Kawan-kawan setia

Selasa, 6 Mei 2008

Cerita mangsa siklon Nargis

YANGON - Ketika siklon tropika Nargis melanda ibu negara Myanmar, Yangon, Win Myint menyatakan dia berusaha untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berumur dua bulan apabila angin kuat menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menimpa rumahnya. Dia memeluk anaknya itu yang menjerit dan melarikan diri bersama anggota keluarga lain ketika ribut mengganas dan merempuh hujan untuk mencari perlindungan di sebuah kuil Buddha di Dagon.
"Kami terpaksa berlari untuk menyelamatkan nyawa pada pukul 3 pagi Sabtu lalu," katanya. "Kami berada dalam keadaan ketakutan. Saya tidak mempunyai apa-apa sekarang. Saya tidak mempunyai susu tepung untuk anak saya. Anak saya sedang sakit sekarang," tambahnya. Myint dan keluarganya merupakan antara 500 mangsa yang terselamat dan mendapat perlindungan di sebuah pagoda. Di bandar Yangon, media kerajaan menyatakan 70 peratus pokok tumbang manakala unit kanser dan jantung di Hospital Besar Yangon musnah. Seorang pegawai penerangan menyatakan pihak berkuasa kini melakukan proses penghantaran bantuan. "Ribuan orang kehilangan tempat tinggal di Yangon. Kami masih mengumpulkan bukti mengenai penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan cedera," katanya. Bekalan elektrik terputus, harga makanan dan minyak melambung dan perasaan kecewa melanda penduduk di Yangon. "Bekalan elektrik terputus, kami tidak mempunyai bekalan air," kata seorang penduduk tempatan yang membasuh pakaian di sebuah tasik

1 ulasan:

perhati.pantau berkata...

Sedih juga dengan berita ni....nak kiamat ke...