB Dr Shafie Abu Bakar (YDP Pas Serdang) telah diadakan di stadium MPKJ seksyen 15, BBB. Peralihan kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat memberi sedikit ruang dan keselesaan kepada PAS Serdang untuk melaksanakan siri penerangan dengan menggunakan kemudahan-kemudahan sedia ada seperti stadium MPKJ ini. Program ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada JAIS(bantuan Siaraya) dan pihak berkuasa polis. Dewan Pemuda, sekretariat penambahan ahli dan unit amal mengambil kesempatan dengan menbuka kaunter pendaftaran masing-masing. Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Serdang ini dibantu sepenuhnya oleh Ahli jawatankuasa lajnah, petugas-petugas pas kawasan dan unit amal.
Laporan Unit Amal Serdang

Tiada ulasan: