Kawan-kawan setia

Jumaat, 2 Mei 2008

Cerita menarik Dr Hamirdin tentang banjir di Alor Gajah

Pada 30 april 2008 yang lepas Alor Gajah telah dikejutkan dengan banjir besar. Sejak kebelakangan ini negeri Hang Tuah ini sering dilanda banjir. Pada awal 2007 dulu juga berlaku banjir yang menyebabkan kawasan-kawasan yang hampir dengan kampung saya ditenggelami air dengan teruknya. Begitu juga dengan Alor Gajah. Pekan Alor Gajah sendiri telah digenangi air setinggi paras pinggang, begitu juga dengan Masjid Tanah, Brisu, Taboh Naning, Simpang Ampat, kampung Ayer Pa'abas, Melekek Luar, Sungai Buluh, Kampung Ulu Ayer, Cerana Putih, Kampung Perling dan sekitarnya. Kita baca juga berita yang mengatakan bahawa ketua menteri Melaka ingin memohon peruntukan RM 100 juta untuk membina Empangan di Sungai Jernih, yang mengikutnya akan menjadi usaha tebatan banjir, dan apabila empangan tersebut siap, Alor Gajah tidak akan lagi kena banjir. Betul ke?
Sebenarnya Negeri Melaka sudah tidak mempunyai kawasan lagi yang boleh dijadikan kawasan tadahan untuk empangan. Kawasan yang diliputi oleh sistem anak Sungai Jerneh atau telalu kecil untuk dijadikan satu empangan, kerana keseluruhan kawasannya hanya meliputi stau kawasan seluas kira-kira 6 km persegi. Satu ukuran yang sangat kecil unutk sebuah empangan. Sistem Sungai Jerneh ini meliputi kawasan Hutan Simpan Ramuan China, yang sudah bertukar menjadi Felcra Ramuan China. Sekiranya sistem Sungai Jerneh ini hendak dijadikan usaha tebatan agar Alor Gajah tidak lagi dilanda banjir, maka ia jelas menunjukkan perancangan yang tidak kena pada tempatnya. Sebabnya ialah sistem Sungai Jerneh ini akan menyalirkan air ke sistem Sungai Siput, dan Sungai Siput ini pula bertemu dengan Sungai Rembau dan mengalir ke Lubuk China.
Kalau ada kawasan yang boleh dibantu dengan siapnya empangan ini, kawasan tersebut ialah Ramuan China dan Lubuk China. Tetapi kawasan yang kena banjir pada 30 April yang lepas ialah Pekan Alor Gajah, Taboh Naning, Brisu, Kelemak dan lain-lain lagi. Banyak daripada kawasan yang kena banjir ini tidak ada kaitan dengan sistem saliran Sungai Jerneh.
Sistem saliran Pekan Alor Gajah sebenarnya dipengaruhi oleh saliran yang dikenali sebagai Tali Ayer Solok Tebat dan Tali Ayer Jelatang, yang tidak dipengaruhi oelh sistem Sungai Jerneh. Taboh Naning pula dipengaruhi oleh sistem Sungai Simpang Ampat. Brisu pula dipengaruhi oleh sistem anak Sungai Brisu yang mengalir masuk ke sungi Siput. Melekek dan Simpang Ampat pula dipengaruhi oleh sistem saliran Sungai Simpang Ampat yang juga mengalir masuk ke Sungai Siput, tetapi sistem Sungai Simpang Ampat ini adalah lebih besar lagi jika dibandingkan dengan sistem Sungai Brisu. Pekan Masjid Tanah pula dipengaruhi oleh sistem Sungai Batu. Jadi apa yang berlaku ialah tempat-tempat yang dilanda banjir tempoh hari bukanlah dengan mudah sahaja diselesaikan masalahnya hanya dengan membina empangan di sistem Sungai Jerneh.
Faktor yang .....


Untuk cerita selanjutnya, Sila layari http://hamirdin.blogspot.com/ , jangan marah ha..

Tiada ulasan: